Template by:
Free Blog Templates

31 March 2011

Ponteng






Ibubapa dan Penjaga harus memandang serious Kes Ponteng Sekolah kerana ia mendatangkan kesan yang tidak baik kepada masa depan Pelajar-Pelajar itu sendiri.

Justeru, Ibubapa dan Penajaga harus mengambil berat setiap aktiviti anak-anak mereka samada ketika berada di Sekolah mahupun selepas masa waktu Sekolah.

Mereka mengatakan ke Sekolah, tetapi mereka sebenarnya ponteng dengan tidak masuk kelas, tetapi berada di tempat lain.

Ibubapa dan Penjaga janganlah menyerahkan bulat-bulat segala tanggungjawab menjaga anak-anak mereka kepada pengurusan Sekolah semata-mata, tanpa mereka sendiri mengambil tahu hal anak mereka sendiri.

Saya berkata demikian ketika meresmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sungai Dendang, petang tadi.

Sesebuk mana sekalipun mereka, tanggungjawab menjaga anak mereka harus dilakuian, kerana dari situ akan bermula rasa tanggungjawab keatas diri pelajar itu sendiri untuk bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita.

Displin pelajar lentor adalah berpunca daripada sikap Ibubapa yang tidak mengambi berat mengenai anak-anak mereka.

Kejayaan Pelajar bermula dari rumah dan di Sekolah mereka hanya dibantu untuk diberikan tunjuk ajar dan rujukan sementara Ibubapa adalah tulang belakang yang memainkan peranan penting.

Turut hadir ialah Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai Dendang, Ahmad bin Mat dali dan Ketua Kampung Sungai Dendang, Ismail Don. Guru Besar diwakii oleh Penolong Kanan Sekolah.

Ahli UMNO














Seramai 67 orang menyertai UMNO pada satu majlis yang diadakan di Kampung Bukit Nering dalam DUN Kubu Gajah.

Daripada jumlah tersebut seramai 35 orang adalah penyokong atas Pagar dan mereka menyerahkan borang permohonan menjadi ahli UMNO kepada Saya selaku Ketua UMNO Bahagian Larut.

Penyerahan borang ahli baru itu diadakan sempena majlis kenduri Durian yang turut dihadiri Ahli-Ahli UMNO di Kampung tersebut, petang tadi.

Dalam Ucapan sambil mengalu-aluan kemasukan mereka ke dalam UMNO, ia memberi satu petanda yang baik dan akan memperkukuhkan lagi Parti tersebut, menjelang Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang.

Saya percaya berkat kepimpinan Presiden UMNO yang baru, Datuk Seri Moh Najib Tun Abdul Razak yang juga Perdana Menteri rakyat semakin yakin dan percaya bahawa hanya UMNO sahajalah yang mampu membela nasib dan masa depan Orang Melayu.

Dengan tindakan yang diambil itu Saya percaya lebih ramai lagi yang akan tampil untuk menyertai UMNO dan sekaligus memperkasakan lagi perjuangan mereka.

Kekalutan yang berlaku dalam Parti Pembangkang juga menjadi faktor pengikut mereka semakin hilang keyakinan terhadap perjuangan mereka selama ini yang semakin hilang arah dan tujuan.

Rakyat semakin sedar bahawa mereka memerlukan Parti yang benar-benar serious seperti UMNO untuk memperjuangkan nasib mereka.

Rakyat semakin bijak dalam menilai kredibaliti Parti dan Pemimpin mereka dan mereka tidak jelas menolak mana-mana Pemimpin yang hanya mabuk kuasa.

Turut hadir ialah bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Hasbullah Haji Elias dan Ahli-Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagiana serta Ketua Kampung Padang Das, Musa Ibrahim.

Masyarakat



Bertemu rakyat tidak kira di mana sahaja asalkan ia dapat membantu menyelesaikan masalah mereka tanpa mengira kaum.

Justeru, Saya berharap dalam pendekatan yang dibuat itu banyak masalah dapat diselesaikan tidak kira di mana juga mereka berada.

Petang tadi, sebelum Saya menghadiri peresmian satu majlis, terdapat penduduk di DUN Kubu Gajah yang datang untuk mendapatkan bantuan berhubung masalah mereka.

