Template by:
Free Blog Templates

30 September 2011

Melawat Warga Emas Sakit




Melawat seorang warga emas, Abdullah Ghazi bin Abdul Hussain, 72 tahun di Kampung Air Siam, Sungai Jernih di Ulu Ijok dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah yang uzur.

Ghazi baru sahaja keluar daripada Hospital selepas menjalani rawatan sakit kencing manis dan kini berada di rumah.

Beliau tinggal bersama dengan isteri sementara anak-anaknya kini telahpun berumahtangga dan tinggal di tempat lain.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Sungai Jernih, Jamaluddin Mat Isa dan Ketua UMNO Cawangan Kelian Gunugn, Zulkifli Hussein.

Sungai Tercemar












Melawat sungai di Kampung Haji Mat Ashek yang tercemar akibat pembuangan sampah hinggakan menjadi rungutan penduduk.

Laluan sungai itu juga terjejas disebabkan pembuangan sampah mereka yang tidak bertanggungjawab.

Saya berharap pihak JPS dapat mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah tersebut, selain masalah hakisan sungai berkenaan.

Ia menyebabkan timbul masalah kepada penduduk yang menggunakan air sungai itu untuk kegunaan tanaman mereka.

Selain usaha kelapa sawit terdapat juga dusun serta tanaman pertanian yang lain di Kampung berkenaan yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri Kubu Gajah.

Peladang




Pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau berhasrat menceburkan bidang tanaman nenas secara komersial dan herba.

Ia akan melibatkan modal yang besar termasuk beberapa projek pertanian dan komodities yang lain.

Ia antara pekara yang dibincangkan dalam mesyuarat bulanan lembaga pengarah PPK Batu Kurau yang saya pengerusikan pagi tadi di bangunan PPK.

PPK Batu Kurau juga berhasrat memajukan tanahnya seluar kira-kira 200 ekar di Ijok dengan tanaman kelapa sawit.

Projek lain yang akan diceburi PPK Batu Kurau ialah pembelian buah sawit dan projek pembenihan secara komersial.

Mesyuarat juga turut membincangkan kemudahan kredit kepada 22 unitnya yang berhasrat menceburkan diri dalam bidang pertanian.

PPK Batu Kurau juga sedang berbincang dengan pengusaha-pengusaha produk tempatan utuk membesarkan perniagaan mereka.

Setakat ini banyak juga pengusaha tempatan yang berminat berkerjasama dengan PPK Batu Kurau terutama dalam usaha menembusi pasaran antarabangsa.

29 September 2011

FELDA-Raya

















Masyarakat FELDA harus berbangga dan bersykur dengan nikmat kemajuaan yang mereka kecapi selama tinggal di rancangan tersebut.

Semenjak FELDA diletakan dibawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul sendiri banyak kemajuan yang telah dicapai termasuk pembangunan belia.

Perdana Menteri memberi perhatian yang utama kepada pencapaian FELDA dan peneroka amat beruntung dengan layanan seumpamam itu.

Saya berkata demikian ketika berucap di majlis jamuan Hariraya Aidilfitri bersama Peneroka FELDA Ijok petang tadi.

Turut hadir Ketua Kampung FELDA, Ijok, Haji Shukur Haji Jaman dan pemimpin komponen Barisan Nasinal (BN).

Masyarakat FELDA juga diingatkan agar tidak terpedaya dengan dakyah dan fitnah yang cuba menjatuhkan nama baik tanah rancangan itu oleh pihak-pihak tertentu.

Mereka ini, barangkali cemburu dengan kejayaan yang telah dficapai oleh FELDA dibawah pemerintahan BN.

Saya juga menegaskan pentingnya masyarakat FELDA menggekal dan mengutamakan perpaduan jika mereka ingin terus menikmati segala kemudahan dan kejayaan.

Kebakaran



Melawat rumah naib Ketua Puteri UMNO FELDA, Ijok, Saniza binti Abd Halim yang terlibat dalam kebakaran kecil baru-baru ini.

Tiada kemalangan jiwa berlaku, sekadar bahagian dapur rumah beliau sahaja yang terlibat dalam kebakaran itu yang tidak tahu puncanya.

Turut hadir ialah Naib Ketua Puteri UMNO Bahagian LARUT, Juraidah binti Ismail yang juga Ketua Puteri UMNO Cawangan FELDA, Ijok.

Sukan sekolah











Masih ada sekolah Kebangsaan yang bukan sahaja terpaksa menyewa tanah untuk dijadikan padang, tetapi di tepi sungai dan pinggir kampung.

apakah masalah ini dapat membantu hasrtat timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin satu sukan satu murid.

Saya berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian penutup sukan sekolah Kebangsaan Kampung Perak yang diadakan di atas satu tapak yang disewa dari orang kampung di Sempeneh seberang dekat Batu Kurau.

Begitupun, pujian harus diberikan kepada pengurusan sekolah tersebut di atas kegigihannya mengadakan sukan tersebut sekalipun tiada padang.

Sukan peringkat sekolah penting kerana ia merupakan gedung melahirkan ramai bakat baru.

Justeru saya turut menggesa Kementerian pelajaran dalam perancangan sekolah-sekolah baru pastikan ada kemudahan sukan seperti padang bola.

Setiap atlit harus menjadikan setiap sukan yang dianjurkan penting untuk mengasah bakat mereka.

Mengenai kegagalan Perak di SUKMA yang lalu, saya berharap semua memandang serius agar ia tidak berulang.

Turut hadir Guru Besar Sekolah Kampung Perak, Ariffin Bin Taib dan Ketua Kampung, Zakaria Yahya.

24 September 2011

Jamuan Raya cawangan








Kemeriahan Hariraya Aidilfitri masih terus disambut, sekalipun Syawal sudah tiba di penghujungnya.

Saya sempat menghadiri jamuan Harirya anjuran Ketua UMNO Cawangan Kampung Perak dalam Bahagian LARUT, Omar bin Makhtar dan isteri.

Dalam ucapan ringkas, Saya turut menyeru pentingnya perpaduan ummah diutama dan diperkekalkan bagi menjamin kekuatan Islam.

Islam adalah simbol perpaduan Ummah dan Masyarakat Dunia dan kemegahan itu harus dipertahankan demi masa depan Islam itu sendiri.

Selaku Ketua UMNO Bahagian LARUT, Saya turut berharap sambutan Hariraya Aidilfitr itu bukan sahaja menjadi tradisi, tetapi juga dapat menggekalkan silaturahim diantara semua kaum.