Template by:
Free Blog Templates

15 September 2011

Wanita-raya





Suasana menyambut Hariraya Aidilfitri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah masih terus diadakan oleh pelbagai pihak.

Petang tadi, Saya menghadiri jamuan Hariraya anjuran Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Batu 20 yang diadakan di bengkel Wanita.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Batu 20, Haji Mat Isa dan Ketua Cawangan, Haji Rosli Mat Zain dan Ketua Wanita, Zainab Awang.

Jamuan tersebut turut dihadiri oleh penduduk-penduduk kampung termasuk Jawatankuasa Mesjid Batu 20.

Bersempena dengan sambutan Hari Ulang tahun Kemerdekaan dan Malaysia, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Batu 20 juaga membuat persiapan untuk menyertai perbarisan besok.

Dua buah roda tiga lama turut dihiasi oleh JKKK bagi mengambil bahagian dalam perarakan sempena sambutan tersebut.

0 comments: