11 December 2009
Masalah Tekanan Air
Masalah tekanan air rendah di DUN Kubu Gajah khususnya di RTBK Pondok Tanjung dan FELDA Ijok turut Saya bangkitkan.
RTBK Pondok Tanjung juga mengalami air paip keroh. Sebelum ini Saya sendiri telah melawat masalah tersebut. Mengenai masalah kos yang tinggi di Kampung Titi Ijok, Pengurus LAP Daerah telah minta laporan daripada JKKK, bilangan penduduk yang terlibat.
Masalah banjir yang sering melanda DUN Kubu Gajah khususnya di Ijok dan Daerah Kerian juga Saya bangkitkan bagi menarik perhatian pihak berkenaan, terutama hasrat Saya supaya dibina sebuah Empangan.
Arahan Menteri Tidak Diindahkan, Masalahan Rakyat tertangguh
Ada Menteri yang telah mengeluarkan arahan supaya setiap masalah di bawah Kementeriannya perlu selesai dalam tempuh paling lama dua minggu.
Melenggah-lenggahkan program akan menyebabkan banyak masalah yang akan tertunggak dan ini akhirnya merugikan Kerajaan dalam meningkatkan produktiviti Jabatan Kerajaan di semua peringkat.
Ternyata, masalah sistem penyampaian yang dibangkitkan semenjak pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Bedawi masih tidak dihiraukan, bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Bagi kami Wakit Rakyat, jika ada masalah rakyat kami memerlukan penyelesaian segera dan jika Jabatan Kerajaan menangguhkanya ini akan memyebabkan masalah bukan sahaja tidak selesai bahkan, bilangannya juga akan bertambah.
Kadangkala bila mereka ini menghadiri kursus atau mesyuarat, pegawai lain tidak mampu memberikan kata putus dalam sesuaut keputusan, malah ada juga sesabuah Jabatan itu cuma ada seorang pegawai sahaja, dan jika beliau berkursus, berseminar atau bermesyarat dan bercuti tiada siapa yang akan menggantikannya.
Mereka ini pernah mengadu kepada Saya mengenai tanggungan kerja kerana tiada seorang pun pembantu. Saya beritahu beliau bukan sahaja masalah itu berlaku di tempat beliau, tetapi di kekosongan di peringkat Daerah pun masih lagi tidak dipenuhi.
Kalau adapun penanggung kerja. Ini tidak termasuk Pegawai yang masih lagi dalam katogori kontraktor walaupun sudah bertahun-tahun berkhidmat.
Jika ini berterusan, arahan dan kehendak Menteri hanyalah tinggal arahan, kerana masalah birokrasi masih tetap menjadi masalah utama dalam perlaksanaan program Kerajaan.
Radio 24 Wajar Diperluaskan Ke Seluruh Negara
Terima Kasih juga kepada Sheikh Raffie Abdul Rahman, Ketua Pegawai Operasi Radio 24 diatas ingatan menjemput Saya dan Shima, Penerbit serta kakitangan yang lain yang memberi layanan ketika Saya berada di Studio Radio 24 di Wisma Bernama, Kuala Lumpur.
Apa yang dapat Saya ulas mengenai Radio 24 ini ialah sudah tiba masanya siaran radio ini diperluaskan hingga ke seluruh Negara kerana radio ini satu-satunya yang menyampai berita dan maklumat terkini sepanjang masa.
Walaupun kini saluran penyampaian maklumat cukup luas termasuk media baru, tetapi radio tetap menjadi perhubungan ramai tidak kira di mana mereka berada samada dalam kenderaan mahupun di ladang atau kebun, kerana ia mudah untuk di bawa.
Ditambah pula, Radio 24 ini adalah milik Kerajaan, jadi sudah tentu banyak maklumat yang boleh disampaikan dari masa ke semasa untuk faedah rakyat.
Ketika menjadi Ahli Parlimen, Radio 24 dan TV Bernama merupakan agenda penting dalam perbahasan Saya dan alhamdullilah kedua-duanya menjadi kenyataan hari ini.
