31 January 2011
Kenduri Durian
Menerima undangan majlis kenduri Durian di Rumah bekas Ketua Kampung Pantai Besar Ijok, Ali Omar, tenghari tadi.
Ali yang kini menumpukan kepada kebun tanaman Koko dan peliharaan Arnab begitu gembira dengan keadaan beliau sekarang terutama berjaya mengusahakan tanaman koko.
Tanaman koko dan arnab mendatangkan hasil yang agak lumayan dan beliau bersyukur dengan keadaan sekarang, sekalipun tidak lagi menjadi Ketua Kampung.
Turut hadir ialah Ketua Kampung Sungai Ara, Haji Mohd Halil Abdullah dan Ahli -Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Larut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
YMDS.
Yang paling susah sekali yang pernah saya alami ialah tentang pemasaran. Kalau sudah banyak durian harganya turun. Begitu juga kalau sudah banyak arnab.
Selain pada itu kalau tidak ramai yang menanm koko pun, kita dapat hraga koko yang tidak setimbal. Soal monopoli peraih. Kalau FAMA nak tolong tidaklah juga ekonomikal. Mereka macam sudah tentukan hanya tanaman 5000 ekar ke atas sahaja yang dibantu pemasarannya.
Masalah di kampung ialah masalah pemasaran kerana peraih yang menentukan harga.
Kami sudah banyak berkecimpung dalam pertanian tapi kami tidak mendapat harga yang tinggi. Bila kami membeli hasil yang sama dari kedai harganya sangat terlampu tinggi.
Bila kita hendak jual hasil pertanian kita ke kedai yang sama mereka mahu membeli dengan harga yang murah dan juga harga borongan tidak kira jenis hasil yang sama dijual. Maknanya nenas sarawak dan josphine dibeli dengan harga yang sama.
Pisang emas dengan pisang bunga dibeli kedai dengan harga yang sama tapi mereka jual pisang emas $2.00 sekilo.
Bila kita laporkan kepada yang berwajib. Mereka menganggap kita yang bodoh asyik menjual ke kedai yang membeli dengan murah. Kenapa tak jual ke kedai yang membeli dengan harga yang mahal?
Dua anak saudara saya pernah membela arnab. Akhir2 semuanya gulung tikar.
Kalau pemasaranya baik tentu orang bertani menjadi kaya. Bayangkan pisang emas kedai beli 80 sen tapi mereka jual $1.80 paling murah.
Sekian. Terima kasih.
YMDS,
Sambil YMDS kenduri durian galakkan mereka menyulam di tempat yang lapang antara pokok durian tua dengan durin kucing duduk dan durian tembaga.
Kalau boleh kerajaan bantu mereka memberi behih tersebut.
Perkara sebeginilah yang saya katakan PENCAPAIAN DIDAHULUKAN.
Mereka telah mencapai tahap yang paling berjaya hingga selalu kenduri durian. Jadi pencapaian/kejayaan didahulukan maksud saya, bantulah juga mereka yang berjaya selain daripada orang miskin untuk meningkatkan KDNK kita. Kalau kita tidak bantu mereka, KDNK kita tidak meningkat.
Karajaan hendaklah membantu mereka dengan memberi benih yang terbaik. Benih D 24 sudah lapuk. Yang kita mahu durian tembaga yang mencecah $40.00 sebiji.
Semasa YMDS datang kenduri sentiasa ingat/bayangkan bagaimana boleh kerajaan dapat membantu mereka dengan memberikan benih yang terbaik sekali.
Kalau sudah banyak disulam di tempat2 kosong galakkan pula mereka menebang pokok durian isi putih. Harganya murah. Saya rasa mereka lebih tahu hal ini tapi hendaklah diperingatkan selalu, macam mengundi juga.
Lagi satu perkara, ialah tentang kayu pokok durian. Saya habis bakar batangnya kerana kerajaan tidak dapat membantu kami menjualnya ke kilang.
Batang pokok durian adalah dikategorikan dalam kumpulan kayu balak nombor satu tapi kami orang kampung disusahkan untuk menjualnya.
TETAPI KALAU KAMI BAKAR TENTULAH ORANG FOREST RANGER SUKA.
TAPI KALAU KAMI JUAL ADA MACAM2 SEKATAN/ KESUSAHAN UNTUK MENJUALNYA.
Apa salahnya semua pihak untung serba sikit kalau kita dapat menjual kayu balak durian. Inilah yang saya maksudkan WIN-WIN.
Buat masa sekarang ni kami mengamalkan sikap LOST-LOST.
