Template by:
Free Blog Templates

14 March 2011

Perkumpulan








Perkumpulan Perempuan (WI) janganlah dianggap hanya untuk Wanita yang berumur atau Kelas kedua.

WI juga digesa mendekatkan diri dengan para remaja kerana Perkumpulan ini sudah diasaskan begitu lama dan sudah sebati dalam jiwa ramai wanita, sebelum wujudnya badan-badan bukan Kerajaan (NGO) yang lain.

Saya berkata demikian ketika meresmikan Mesyurat Agung Perkumpulan Perempuan Cawangan Selama di Selama, petang tadi.

Pembabitan Wanita janganlah hanya dilihat sekadar melakukan kerja di dapur, tetapi lebih penting hari ini, dikalangan mereka juga ramai yang mampu memegang Jawatan Tinggi dalam Kerajaan dan Sektor swasta.

Jika ramai remaja bersama dengan Perkumpulan itu, Saya percaya ia akan lebih kuat dan mamu lebih aktif, terutama dalam kegiatan kemasyarakatan.

Wanita lebih mudah mendekati remaja, justeru boleh membantu anak-anak muda melakukan kegiatan yang mendatangkan faedah.

Saya juga berharap WI akan terus menjalankan program mendekati rakyat kerana ia mampu memperkukuhkan silaturahim dan perpaduan kaum.

Kedudukan Kewangan yang terhad tidak bermakna Perkumpulan itu tidak boleh menjalankan program mereka.

Mereka juga disarankan agar mengutamakan Ibu-Ibu Tunggal yang memerpulan permerhatian dan kebajikan keluarga.

Turut hadir ialah Pengerusi Perkumpulan Perempuan Daerah Larut, Matang dan Selama, Hajjah Sapiah binti Haji Yunus dan Pengerusi Perkumpulan Selama, Hajjah Radziah binti Abu Bakar.

1 comments:

Anonymous said...

TMDS,

Tentukan juga yang anak2 mereka sudah mendaftar sebagai pengundi selain daripada kerja2 siok sendiri.

Kerana terlalu siok, tanah kita akan 'tergadai'/kalah

Sekaian