10 December 2009
Projek PPRT Tidak Berkualiti
Saya mengambl keputusan untuk melawat projek tersebut selepas mendengar rintihan Ketua Kampung Pondok Tanjung, Abdul Kadir Bin Abdul Rahman mengenai keadaan rumah beliau dan bangunan yang lain pada keseluruhannya.
Saya cukup terkejut dengan kualiti pembinaan rumah-rumah tersebut. Saya akan bangkitkan masalah projek PPRT itu dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) pada 21 Dis. ini.
Dalam tinjauan tadi, juga diberitahu penduduk PPRT di situ, merayu menggunakan tanah yang terbiar di situ untuk bercucuk tanam bagi menambah hasil pendapatan mereka.
Selain masalah banjir, banyak lagi kemudahan yang harus diberikan perhatian di PPRT Sungai Manik.
Dalam lawatan tersebut banyak masalah lain yang dikemukakan termasuk anak mereka yang mendapat tawaran menyambung belajar ke Kolej Politenik Ungku Umar di Ipoh dan memerlukan bantuan, selain kekurangan pelajar untuk pembukaan kelas Agama dan keadaan Surau di situ yang serba kekurangan.
Daripada 36 buah rumah di bawah PPRT, terdapat tiga buah rumah yang didiami oleh rakyat bukan melayu berketurunan Siam.
Banyak Maklumat Diperolehi dari Ahli Akar Umbi
DUN Batu Kurau adalah peringkat terakhir dalam siri Saya mengadakan perjumpaan untuk membincang program Parti dan juga mendapatkan pandangan berhubung dengan aktiviti JKKK disemua peringkat. Turut hadir ialah ADUN Batu Kurau, Kapt. (B) Datuk Najmuddin Haji Elias.
Sebelum ini, perjupaan yang serupa telahpun diadakan di DUN Kubu Gajah dan Selama. ADUN Selama, Datuk Haji mohd Daud Mohd Yusof, yang jug Timbalan Ketua UMNO Bahagian juga hadir.
Dengan adanya perjumpaan seperti itu, Saya akan dapat bayak maklumat dalam membuat perancangan program-program diperingkat Bahagian di masa yang akan datang.
Saya menyeru semua ahli UMNO menggelakan diri dari sebarang perbalahan, sebaliknya terus berusaha memperkuatkan Parti di semua peringkat.
Saya juga meminta semua JKKK menyediakan laporan mengenai Penduduk yang masih lagi di tahap kemiskinan dan memerlukan bantuan kebajikan, selain masalah Ibu Tunggal dan keadaan jenayah.
Ketua Kampung dan JKKK wajar tahu dan mengambil tahu penerima bantuan di kalangan anak buah mereka bagi dijadikan rekod untuk memudahkan tindakan mereka dalam mempastikan semua rakyat layak tidak tercicir daripada menerima bantuan Kerajaan.
8 December 2009
Generasi ke 2 dan ke 3 Felda tiada Rumah
Ketua Kampung, Haji Shukur Jaman yang turut hadir bersetuju dengan cadangan Saya supaya diadakan satu majlis dailog dengan peneroka bagi mendapatkan pandangan mengenai projek tersebut. Pengrus bersetuju diadakan pada 18 Disember ini, kerana tarikh itu beliau tidak terikat dengan apa-apa program.
Pengurus Felda bersetuju dengan cadangan Saya itu dan akan mempastikan hasrat tesebut tercapai memandangkan satu masalah besar di Felda Ijok hari ini ialah tempat kediaman bagi generasi kedua dan ketiga yang mana angkanya semakin bertambah.
Saya amat berharap selepas perjumpaan tersebut dan dengan sokongan pengurusan Felda dan Kerajaan Negeri mengenai tapak yang dicadangkan itu, masalah tempat tinggal anak-anak peneroka Felda Ijok yang telah berumahtangga akan dapat diselesaikan.
Saya juga sempat melawat tebing Jambatan konkrit yang baru di bina di Kampung Teras yang terancam dengan hakisan dan membimbangkan penduduk jika Jambatan itu roboh yang boleh menjejaskan perubungan mereka.
Saya difahamkan pihak JPS telah pun di hubungi, tetapi sehingga kini belum ada apa-apa tindakan. Saya sendiri pernah meneguh pihak berkenaan mengenai masalah tebing sungai di DUN Kubu Gajah yang sentiasa terancam dengan tanah runtuh.