Pusat Khidmat Remaja





Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau akan memulakan sesi pertama Pusat Latihan Khidmat Remaja mulai bulan depan.

Pusat Latihan itu adalah di Bangunan PPK dan akan diadakan setiap bulan bagi melatih dan memberi khidmat nasihat kepada remaja yang berminat dalam bidang Pertanian dan Ternakan.

Keptusuan itu diambil dalam Mesyuarat Bulanan Lembaga Pengarah PPK Batu Kurau yang Saya Pengerusikan di Bangunan PPK, Pagi tadi.

Pengurus Besar PPK Batu Kurau akan menyusun program latihan setiap kali kursus itu diadakan bagi menarik lebih ramai remaja terutama anak-anak ahl PPK itu sendiri menjadi ahli.

Sehubungan dengan itu, setiap unit PPK akan diminat menghantar sekurang-kurangnya dua orang peserta bagi menyertai kursus tersebut.

Kempen bagi menambah ahli di kalangan remaja juga akan dilancarkan bersempena dengan permulaan kursus tersebut.

Pada mesyuarat itu juga beberapa projek baru telah dikenal pasti bagi dijalankan oleh PPK termasuk jangka pendek.

Ahli-Ahli Lembaga Pengarah juga bersetuju menambah saham mereka bagi menggalakan lebih rama ahli lain untuk sama berbuat demikian.

Dewan baru






Penduduk-Penduduk Kampung Sangkut, mengucapkan Terima Kasih kepada Kerajaan kerana mendapat Dewan baru yang dibaiki pulih.

Ketua Kampung Kampung Sangkut, Mat Zan Kassim begitu gembira menyatakan perasaan terima kasih itu ketika Saya membuat lawatan ke Kampung PPRT sambil melihat keadaan Dewan yang baru siap itu.

Sebanyak RM 30,000 dibelanjakan bagi membina dewan tersebut yang memberi kemudahan kepada penduduk untuk mengadakan perjumpaan.

JKKK kini juga boleh mengadakan pelbagai program bagi kebaikan penduduk serta memupuk semangat perpaduan.

Harta benda awam rosak






Saya amat kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab mereka yang telah merosakan Harta Benda Awam yang dibina oleh Kerajaan untuk kemudahan rakyat.

Saya terkejut melihat tandas awam yang baru siap dibina di Padang Majlis Daerah Redang Panjang, rosak dengan pintu terkopak dan cermin pecah serta keadaan yang berselerak.

Saya melakukan lawatan mengejut itu sebaik diminat oleh pihak Pusat Kesihatan Redang Panjang pada majlis perasmian program gotong royong membersih kawasan.

Pusat Kesihatan berkenaan pada mulanya merancang mengadakan pertandingan Bola Sepak di padang yang baru siap dinaikan taraf dengan perbelanjaan agak besar, tetapi terkejut bila mendapati berlaku banyak kerosakan termasuk seperti berpaya.

Tidak dinafikan keadaan padang yang barangkali becak akibat hujan yang sering turun, tetapi tidaklah keadaannya seburuk itu.

Namun, Saya telah maklumkan perkara itu kepada Yang diPertua Majlis Daerah Selama, Haji Yusop bin Abustan untuk diambil tindakan.

Turut sama dalam lawatan itu ialah Ahli Majlis D aerah Selama, Mohamed bin Abdullah, Ketua Kampung Redang Panjang, Zainuddin bin Hamid dan Pegawai-Pegawai Pusat Kesihatan Redang Panjang.

Ribut




Seorang penduduk, Hamzah binti Aziz di yang tinggal di Bagan Baharu, amat bersyukur kerana terselamat dalam kejadian ribut, kelmarin.

Dalam lawatan ke rumahnya, sebahagian bangunan rumah musnah akibat dihempat sebatang pokok Kelapa.

Pada kejadian itu, Hamzah kebetulan tinggal buat sementara di sebuah rumah lain sementara menunggu rumah lama beliau yang sedang diperbaiki siap sepenuhnya.

Dalam kejadian ribut itu bagaimanapun, kerugian yang dialaminya tidaklah begitu besar.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Sungai Segar, Haji Zulkifli bin Ahmad.

30 March 2011

Penampilan diri puteri






Tidak ada jalan pintas untuk mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan, tanpa bekerja kuat dan mampu bersaing.