Cuba YMDS tanya bagaimana hendak mendapat permit dan lama mana dapat dikeluarkan untuk menjual kayu durian. Kami hanya boleh menjual kayu getah yang permitnya dikeluarkan 3 bulan. Sepatutnya 3 hari. Mungkin saya tak tahu agaknya.
Kalau kita biarkan pokok tua tanpa ditebang lama kelamaan ia disambar petir sama seperti 5 pokok durian yang terdapat di tanah Allahyarhamu YM Raja Mustapha bin YM Raja Ahmad semasa ayahanda YMDS masih berada di Tebing Tinggi.
Habis semuanya disambar petir kerana tempat tersebut menjadi laluan petir. Lapang sebelah paya ular sawa dan pakok tinggi menjulang di tanah tinggi. Keadaan beginilah yang menjadikan ia senang di sambar petir. Banyak di hutan simpan Pondok Tanjung pun jadi begini kerana terlalu simpan. Yang terlmpau menjulang mengatasi kanopi yang lain akan disambar petir. Jabatan perhutanan tak rugi. Tapi kerajaan yang rugi banyak. Tak adakah pakar halilintar di pejabat hutan?
Sekian. Terima kasih.
YMDS,
Saya ada mempunyai sebatang pokok durian sebesar 4 pemeluk lilitanya,
Setelah dibayar upah menebang, pengangkutan dll saya boleh mendapat $200.00 cuci(net).
Tapi jika saya bakar pokok tersebut sekurang-kurangnya lima orang mendapat kerugian.
Cuba tanya Dato' Hamzah Zainuddin berapa ramaikah orang yang boleh mendapat untung jika batang durian dijadikan perabut untuk diekspot. Orang kapal pun dapat untung sedikit. Cukai kerajaan pun bertambah.
Inilah yang saya sebutkan WIN-WIN (untung-untung).
Bayangkan semua pihak mendapat keuntungan. Sebab itu kita kena belajar ekonomi sekurang2nya di peringkat asas sudah mencukupi.
Sekian untuk makluman YMDS.
YMDS,
Setelah 100 tahun banyak batang pokok durian sudah berlubang dan nilai balaknya akan menurun.
Sepatutnyalah kerajaan membantu rakyat untuk menanam durian tembaga dan menolong menjualkan kayu durian tua mereka.
Tapi kerajaan lebih suka kami membakar batang2 durian tersebut untuk menanam semula.
Jika YMDS tidak percaya cuba jual batang pokok rambutan tua di tanah ayahanda YMDS di Tebing Tinggi. Lihat sendiri berapa ringgit YMDS dapat perolehi.
Inilah yang saya maksudkan turun padang untuk melihat masalah sebenar (maklumat firsthand bukan data second-hand) bukan tanya ketua kampung. Biarlah ketua kampung menyelesaikan masalah kampungnya sendiri.
Saya lihat ketua kampung ramai yang jenis mengampu. YMDS turun padang barulah mereka turun padang.
Kita mahu mereka turun padang dengan sendirian tanpa bersama ADO atau YMDS.
Wakil rakyat dahulu pun turun padang, pergi kenduri, menziarahi kematian membaiki surau menaik taraf jalan dll. Tapi masih tidak nampak kemajuan di Selama.
Kelemahannya dari pengalaman saya, ialah turun padang hanya untuk kepentingan politik.
Tetapi untuk pembangunan kita mesti 'NAIK PADANG" berjumpa pihak atasan yang menjaga kewangan dan yang mempunyai POWER kuasa untuk membangunkan kawasan.
Wakil rakyat kita dahulu tak berani meminta sesuatu kepada Menteri Kewangan dan Menteri Besar mahu pun Perdana Menteri.
Dalam pemerhatian saya wakil rakyat yang berani bersuara (kalau boleh lantang macam MP Batu Gajah) kepada MB, PM dan Menteri Kewangan yang akan berjaya untuk membangunkan kawasan mereka.
Jika YMDS turun padang beribu kali pun kawasan ADUN Kubu Gajah tidak akan membangun kecuali YMDS dapat mempengarui MB, PM, Menteri Kewangan dan Exco negeri dan juga penasihat ekonomi kerajaan negeri. Mereka memang kawan YMDS tapi kawan yang tidak dapat menolong membangunkan kawasan ADUN Selama.
Saya rasa mereka masih menjadi kawan politik tapi tidak menjadi kawan untuk pembangunan.
Terima kasih kerana membaca rintihan saya.
Post a Comment