Seperti biasa Saya akan singgah di kedai kopi untuk bertemu dengan penduduk sambil bertanya khabar.
7 December 2009
Liga M yang lebih Mencabar Musim 2010

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah selaku Presiden FAM. Turut hadir memberi taklimat mengenai perjalanan MSL kepada Ahl-Ahli Jawatankuasa Kewangan ialah Haji Khairy Jamaluddin selaku pengerusinya.
Ini adalah kali kedua mesyuarat jawatankuasa kewangan itu diadakan dalam tempuh tidak sampai dua minggu.
Dalam mesyuarat majlis banyak perkara yang dibincangkan termasuk Skuad Harimau Muda. Selaku Pengerusi Jawatakuasa Pengadil Saya turut membentangkan laporan, selain jawatankuasa pertandingan.

Mesyuarat bersetju dengan cadangan jawatankuasa pengadil agar segala pembayaran elaun pertandingan Pengadil mulai musim akan datang akan diurus oleh Sekretariat Pengadil di Wisma FAM, tidak lagi seperti sebelum ini.
Jika segala-gala berjalan lancar, perlawanan akhir Piala FA dan Malaysia musim akan datang akan dikendalikan oleh Pengadil dari Negara Luar.
6 December 2009
Puteri Disaran Proaktif

Saya mengadakan perjumpaan tertutup dengan Ketua-Ketua Puteri UMNO Cawangan dalam Bahagian Larut yang diketuai oleh Azariah Bidin bagi membincangkan usaha kempen menarik ahli dan pengundi baru di kalangan ahli puteri dan remaja.Selaku Ketua UMNO Bahagian Saya juga turut mendengar masalah dan pandangan yang dibangkitkan oleh Ketua-Ketua Puteri Cawagan termasuk mengenai perlantikan JKKK.
Saya berharap Puteri Bahagian akan terus bergerak aktif dalam kempen menarik seberapa ramai remaja menjadi ahli pergerakan tersebut bagi mendekatkan lagi mereka dengan UMNO.

Saya mengucapkan tahniah diatas program yang telah dijalankan oleh Puteri Bahagian termasuk celek komputer di kalangan pelajar Pusat Pengajian Tinggi dan juga Sekolah Menengah dan Rendah.
Di majlis itu, Saya juga memberi taklimat mengenai isu-isu politik semasa bagi pengetahuan mereka, sambil berharap pergerakan puteri akan terus menjadi jambatan penting UMNO dengan kalangan
remaja.Saya juga minta agar setiap kepimpinan puteri cawangan menyediakan maklumat mengenai kebajikan dan soal pendidikan yang berkaitan dengan remaja di tempat mereka.
Di majlis tersebut Saya juga menyampaikan peralatan sukan bagi aktiviti puteri cawangan.
Sukan Menjamin Perpaduan
Kubu Gajah, Ahad 6 Disember 2009 - Sungguh meriah sukan rakyat anjuran Jabatan Belia dan Sukan dan 4B di Redang Panjang. Ketika meresmikannya, Saya menyatakan bahawa sukan turut memainkan peranan penting dalam konteks mengeratkan perpaduan.
Justeru, masyarakat hendaklah melihat pentingnya aktiviti sukan bagi memperkukuhkan lagi semangat perpaduan kaum.
Tahniah diucapkan atas inisiatif mengadakan sukan tersebut dan diharap ia akan terus diadakan juga oleh Jabatan Belia dan Sukan di tempat lain bagi mengeratkan lagi silaturahim.
Namun, Saya juga menyatakan pentingnya setiap aktiviti itu diselaraskan diantara penganjur dengan JKKK tempat berkenaan bagi menggelakan sebarang salah faham.
Redang Panjang adalah sebuah Kampung Baru yang penduduknya terdiri dari pelbagai kaum di DUN Kubu Gajah.
Sekitar Majlis Kenduri Kahwin

Dalam musim petai ini, nampaknya banyak juga kenduri yang menghidangkan masakan petai seperti di batu 14. Begitu juga semalam di kenduri rumah Nordin di Kampung Sangkut, Ijok. Sambal temoyak juga turut dihidangkan di rumah kenduri kahwin di belakang Mesjid Gudang.
