Template by:
Free Blog Templates

9 March 2011

Dewan







Kerajaan telah membelanjakan berjuta ringgit untuk menyediakan kemudahan awam seperti Dewan Serbaguna untuk kegunaan Orang Ramai.

Tetapi, kemudahan ini janganlah dirosakan dan Saya berharap JKKK melantik pengurusan yang cekap bagi mempastikan kemudahan tersebut sentisa dalam penjagaan yang baik dan tidak menjadi sasaran mereka yang suka merosakannya.

Petang tadi, Saya meninjau kerja-kerja pembinaan naik taraf Dewan JKKK Tebing Tinggi sebanyak RM 50,000 bagi mempastikan projek itu siap mengikut jadual dan spekfikasi.

Saya amat berpuas hati dengan kerja-kerja pembinaan projek tersebut dan Kontrektor yang terlibat dalam taklimatnya tidak membangkitkan sebarang masalah.

Dewan itu selain memberi kemudahan untuk belia bersukan, tempat bermesyuarat dan majlis-majlis keraian yang lain juga dilengkapkan dengan bilik komputer dan kelas latihan Wanita.

Projek Dewan Serbaguna di Parlimen Larut adalah diantara yang menjadi tarikan kepada aktiviti penduduk tempatan.

4 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya bercadang ahli JKKK yang dipilih untuk menjaga dewan hendaklah mereka yang berumah paling hampir dengan dewan.

Sewanya pula hendaklah mengikut permintaan dan penawaran. Kumpulan atau pertubuhan yang jarang2 menggunakan dewan tersebut hendaklah membayar sewa paling rendah (seperti kaum India dari Malaya Estate). Tujuannya ialah supaya dewan tersebut tidak menjadi gajah putih atau indah khabar dari rupa sahaja.

Begitu juga masjid. Jangan jadi kuil Lembah Keluang. Tidak ramai yang sembahyang di kuil tersebut.

Kuil Sungai Malau Luar sudah bankerap kerana tiada yang sembahyang di situ.

Kita jangan jadi macam Hindraf memperjuankan kuil tapi ramai yang tidak sembahyang. Yang paling banyak kuil ialah di semua ladang dalam ADUN kUBU GAJAH kita tapi yang sembahyang hanya sedikit, tidak seperti di Jawi, hingga pagi pun terdengar tumbler mereka semasa perayaan.

Sekian untuk makluman YMDS.

Anonymous said...

YMDS...
Apakah spesifikasi yang di perlu di patuhi kontrektor..
Dato kata dato periksa bangunan agar mematuhi spesifikasi.
saya nak tanya.. apakah spesifikasi bomba di patuhi..apakah spesifikasi UBBL di patuhi.
Dato suruh ketua kampung pi pantau... nak pantau apa..pakai spec apa..

Anonymous said...

YMDS,

Saya lihat semua wakil rakyat membangunkan tempat lahir mereka.

Kenapa YMDS tidak mahu membangunkan Kampung Tengah?

Sememangnya tanah kerajaan tidak terdapat di situ. Tapi tanah yang terbiar yang cukainya tidak terbayar melebihi dari nilai harga tanah tersebut boleh dilelong kepada kerajaan untuk tujuan
pembangunan seperti yang kita buat di bandar2 setelah melihat rekod kematian yang empunya tanah tidak meninggalkan waris (setelah diiklankan)

Lagi satu saya lihat tempat lahir ADUN Selama sebagai contoh. Semua kawasan tanah ayah beliau dibangunkan dengan pesatnya ('seinci' pun tak tinggal) seperti kiosk Petronas, rumah persingahan beliau dll (tidak macam bangunan sementara). Manakala di tanah lahir YMDS, hanya di bina macam pondok sementara dan macam untuk keperluan sekuriti guard sahaja.

Sekian pendapat saya supaya agar kita dapat membangunkan tempat kita dengan tidak bergantung kepada bantuan kerajaan semata2.

