Template by:
Free Blog Templates

6 March 2011

Bersyukur

Alhamdullilah, Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana, sebagai mana biasanya ketika turun ke padang Saya akan singgah dan meninjau keadaan penduduk di sekitar DUN Kubu Gajah.

Dan minggu, ini Alhamdullilah, Saya dapat melawat dan menziarah penduduk Kampung di DUN Kubu Gajah yang sedang uzur dan memerlukan perhatian.

Mereka yang Saya kunjunggi itu tidak kira daripada kelompok Parti mana samada UMNO ke PAS ke, yang penting Saya dapat meninjau dan melihat sendiri keadaan kebajikan mereka.

Pendekatan itu, Saya dapat mengumpul maklumat untuk memudahkan usaha bagi mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak-pihak tertentu yang lain.

Sebagaimana nasihat Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir, jangan pendulikan soal Parti sangat, yang penting Kita cuba membantu dan menghulurkan pertolongan kepda rakyat tidak kira mereka itu berkefahaman apa.

Dalam tinjauan itu, Saya juga berkesempatan membuat tindakan susulan keatas mana-mana kelulusan yang telah dibuat oleh Pemimpin atasan ketika melawa DUN Kubu Gajah yang belum dilaksanakan.

Terima Kasih kepada Yayasan Bina Upaya (YBU) kerana mengadakan majlis taklimat mengenai program yang hendak dilaksanakan termasuk di DUN Kubu Gajah.

Saya juga masih menunggu perkembangan mengenai projek mengubah wajah Pekan Ijok dan Kubu Gajah oleh Agensi yang telah dikenap pasti oleh Menteri Besar.

Diharap perlaksanaan projek ini dapat disegerakan, kerana ini sudah masuk ke bulan Mac tahun 2011. Masa semakin cepat berlalu.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Di kawasan LMS ada lebih kurang 15 estates. Keuntungan tiap2 estet melebihi daripada 20% tahun lepas.
Begitu juga FELDA dan FELCRA kerana kelapa sawit naik harga.


Kita tahu dua syarikat gergasi yang mempunyai ladang di LMS ialah Sime Darby dan Genting.

Semasa hujung tahun bayak syarikat mulai menutup buku kewangan bermakna selepas itu kita susah sedikit untuk mendapat bantuan. Tetapi tidak menjadi masalah pada tahun hadapan.

Kita juga tahu tiap2 syarikat gergasi mempunyai jabatan CSRnya sendiri untuk membantu mssyarakat di luar company mereka.

Saya puji TPM kita sudah berjumpa Sime Darby (Datuk Musa) untuk membangunkan hub pendidikan tinggi di Pagoh. Adakah 4 wakil rakyat kita boleh berbuat seperti TPM?

Saya memohon YMDS juga mengikut jejak TPM supaya Genting dan Sime Darby membantu membangunkan pekan seperti Kubu Gajah.

Yang saya cadangkan ialah untuk membena 'feeder roads' atau 'pavement' merentasi jalan utama seperti jalan ke Selama dan Ijok melalui ladang mereka dan terbuka untuk laluan masyarakat Kubu Gajah.

Jika mereka berbuat demikian Bandar Kubu Gajah akan membesar arah ke Selama dan Ijok. Begitu juga ke ladang Lembah Keluang.

Kalau kita harapkan kerajaan permohonan kita hendaklah dibuat pada masa sekarang. Lepas pilihan raya takkanlah kita dapat lagi.

Saya masih lihat YMDS bergiat secara solo. Sepatutnya semua AJK membuat kertas kerja untuk pembangunan sebelum pilihan raya.

Yang saya tidak memahami kita memilih AJK secara demokrasi tapi mereka malas menulis memorondum dang kertas kerja untuk pembangunan. Inilah kelemahan demokrasi kerana kita pilih perwatakan dan lagak mereka mereka macam tuan2 sahaja tapi apa kertas kerja pun tidak siapkan. Mereka hanya tunggu bantahan rakyat tapi tidak turun padang buat sendiri dan lihat sendiri tentang masalah rakyat.

Sepatutnya YMDS sentiasa membawa 13 proposal (kampung) semasa YMDS berjumpa MB Perak. Selalulah bawa buah tangan (kertaskerja) jika berjumpa pihak atasan, termasuk PM (bukan siapkan makanan dan kerusi sahaja untuk mereka yang datang).

Ramai juga kawan2 saya tidak memilih pemimpin PAS kerana mereka agak PAS tidak berapa berani berjumpa pengurusi/CEO ladang yang ada di LMS untuk pembangunan. Mereka asyik berpolitik padahal untung ladang bertambah lebih kurang 25%.

Begitu juga FELDA dan FELCRA. Tiap2 tahun kerajaan untung 9 hingga 10 bilion kerana menjual produk kayu getah sahaja.

Apa salahnya kerajaan dan FELCRA Sungai Malau sebagai contoh membina pekan kecil yang mengandungi sekurang2nya restoran kampung, workshop membaiki motosikal, kioask minyak dll di depan ladang FELCRA. Mereka yang menjadi ahli dapat lebih kurang $800 hingga $1,200 sebulan tapi kami yang mempunyai kebun kelapa (seluas yang sama) sendiri menjual sawit antara $4000 hingga $6000 sebulan kalau tiada pencuri.

Terima kasih

Anonymous said...

YMDS,

Sepatutnya kita bekerja atas dua landasan: POLITIK dan EKONOMI/Sosial (pembangunan).

Kelemahan kita ialah orang yang sama jadi JKKK ekonomi/sosial dan AJK politik.

Kalau kita pilih JKKK daripada meraka yang gilakan pembangunan ekonomi dan tidak berpolitik mungkin LMS maju setapak lagi.

Saya lihat tangan kanan ketua kampung tolong politik, tangan kiri tolong sosial. Ekonomi macam tertinggal.

Saya yang rajin pun tak boleh buat dua kerja serentak macam ketua kampung. Ramai orang kita nafsu kuat tapi tenaga kurang. Jadi AJK inilah dan jadi AJK itulah tapi malas buat kertaskerja atau hantar memorundum.

Bagaimana AJK kita boleh membangunkan LMS jika orang yang sama memegang banyak portfolio. Politik kita politik kampung kerana pangkat majlis tertinggi pun kita tidak mampu mendapatkannya kerana kita buat terlampu banyak kerja tapi tidak ada penamat. Macam hilang ARAH atau PANDUAN.


Begitu juga ekonomi.
Kalau strategi begini yang digunakan sampai bila pun tempat kita tidak membangun seperti Sri Iskandar dan Manjung.

Terima kasih.