5 December 2009
Menyelesai Masalah Rakyat Tidak Kira dimana, sekalipun di Kenduri Kahwin
Kecuali meresmikan program celek komputer anjuran Puteri UMNO Bahagian Larut, selainya program Saya hari ini banyak hadir majlis kenduri kahwin di DUN Kubu Gajah.
Ketika meresmikan program celek komputer di dewan orangramai Sungai Berdarah, Saya menggalakan lebih ramai generasi muda tampil menggunakan kemudahan internet untuk mereka mengenali dunia luar.
Dunia Siber semakin berkembang dan sebilangan besar Masyarakat antarabangsa menggunakannya untuk tujuan berkomunikasi dan bertukar maklumat.
Saya berharap program seumpama itu akan terus menjadi aktiviti puteri dalam mendekatkan diri mereka dengan remaja.
Persembahan tomoi cukup popular di kalangan penduduk di mukim Ijok. Boleh dikatakan kebanyakan majlis-majlis kenduri kahwin mengadakan persembahan tomoi.
Saya juga hadir ke majlis kenduri kahwin di Kampung Gudang, Kampung Haji Mat Ashik, Redang Panjang dan RTBK, Pondok Tanjung. Sambil bertanya khabar, ada juga penduduk yang mengadaku masalah peribadi yang mahukan Saya selesaikan.
Ada juga yang mohon sokongan Saya untuk tujuan pertukaran selepas mendirikan rumah tangga.
Dalam pada itu, ada seorang kakitangan sebuah Agensi kerajaan minta Saya bangkitkan mengenai bayaran bonus yang telah lama tidak mereka nikmati. Saya langsung menalifon Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Husein, mohon pertimbangan beliau.
MARA beri bantuan Niaga
Diantara yang perkara yang dibangkitkan ialah mengenai Jambatan Gantung di Kampung Sangkut yang putus yang telah Saya lawat bersama Penghulu dan peruntukan untuk kerja baik pulih telahpun diperolehi. Projek ini harus siap sebelum akhir bulan.
Saya juga mendapatkan maklumat mengenai empat pemohon bantuan kebajikan daripada Ketua Kampung Sunga Jernih dan Kampung Sangkut. Saya juga maklumkan bahawa Saya bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) akan mengakan gerakan rumah ke rumah pada 14 Disember ini, bermula jam 10 pagi.
Kebetulan Saya dimaklumkan bahawa permohonan dua penjaja mendapatkan bantuan MARA di pekan Ijok telahpun tiba semalam dan Saya bersama Penghulu dan Setiasuaha JKKK Kampung Mesjid mengadakan lawatan.
Permohonan mereka telah Saya bangkitkan dalam Mesyuarat Tindakan Daerah LMS baru-baru ini setelah timbul aduan ia agak lewat. Saya mengucapkan Terima Kasih kepada MARA. Namun begitupun, kedua penjaja berkenaan masih menunggu bantuan modal daripada Agensi berkenaan.
Sementara itu, bila diberitahu lebih 100 orang ahli Puteri seluruh Negeri Perak termasuk dari bahagian Larut sedang menghadiri kem di Pusat Latihan Khidmat Negara di Kampung Teras, Ijok dibawah kendalian Anggota EXCO Kerajaan, Datuk Shaarani Mohamed, Saya turut mengunjunggi mereka.
Kursus selama tiga hari itu adalah peringakt awal, ia akan diadakan dari masa ke semasa, menurut kata Ketua Puteri UMNO Perak ketika menerima kunjunggan Saya bersama Ketua Kampung dan Cawangan serta bebebrapa orang Ahli Jawatankuasa bahagian.
4 December 2009
Buah-Buah Tempatan juga Perlu diPromosi oleh FAMA secara Agresif

Kita tidak mahu lambakan buah-buah tempatan setiap kali bila tiba musim buah. Buah durian umpamanya, banyak tetapi harga murah. Saya telah meminta Pihak Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menyediakan tapak bagi tujuan peniaga-peniaga musim buah untuk menjual hasil mereka di bandar tersebut dan juga di Kamunting.
