Template by:
Free Blog Templates

29 December 2014

Banjir

Kesemua 30 pertubuhan peladang kawasan (PPK) di Perah diarah memantau dan membuat persedian membantu mangsa banjir.

PPN semalam telah menghantar barang makanan kepada mangsa banjir di kampung Gajah.





Beliau berkata demikian ketika berucap di majis kesyukuran unit peladang anak Kurau, dekat Batu Kurau.



Beliau yang juga ahli jemaah pengarah (AJP) pertubuhan peladang kebangsaan (NAFAS) menambah badan induk itu juga menghulur bantuan beras dan bahan makan di pusat-pusat pemindahan banjir di seluruh negara.




Katanya,bantuan itu akan dibuat sehingga keadaan banjir pulih.

Beliau juga menasihatkan penduduk-penduduk supaya segera berpindahan jika keadaan banjir diparas bahaya.

26 December 2014

Peladang

Pertubuhan peladang negeri (PPN) Perak berharap program pembangunan luar bandar menambah nilai harga tanah penduduk.

Sebilangan besar ahli peladang adalah orang luar bandar.







Demikian kata pengerusi PPN, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan sukanika puteri UMNO cawangan Ceruk Pelanduk dekat Batu Kurau.



Beliau menyeru lebih ramai ahli puteri menyertai pertubuhan peladang bagi membantu mendedah aktiviti mereka.

Peladang mahu mengecangkan sayapnya dikalangan remaja dengan aktiviti pertanian.










Rugi jika remaja tidak menyertai peladang kerana banyak peluang untuk mereka menceburi.

Mengenai aktiviti sukanika ia harus dgalakan untuk mencetus semangat bermuafakat.

Mengenai banjir, beliau menyeru rakyat tampil memberi sumbangan dan sokongan secara sukarela.

18 December 2014

NAFAS

Pengerusi pertubuhan peladang negeri (PPN) Perak, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar terpilih sebagai ahli jemaah pengarah (AJP) pertubuhan peladang kebangsaan (NAFAS)

Beliau adalah diantara 11 AJP daripada 22 orang calon yang bertandi g di nesyuarat agung NAFAS di kuala lumpur kelmarin.

Raja Ahmad Zainuddin adalah diantara dua muka baru yang menang dalam pemilihan bagi tempuh tahun 2014-2017.











Lebih 300 perwakilan dari seluruh negara ternasuk sabah dan sarawak menghadiri mesyuarat agung yang dirasmikan oleh menteri pertanian dan asas tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yacob.

Raja Ahmad Zainuddin mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan yang telah menyokong beliau.





Berharap dengan pengalaman yang ada dapat memberi khidmat memajukan NAFAS.

Dengan pengalaman lima penggal sebagai wakil rakyat beliau berharap ia mendatangkan kuntungan kepada NAFAS