31 March 2011
Ponteng
Ibubapa dan Penjaga harus memandang serious Kes Ponteng Sekolah kerana ia mendatangkan kesan yang tidak baik kepada masa depan Pelajar-Pelajar itu sendiri.
Justeru, Ibubapa dan Penajaga harus mengambil berat setiap aktiviti anak-anak mereka samada ketika berada di Sekolah mahupun selepas masa waktu Sekolah.
Mereka mengatakan ke Sekolah, tetapi mereka sebenarnya ponteng dengan tidak masuk kelas, tetapi berada di tempat lain.
Ibubapa dan Penjaga janganlah menyerahkan bulat-bulat segala tanggungjawab menjaga anak-anak mereka kepada pengurusan Sekolah semata-mata, tanpa mereka sendiri mengambil tahu hal anak mereka sendiri.
Saya berkata demikian ketika meresmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sungai Dendang, petang tadi.
Sesebuk mana sekalipun mereka, tanggungjawab menjaga anak mereka harus dilakuian, kerana dari situ akan bermula rasa tanggungjawab keatas diri pelajar itu sendiri untuk bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita.
Displin pelajar lentor adalah berpunca daripada sikap Ibubapa yang tidak mengambi berat mengenai anak-anak mereka.
Kejayaan Pelajar bermula dari rumah dan di Sekolah mereka hanya dibantu untuk diberikan tunjuk ajar dan rujukan sementara Ibubapa adalah tulang belakang yang memainkan peranan penting.
Turut hadir ialah Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai Dendang, Ahmad bin Mat dali dan Ketua Kampung Sungai Dendang, Ismail Don. Guru Besar diwakii oleh Penolong Kanan Sekolah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Anak saya pun banyak ponteng sekolah.
Sebab yang pertama ialah mereka hilang panduan kerana melihat bapa atau abang2/kakak2 mereka sekolah tinggi pun tak dapat kerja.
Jika mereka mendapat kerja mereka bukan bekerja berdasarkan kelulusan mereka.
Lulus bioteknologi menjadi penjual ubat, lulus hotel management bekerja di 7-Eleven.
Menuntut di sekolah Inggeris bekerja dengan Melayu, Cina dan India yang tak faham Bahasa Inggeris.
Dalam persidangan ADUN yang akan datang saya syorkan YMDS mencadangkan supaya institut pertanian di bina di semua kawasan yang bertani di Perak. Begitu juga sekolah vertenier dan perhutanan sepatutnya di bina di Pondok Tanjung.
Saya mendapat tahu kerja dalam pertanian yang mendapat tempat di nasa yang akan datang. Kerja2 lain ialah untuk kroni dan nipotis kecuali guru, jururawat, askar dan polis.
Seperkara lagi saya juga saya memohon meminta kerajaan Perak membina sekolah untuk belajar Bahasa Inggeris sahaja hingga mereka pandai menulis Annual Report Syarikat dan bersyarah dalam Bahasa Inggeris.
Saya lihat pengarah dan CEO syarikat hanya pandai bercakap Inggeris sahaja tapi syarikat mereka tak untung pun. Mereka hanya berlakun menjadi seorang TOKOH KORPORAT kerana mereka pandai berbahasa Inggeris tapi banyak syarikat mereka tidak lagi disenaraikan di BSKL.
Kalau YMDS tidak percaya cuba lihat UNIPHONIC, FMPT, SATERAS dll.
Kalau kita lihat pengurusi dan CEOnya cukup pandai berbahasa Inggeris. Tapi bungkus juga YMDS. Barangkali penyokong kuat UMNO pun pernah menjadi pengarahnya.
Orang kuat negeri Perak pun tak boleh buat apa2 untuk meningkatkan keuntungan seperti syarikat ASIAN PACIFIC. Harga sesaham berligar antara 8 sen hingga 16 sen. Tapi kalau kita lihat ketokohan kelulusannya memang hebat, kalah bapanya.
Saya syorkan Negeri Perak hendaklah memilih mereka yang pandai business untuk menjadi pengarah syarikat SLC. Jangan pilih orang macam saya ada kelulusan dan yang hanya pandai cakap dalam blog YMDS.
Kita takut kalau kita pilih orang politik. Politik pun kalah dan business pun tak untung. Carilah orang UMNO yang pandai business bukan yang pandai berbahasa. Inggeris untuk menjadi pengurusi syarikat, kalau nak pilih juga orang UMNO. Dalam business kita tak boleh begitu takut bankerap. Politik dan businesw adalah bertentangan.
Saya mohon orang politik tumpukan 100% berpolitik di tampat2 yang tidak selesa atau yang akan kalah.
Sekian.
Post a Comment