Ketika ini adalah musim buah rambutan, langsat, dukong dan juga petai.
Rumah Terbabit dengan Tebing Sungai Rebak, Tetapi Enggan Berpindah
Petang tadi, Saya ke Kampung Redang Panjang untuk melihat sebuah rumah kosong sebagai cadangan untuk memindahkan seorang penduduk di Kampung Bendang Luas yang rumahnya terancam dengan tebing sungai yang semakin rebak.Selasa lalu, Saya telah sendiri keadaan bahagian dapur rumahnya yang terbabit dengan hakisan tebing sungai Ijok dan amat membimbangkan. Perkara itu telahpun dimaklumkan kepada pihak JPS dan JKR kerana beliau tinggal di atas tanah risab kedua-dua Jabatan berkenaan.
Sebelum ke sana Saya telah menghubunggi Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) Zambry Mohamed, bagi mendapatkan apa-apa bantuan yang sesuai, tetapi beliau sedang mengikut kursus.Kemudian Saya menghubunggi Ketua Kampung Mesjid, Nor Azman Mokhtar, beliau pula tidak berapa sihat maklum sahajalah musim hujan dan sering berlaku banjir di kampung-kampung dibawah tabiran beliau.
Tetapi, bila Saya mencadangkan agar Din dipindahkan ke tempat yang selamat, beliau menyatakan tidak ada tapak yang sesuai. Namun Saya mencadangkan agar ditempatkan semtara di sebuah rumah kosong di kampung yang berhampiran yang kebetulan Saya sendiri ternampak ketika melawat tebing sungai yang rebak di situ.

Saya langsung menghubunggi ketua kampung berkenaan, beliau bersetuju dan terus ke sana untuk bertanyakan kepada tuan rumah berkenaan. Beliau bersama beberapa orang penduduk menunggu kehadiran Saya.
Kata orang langkah kanan, setiba di sana mereka sedang menikmati buah-buah tempatan kerana kebetulan sekarang ini adalah mausim buah-buahan. Sambil itu saya bertanyakan keapda ketua kampung dan beliau menyatakan persetujuan pemilik rumah berkenaan, tetapu cuma semantara.
Saya mengatakan itu pun sudah memadai. Tetapi, agak terkejut bila Azman memberitahu bahawa penduduk berkenaan enggan berpindah kerana beliau hanya tinggal di rumah itu pada siang hari, tetapi pulang tidur di rumah isterinya.Apa pun Saya cuba memenui beliau, tetapi diberitahu beliau tidak ada kerana bekerja. Selepas berbual dan bertanya khabar dengan penduduk di situ, Saya bersama rakan beredar ke sebuah rumah berhampiran yang juga tinggal berhampiran dengan sungai Ijok, tetapi tidak terancam dengan tebing sungai runtuh.
Kami juga dihidangkan dengan buah-buah tempatan, sebelum berlepas ke pekan Ijok bertemu dengan beberapa orang Ketua Cawangan, sebelum berlepas ke Kampung Gua Petai melalui jalan raya yang sedang di bina di Kampung Teras untuk ke rumah Othman Ismail yang melangsungkan
majlis kenduri akad nikah anak perempuannya, bersama beberapa orang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Cikgu Shamsuddin Ibrahim, Cikgu Osman Ahmad dan Cikgu Abu Samah Aliddin dan Ketua Kampung Kampung Perak, Zakaria atau Pak Ya bersama Azhar Ishak.Majlis akad nikah berlagsung di Surau Kampung Gua Petai manakala majlis kenduri kahwin anak Othman yang juga Ketua UMNO Cawangan akan diadakan pada 13 Disember ini.
2 December 2009
Adat Resam Penting Dalam Hidup
Tetapi, tidak lagi sekarang, ia lebih mudah, kanak-kanak juga tidak lagi rasa takut dan gelisah. Lihat sahaja apa yang berlaku di majlis berkhatan beramai-ramai di Kampung Tebing Tinggi, mereka menunjuk muka selamba sahaja.
Walaupun diusik, tetapi kanak-kanak berkenaan tidak langsung menunjukan rasa takut atau gelisah, malah memberitahu "kenapa lambat lagi ni."
