Template by:
Free Blog Templates

29 March 2011

Ketua kampung kemalangan




Melawat Ketua Kampung Sungai Kuning di Ulu Selama,Haji Abdul Rahman Saidin yang baru sahaja keluar dari rawatan Hospital selepas terbabit dalam kemalangan Jalanraya.

Kemalangan itu adalah kali kedua selepas kali pertama tahun lalu, beliau terlibat dalam kemalangan jalanraya.

Begitupun, beliau bersyukur kehadrat Allah S.W.T. Beliau kini berkerusi roda buat semenara menunggu pulih sepenuhnya.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kalau YMDS melawat tiap2 kampung di kawasan ADUN Kubu Gajah bergilir2 (proaktif tanpa jemputan) dan balik semula ke kampung yang pertama yang telah YMDS lawati sudah tentu lebih ramai yang mengenal YMDS.

Sepatutnya lawatan di kawasan ADUN Kubu Gajah didahulukan daripada tempat2 lain sebelum PRU 13.

Ada lebih kurang 13 kampung di kawasan ADUN Kubu Gajah. Jika YMDS berulang2 melawat kampung2 tersebut sudah tentu lebih ramai yang mengenal YMDS dan YMDS sudah tentu mengenal mereka yang betul2 miskin.

Dan seterusnya yang calon berdiri atas padang akan bertukar perspektif mereka terhadap YMDS.

Buat masa sekarang ini yang berdiri atas padang masih percaya tentang tomahan parti pembangkang. Mereka hanya ikut2an sahaja tanpa melihat apa yang terjadi.

Saya berkali2 mengingatkan Yang Mulia lebih banyak melawat tempat parti pembangkang di ADUN Kubu Gajah kerana saya takut mereka mencalonkan PAYUNG TERJUN. Tempat kita sudah banyak wakil rakyat PAYUNG TERJUN. Sebab itu pembangunan tidak nampak kecuali yang natural (natural growth). Kenaikan/peningkatan peratusnya pembangunannya sama sahaja.

Yang kita takut orang tempatan akan meninggalkan kampung mereka. Dan mereka ini digantikan dengan orang yang berhijrah dari tempat lain ke sini.

Masyarakat asal meninggalkan kampung kita kerana tidak ada pembangunan. Orang luar pula nak beli tanah kerana kita bersedia untuk menjual tanah kita kerana tanah tersebut berkongsi adik beradik yang tak boleh dipecah bahagiannya kerana terlampau mahal bayarannya.

Keluarga YMDS pun ramai menjual tanah (seperti tanah Pak Aji Dolah, YM Raja Mustafa dll lagi) kerana tanah berkongsi tidak produktif. Tambahan lagi soalanya siapa yang hendak menguruskannya?
Perkara inilah yang saya sedihkan sekali. Kita lari ke bandar. DAP sudah menawan bandar. Akhirnya anak2 kita nanti akan tercampak ke DINDING dan PARIT. Kita lihat pada masa sekarang ini orang2 UMNO pun asyik membangunkan tempat DAP.

Sekian. Terima kasih