Kelebihan parti PAS ialah mereka membangunkan markas (kampung Tengah),sekolah (di Bagan Baru) dll dengan tidak mengharapkan bantuan kerajaan semata2. Inilah perkara yang kita harus tabik kepada mereka. Isu inlah juga yang dapat menambah kejayaan (kalaulah mereka berjaya) mereka di PRU 13

Terima kasih.

harimau luka akan bangkit said...

DIPETIK DARIPADA FORUM. HARIMAUMALAYA.COM.....

KALAU DATUK DAN FAM sudi boleh lah meyokong kempen ini,,,..

* sekadar untuk renungan kepada fam,,betapa KENTAL mereka ini...
---Kalaulah FAM boleh bekerjasama ,,pasati boleh majulah lagi bola sekpa Malaysia...

*KALAU.....Sekadar kalau...


Kita tidak lama lagi akan memasuki tahun ke 4 penubuhan HarimauMalaya.com, dan saya ingin mengambil sedikit masa anda untuk meminta bantuan dari semua pihak untuk meneruskan misi kami. Harimaumalaya.com sekarang menghadapi isu yang mencabar dan ia memerlukan derma yang agak* besar setiap bulan untuk membolehkan website ini terus bernafas.

HarimauMalaya.com ditubuhkan selepas kekalahan memalukan Malaysia di Piala Asia 2007 bagi menunjukkan betapa sayangnya rakyat Malaysia terhadap perkembangan bola sepak di Malaysia, diatas inisiatif beberapa individual yang bergiat aktif di dalam Internet dan bersemangat untuk memartabatkan kembali bola sepak Malaysia di mata dunia maka terwujudlah website yang tidak seberapa ini.

pada tahun 2007, HarimauMalaya bermula dengan beberapa core member, yang banyak memberi bantuan dan sokongan moral untuk kemajuan website ini dan siapa sangka pada hari ini website harimaumalaya adalah salah satu website bolasepak yang sering dilawati oleh ribuan rakyat Malaysia untuk mengetahui informasi - informasi yang kurang boleh di dapati daripada media tempatan dengan jumlah pengunjung yang melebihi 40000 user sebulan dan hampir 2juta page view, malah kita berada di tempat ke 2500 senarai website popular di Malaysia.

Pada 6hb Dec 2010, saya menerima email daripada pihak hosting exabytes mengatakan website ini sudah tidak mampu menanggung pengunjung yang terlampau ramai dan menyebabkan hosting mengalami beban yang berlebihan, jadi mereka menyarankan website ini menggunakan pakej yang bersesuaian dengan keperluannya iaitu VPS hosting atau website ini perlu ditutup pada keesokan harinya. Tetapi saya meminta mereka menangguhkan dahulu proses penutupan tersebut dan memberi kami sedikit masa untuk membolehkan kita membuat perbincangan mengenai masa depan website ini. *keseluruhan perbincangan saya bersama pihak hosting boleh dibaca di sini.

http://harimaumalaya...n-bantuan-anda/

Buat yang masih belum mengetahui, HMC dijalankan dengan kos yang amat minima iaitu dengan penggunaan hosting e-Gold Biz Linux di Exabytes dengan bayaran setahun sebanyak RM399 + RM50 dan kos tersebut ditanggung dengan iklan - iklan yang dipaparkan di seluruh halaman harimaumalaya.com dan sekarang jumlah itu tidak mencukupi.

dan sekarang apabila proses penaiktarafan hosting itu bermula kita akan memerlukan sebanyak RM118 sebulan hanya untuk membolehkan website ini terus bernafas. Saya tahu ianya jumlah yang agak besar untuk di tampung berseorangan, tapi dengan kerjasama setiap ahli HMC, diharapkan kita dapat sama - sama menampung kos penyelenggaran website ini untuk kemudahan bersama, bak kata pepatah bersatu kita teguh bercerai kita roboh, dan kepada insan - insan mulia yang ingin menderma boleh la anda berbuat demikian dengan terus mendermakan sumbangan anda ke akaun ini, setiap sumbangan anda ke atas komuniti ini amat kami hargai.