Template by:
Free Blog Templates

1 March 2011

Hijau





Unit Peladang dibawah naungan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau disaran mengadakan kempen Bumi Hijau bagi menggalakan para petani bercucuk tanam termasuk di tanah lapang kawasan Mesjid yang tidak digunakan.

Mereka juga disarankan agar mendapatkan kebenaran mengusahakan tanah risab Jabatan atau Agensi Kerajaan yang tidak digunakan.

Saya berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Unit PPK Ulu Sepatang di perkarangan Mesjid Ulu Sepetang, petang tadi.

Unit Peladang Ulu Sepetang merancang mengusahakan tanaman Sayur-sayuran secara komersial di tapak simpanan Mesjid Ulu Sepetang dan sebuah Agensi Kerajaan yang berdekatan, tetapi tidak digunakan.

Unit Peladang Ulu Sepetang berharap dengan projek yang dirancangkan itu, mereka dapat menarik lebih ramai petani menyertai PPK, selain memberi khidmat nasihat kepada penduduk untuk menyertai kempen bumi hijau.

Amat sayang, tanah yang subur, tetapi tidak digunakan sepenuh olen penduduk untuk bercucuk tanam, setidak-tidaknya menggalakan mereka berjimat cermat.

Sementara itu, Unit Peladang Ulu Sepetang juga merancang mendirikan sebuah Bangunan sendiri tidak lagi bagi kemudahan ahli-ahlinya.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Untuk pembangunan kita selalu siapkan infrastruktur.

Tapi untuk bumi hijau dapatkah kita membasmi babi hutan dan monyet?

Saya lihat ramai orang pertanian bercakap tanpa pengelaman.

Kalau mereka pernah bercucuk tanam tentu kita lihat bagaimana haiwan peliharaan seperti kambing dan lembu dan haiwan liar seperti monyet dan babi merosakkan tanaman mereka.

Orang selalu berkata CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Tapi saya mahu tukarkan kata2 ini kepada CAKAP TAK SERUPA PENGELAMAN.

Kalau YMDS pernah tanam pokok rambutan sudah tentu YMDS lihat habis buahnya di makan monyet.

Jika YMDS tanam ubi kayu dan pisang nabis pokok tersebut di baham babi dan monyet.

Nampaknya saya macam mengajar YMDS walaupun pengelaman YMDS amat luas.
Minta maaflah YMDS.