Lebih penting lagi setiap usahawan yang ingin berjaya haruslah bermula dari bawah dan bersedia belajar.

Saya berkata demikian ketika berucap dan berdailog di majlis perasmian penutup kursus sehari najuran Puteri UMNO Bahagian di sebuah Hotel di Bandar Taiping.

Kerajaan, tegas Saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap menjaga kepentingan Remaja dalam menjalani cita-cita mereka.

Namun, pada masa yang sama Remaja juga harus tahu tanggungjawab dan peranan mereka dalam mengubah masa depan mereka.

Selaku Ketua UMNO Bahagian Larut Saya juga turut menyeru agar Pergerakan Puteri UMNO Bahagian terus meningkatkan usaha bagi menarik lebih ramai remaja menyrtai pergerakan itu bagi menjaga kepentingan mereka.

Puteri UMNO Juga penitng dalam konteks pembangunan Negara, justeru mereka harus lebih pro aktif dalam menjalan program bagi mendekati masyarakat.

Lawat tapak dewan serbaguna RTBK





Melawat tapak bagi pembinaan Bangunan Dewan Serbaguna di Rancangan Tanah Belia Khas (RTBK) Pondok Tanjung.

Sebanyak RM 150,000 telah diperuntukan bagi pembinaan projek tersebut bagi kemudahan penduduk di situ.

Dengan terbinanya dewan tersebut ia akan memberi kemudahan kepada para belia di situ untuk bersukan serta juga apa-apa majlis keramaian.

Sebelum ini, sebuah gelanggang futsal telah dibina di RTBK bagi kemuahan sukan kepada para remaja di situ.

PIBG






Kenapa harus menyalahkan Kerajaan, jika ada Pelajar yang gagal mencapai kejayaan, sebaliknya apa kah mereka sedar tanggungjawab yang harus mereka berikan terhadap pelajaran anak mereka sendiri.

Justeru, Ibubapa harus mengambil tahu perihal anak-anak mereka samada di Sekolah mahupun selepas mereka pulang.

Ibuabapa atau Penajga tidak boleh melepaskan tangan dengan menyerahkan bulat-bulat hal pelajaran anak mereka kepada pengurusan Sekolah tanpa mereka sendiri mengambil tahu kegiatan anak-anak mereka.

Lebih membimbangkan lagi jika ada anak-anak mereka yang mengambil sikap tuang sekolah kerana sikap tidak mengambil berat Ibubapa berkenaan.

Saya berkata demikian ketika berucap meresmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi.

Kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya dalam menyediakan kemudahan untuk rakyat seperti kemudahan bangunan Sekolah yang lebih selesa.

Begitupun, untuk menentukan kejayaan pelajaran anak-anak mereka peranan Ibubapa danPenjaga itu sendiri amatlah penting dan tidak menyerahkan segala-galanya kepada Pengurusan Sekolah.

Saya juga berharap agar Ibubapa mengikis sikap menganggap bahawa pendidikan di Sekolah luarbandar tidak mendatangkan jaminan kepada masa depan anak-anak mereka jika dibandingkan dengan Sekolah di Bandar.

Sesungguhnya, bilangan pelajar dari Luarbandar ke Pusat Pengajian Tinggi semakin bertambah ramainya sejak kebelakangan ini.

PIBG Bagan Bahru







Ibubapa harus sentiasa bermuafakat dalam menentukan kejayaan dan pencapaian anak-anak mereka.

Kearah itu, Persatuan Ibubpa dan Guru (PIBG) dalah forum terbaik bagi berbincang dan mencari jalan menyelesaikan sebarang masalah pelajar.

Janganlah anggap penubuhan PIBG hanya sekadar melepaskan Batu di Tangga dan Ibubapa atau Penjaga tidak perlu hadir.

Saya berkata demikian ketika meresmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Bagan Baharu.

Ibubapa juga jangan menyesal jika prestasi anak mereka merosot hanya kerana sikap mereka membelakangkan PIBG.

Mengenai rayuan Pengurusan Sekolah yang telah sekian lama berharap mendapatkan bangunan tambahan, Saya berharap permintaan mereka itu dapat segera dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran bagi kemudahan dan masa depan Pelajar Sekolah itu sendiri.
meresmikan mesyuaat agung pibg sek kebangsaan bagan baharu