Template by:
Free Blog Templates

2 March 2011

Tanah




Masih ramai bilangan penduduk di DUN Kubu Gajah yang mendirikan rumah diatas tanah risab Kerajaan, termasuk yang berdekatan dengan Sungai.

Ada setengah daripada mereka menerima kebenaran T.O.L daripada Pejabat Tanah sejak bertahun yang lalu.

Beberapa orang penduduk mengadu kepada Saya mengenai kesulitan mereka menumpang keatas tanah tersebut, terutama yang terpaksa membayar kadar cukai yang dikenanakan.

Mereka merayu agar Saya dapat mengenegahkan hal tersebut kepada pihak yang b erkenaan terutama bagi menggurangkan kadar bayaran cukai yang dikenakan.

Saya akan membincangkan perkara itu dengan Pentadbir Tanah Daerah bagi meringan bebanan yang terpaksa ditanggung oleh mereka terutama yang tidak mempuntai pekerjaan dan berpendapat rendah.

Saya juga akan meminta Ketua-Ketua Kampung mengumpul segala data mereka yang terbabik bagi mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Bila saya melihat tanah tapak rumah kampung tersusun di mana2 saja walaupun di Bukit Jana, Taiping masih banyak tapak yang kosong.

Kesimpulan yang dapat kita buat hasil daripada pemerhatian ini ialah kerajaan masih memberikan tanah tapak rumah kepada mereka yang tidak mahu berpindah atau pun yang sudah mempunyai tanah.

Perkara ini berlaku kerana kita turun padang dengan protokol. Selalunya protokol inilah yang menyibarkan borang permohonan. Kerana mereka tidak mempunyai masa, borang tersebut hanya sampai kepada kawan2 mereka sahaja, iaitu kawan2 yang sudah mempunyai tanah dan kawan2 yang tidak mahu berpindah.

Bayangkan tanah kampung tersusun di Bukit Bana mencapai harga antara 80 hingga 100 ribu. Manakala yang di Kubu Gajah mencapai hingga 40 ribu.

Persoalannya jika YMDS turun padang sendiri sudah tentu YMDS tahu siapa yang patut diberikan tapak rumah kerana YMDS ialah seorang anak tempatan. Sebab itu kita mahukan wakil rakyat anak tempatan kerana mereka betul2 kenal siapa yang tidak mempunyai tanah dan mereka yang betul2 mahu tapak rumah.

Pembangunan tidak akan tercapai jika rumah tidak dibina di tanah kurnia. Maksud saya tempat tersebut masih menjadi 'hutan'. Tidak kelihatan seperti membangun.

Kesimpulannya elakkan memberi tanah kurnia kepada spekulator.

Kadang2 ada yang meminta kerajaan mengeluarkan geran dengan segera supaya tanah tersebut dapat dijual untuk mengelakkan supaya tidak dituduh masyarakat sebagai penerimaan penyelewengan tanah (tidak mengikut kehendak sasaran).

Sekian