Template by:
Free Blog Templates

31 August 2012

Tanah berlubang



Jalan taliair di kampung Redang Panjang berlubang dan bahaya, malah terputus perhubungan penduduk disitu sejak seminggu yang lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omaryang melawat ke tempat berlaku hakisan sebesar 6 meter itu telah meminta jabatan parit dan saliran (JPS) agar mengambil tindakan segera.

Ia juga menyebabkan perhubungan penduduk di situ terputus sejak kejadian seminggu yang lalu.



Hakisan itu dipercayai berpunca saluran paip dibawah tanah yang menghubungkan terusan berdekatan.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin kemudian menghubungi jurutera kanan JPS daerah Larut, Matang dan Selama, Mokhtar Sailan yang berjanji mengatasi masalah tersebut secepat mungkin.



Tidak jauh daripada kejadian tanah berlubang itu juga berlaku hakisan, walaupun tidak berlubang, tetapi ia juga membimbangkan.



Banjir juga sering berlkau keran banyak juga rumah kediaman terletak berhampiran.

Turut hadir ketua UMNO cawangan Redang Panjang, Khairul Azizan Mat Dali.

Raya



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar menghadiri jamuan hariraya aidilfitri di rumah timbalan ketua UMNO cawangan Tebing Tingg, Haji Wahid Norrdin, petang tadi.

Beliau juga menghadiri jamuan yang sama di rumah pegawai khas beliau, Razif Rashid di pekan Kubu Gajah.


Ketuanan


UMNO akan terus mempertahankan ketuanan Melayu kerana ia adalah simbol kekuatan perpaduan bangsa,agama dan tanah air.

UMNO akan merasa kesal jika ada mana-mana pihak atau individu yang merendah-rendah atau menghina ketuanan melayu.

Ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahamd Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian di majlis taklimat parti di Selama, petang tadi.

Turut hadir naib ketua UMNO bahagian, Fauzi Kassim dan ketua wanita bahagian, Hajjah Sawipah Yahya di dewan orangramai taman peramai.

Beliau menambah Agung perwakilan UMNO bahagian akan diadakan pada 15 september yang akan dirasmikan naib presiden, Datuk Seri Shafie Afdal di Batu Kurau manakala perwakilan wanita pada 14 september dan pemuda pada 9 september di Bagan Bahru.




Tarikh pendaftaran calon-calon bertanding perwakilan ke perhimpunan agung UMNO pusat tarikh tutup ialah 7 september.


Beliau yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah menyeru ahli-ahli memperkukuhkan perpaduan bagi menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya umum (PRU) ke 13.



Mengenai sambutan ulangtahun kemerdekaan ke 55, beliau menegaskan rakyat berbilang kaum harus berada dalam keadaan aman dan sejahtera.

30 August 2012

Pekan Ijok


Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) melalui anak Syarikatnya telah meroboh bangunan-bangunan lama di Pekan Ijok dibawah projek menaik semula taraf pekan kecil tersebut.

Ia diroboh pada awal bulan ini dan bangunan-bangunan konkrik akan mula dilaksanakan sebaik kerja-kerja pembersihan tapak selesai awal bulan depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian selepas melawat tapak projek berkenaan. Turut hadir Ketua UMNO cawangan Kampung Mesjid, Abdul Aziz Jamil yang juga salah seorang pemilik bangunan asal.



Bangunan Rumah Kedai dua Tingkat sebanyak tujuh pintu itu akan dibina dengan harga sekitar RM 180,000.

Keutamaan memilikki bangunan-bangunan rumah kedai yang baru itu ialah pemilik asal yang terlibat dengan projek berkenaan, tetapi jika mereka tidak menolak, ia akan dibuka kepada orangramai.



Fasa kedua projek menaik taraf semula pekan Ijok akan melibatkana beberapa buah lagi rumah kedai lama berdekatan yang juga sebelum ini dibuat daripada kayu dan sudah tidak sesuai lagi.



Pembangunan semula Pekan Ijok amat bertepatan sekali memandangkan ia terletak bersebelahan dengan Pekan Lenggong dan Gerik yang bersempadan dengan Negara jiran, Betong di sebelah Thailand.

Dibawah program menaik taraf pekan-pekan kecil di seluruh Perak ialah melibatkan sebanyak 14 buah pekan kesemuanya termasuk Kubu Gajah dan Batu Kurau dalam Parlimen Larut.

Satu taklimat khas mengenai projek tersebut telah diadakan oleh Pegawai PKNP di mesyuarat Jawtankuasa Tindakan (JKT) Daerah Larut, Matang dan Selama baru-baru ini.

28 August 2012

Jamuan raya


Sebanyak rm 90,000 diperlukan untuk pemasangan paip air masyarakat di kampung Padang Lalang dekat Batu Kurau.

Setakat ini sebanyak rm 40,000 telah diperolehi bagi projek sepanjang lima kilometer itu termasuk melibatkan kampung bawah bangol sebelah.

Demikian dinyatakan ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika menghadiri jamuan hariraya Aidilfitri selepas mesyuarat jawatankuasa dan keselamatan kampung (JKKK) kampng Perak dirumah ketua kampung, Zakaria Hamid.

Projek paip air masyarakat itu penting kerana ia memberi kemudahan kepada rakyat yang tidak mampu.



Zakaria yang juga ketua UMNO cawangan kampung Padang Lalang mengucapkan terima kasih diatas keperhatinan Kerajaan menyediakan peruntukan tersebut.



Projek air masyarakat ini merupakan isu besar dan penduduk amat mengalu-alukan penyelesaian tersebut.