Saya amat tertarik dengan semangat yang ditunjukan oleh keluarga di beberapa kampung di sekitar Tebing Tingg dan Lembah Keluang yang sepakat mengadakan majlis berkhatan di satu tempat.
Seperkara lagi, walaupun zaman sudah berubah, tetapi masyarakat kampung tetap tidak mahu merengangkan diri mereka dengan cara dan budaya turun temurun kerana merasakan bahawa peninggalan sejarah itu besar maknanya.
Mereka merasakan walaupun di zaman serba moden ini, tetapi generasi sekarang tidak harus lupkan sejarah budaya dan keseniaan bangsa dan keturunan mereka.
Saya juga melihat usaha mengadakan majlis bersama itu bukan sahaja menjimatkan kos pembiyaan, tetapi juga mengeratkan lagi silaturahim. Ia wajar digalakan terutama di musim cuti sekolah yang panjang ini.
Gimik Mereka Yang Kecewa

Mereka masih tidak puas hati nampaknya selepas kehilangan kuasa
di perak. Bermula dengan sidang haram bawah pokok, mereka mencetus kekecohan sewaktu sidang dun hingga tertangguh beberapa jam majlis perasmiannya mei lalu.
Tidak habis setakat itu, mereka mengadakan sidang olok-olok di sebuah hotel di ipoh, menjelang sidang DUN Okt. Lalu.
Kemudian selepas gagal menghalang perjalanan sidang bajet okt. Lalu, saya fikir mereka akan berihat, rupa-rupanya tekaan saya itu meleset.
Nampaknya, dendam kesumat terhadap tiga adun mereka yang meninggalkan parti hingga mereka hilang kuasa mentadbir kerajaan di perak, terus membara.
Terbaru ialah mengenai tindakan melepaskan geram terhadap gambar adun berkenaan iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapt (b) Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).
persoalannya ialah apakah tindakan mereka itu yang boleh disifakan sebagai tidak matang dan kebudak-budakan?
Atau apa kah tindakan tersebut akan memberikan imej negatif kepada pakatan pembangkang secara keseluruhannya?
Saya merasakan perbuatan mereka itu ada hikmahnya kerana rakyat, kini boleh menilai corak kepimpinan pakatan pembakang itu sendiri samada boleh dijadikan contoh yang baik.
Masalahnya pembakang masih tidak boleh menerima hakikat bahawa mereka kini bukan lah lagi majoriti di DUN Perak. Kalau berpegang kepada demokrasi di mana majoriti perlu dihormati apa salahnya mereka menerima hakikat ini dengan hari yang terbuka.
Selepas ini apa lah lagi agaknya sandiwara pembangkang bagi meneruskan usaha membuat kecoh untuk meraih perhatian rakyat yang telah jemu dengan tindak-tanduk mereka?
Sementara itu,mahkamah tinggi ipoh juga telah menolak satu tuntutan yang dibuat oleh segelitir bekas ketua kampung di zaman pentadbiran pakatan pembakang.
1 December 2009
Ada Penduduk Mengambil Risiko Walaupun Keselamatan Terancam

Saya telah minta supaya tuan rumah, Din bin Mat, 76 tahun yang tinggal sendirian segera berpindah. Urusan itu akan diurus oleh Ketua Kampung, Nor Azman Mokhtar yang juga turut hadir bersama dalam lawatan tersebut.
Saya amat faham dengan kesulitan Din, tetapi demi keselamatan beliau, beliau harus berpindah. Tanah rebak itu mulai disedari petang semalam.
Tidak dinafikan ramai penduduk yang terancam dengan tebing sungai rebak kerana rumah mereka terletak tidak jauh dari sungai berkenaan. Saya akan membincang masalah ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah dan juga Jawatankuasa Tanah.

Barangkali mereka yang terancam dengan tebing sungai runtuh itu perlu dipindahkan ke tempat kediaman yang lebih selamat dan pihak berkenaan perlu mencari tapak yang sesuai.
Mengenai bantuan rumah kepada orang miskin oleh beberapa agensi Kerajaan, adalah dikesali kerana mereka terlepas pandang kerana tidak berbincang dengan pihak JKKK. Ada yang layak menerima, tetapi tidak pula memperolehinya. Sebagai contoh masalah yang dihadapi Rafaeh Kassim di Kampung Sangkut yang terpaksa menumpang di sebuah rumah jiran beliau.
Saya berharap agensi yang berkenaan dapat mengkaji semula bantuan rumah itu supaya mereka yang benar-benar memerlukannya tidak tercicir dari senarai.
Melawat Banjir
Saya juga berkesempatan ke beberapa buah rumah penduduk India dan Cina yang juga terlibat dengan banjir termasuk di Simpang Lembah Keluang. Bagi penduduk-penduduk di Kampung Titi Ijok, majlis diadakan di Surau mereka. Mereka bagaimanapun, tidak berpinda ke pusat pemindahan kerana tinggal di rumah sanak saudara masing-masing.
Ramai juga keluarga yang terlibat dengan banjir yang melanda kawasan DUN Kubu Gajah, tetapi mereka ada yang enggan berpindah kerana bimbang dengan harta benda yang ditinggalkan.
Walaupun, keadaan banjir kembali seperti sediakala, tetapi Saya tetap menasihatkan mereka supaya sentiasa bersedia menghadapia sebarang kemungkinan kerana cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini.
Saya juga melawat projek bekalan air bersih di kampung mesjid yang perlu dibaiki memandangkan ia sudah agak lama dibina.
Bekalan air bersih itu memberi kemudahan air kepada lebih 200 buah rumah di Kampung mesjid dan kawasan sekitarnya dengan bayaran setiap keluarga cuma seringgit.
Saya juga melawat seoang penduduk, Rafaeh Kassim yang tinggal di sebuah pondok atas ikhsan pemilik tanah tersebut. Beliau amat berharap agar dapat bantuan Syarikat Perumahan Negara yang di satu tapak berhampiran.
Saya juga melawat sebuah rumah di Bendang Luas yang sebahagian bangunannya menunggu masa di telan tebing sungai Ijok. Saya menasihatkan Din bin Mat, 76 tahun yang tinggal sendirian supaya berpinda ke kawasan yang lebih selamat.
30 November 2009
Air Paip Bertukar Menjadi Keruh
Kubu Gajah, Isnin 30 Nov. 2009 - Petang ini, sebaik menerima adun, Saya ke RTBK, Pondok Tanjung kerana air paip di situ, bertukar menjadi keruh dan merisaukan penduduk terutama untuk tujuan minum.
Saya agak terkejut bila melihat dengan sendiri ke beberapa buah rumah bersama dengan Ketua Kampung, Ismail Hashm. Saya memberitahu beliau, malam tadi, ada seorang penduduk menalipon Saya mengenai masalah tersebut.
Ada juga rumah-rumah yang mengalami masalah tekanan air rendah dan amat menyulitkan bila tiba masa untuk mengadakan majlis kenduri kahwin.
Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Jurutera Lembaga Air Daerah Taiping dan beliau berjanji untuk menyiasat dan memberikan laporan.
Saya sendiri sebelum ini berhasrat supaya didirikan sebuah empangan di Ijok sebagai usaha mengatasi masalah air dan juga banjir. Saya telahpun meminta beberapa juru perunding swasta untuk membuat kajian terperinci mengenai projek tersebut sebelum diangkat ke pihak kerajaan Negeri dan Pusat bagi mendapatkan kelulusan.
Saya berharap masalah bekalan air ini dapat diatasi dengan seberapa segera bagi menggelakan lebih ramai penduduk yang mengambil air tidak bersih dan mengancam kesihatan.
Bersama Ketua Kampung Redang Panjang, Saya kemudian melawat tebing sungai Ijok yang rebak berdekatan Kampung Gelugor yang terdapat beberapa buah rumah cuma beberapa meter sahaja daripada sugai tersebut.
Saya berharap pihak JPS akan mengambil tindakan segera untuk menjojoi tebing sungai tersebut kerana bimbang sekiranya hujan turun dengan lebat ia akan menyulitkan lagi keadaan.



























































