Template by:
Free Blog Templates

30 June 2009

MB Perak Akan Terus Turun Padang

Selasa, 30 Jun 2009, Rakyat Perak rata-rata menyambut baik program turun padang Menteri Besar Perak, Datuk Seri dr Zambry Abdul Kadir.

Pendekatan itu membolehkan Menteri Besar melihat dengan lebih dekat masalah rakyat dan bertindak segera supaya tidak terus membebankan mereka.

Dalam perjumpaan dengan Ahli-Ahli Dewan Negeri (ADUN) dan Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Perak di Bangunan UMNO di Ipoh, beliau berkata dengan turun ke bawah, membolehkan rakyat tampil mengemukan masalah mereka dan ini akan dapat menggurangkan birokrasi.

Dr Zambry yakin dengan pendekatan sedemikian dan terus memberi khidmat setiap masa, Barisan nasional (BN) tidak akan menghadapi masalah untuk terus kekal memerintah, sekalipun Pembangkang tidak berdiam diri mencetusan rasa tidak puas hati mereka.

Hari ini, Menteri Besar mengadakan program bersama rakyat di Daerah Manjong dan Mesyuarat EXCO di Batu Gajah.

Beliau berkata, ramai juga ADUN yang turun ke bawah mendekati rakyat untuk meninjau keadaan mereka, terutama mereka yang masih dalam keadaan daif danmemerlukan perhatian segera.

Saya sendiri telah mengatur beberapa siri program Kebajikan bersama Masyarakat di DUN Kubu Gajah, selain mengadakan lawatan sendiri.

29 June 2009

Bina Jalan Berjuta Ringgit, Tapi Jangan Sampai Berlaku Banjir


Isnin - 29 Jun 2009 - Kampung Masjid, Ijok, sambil gembira menyambut pembinaan sebatang jalan baru sepanjang lima kilometer dengan kos yang dianggarkan RM 15 Juta dekat Kampung Bendang Luas, penduduk-penduduk berhampiran melahirkan rasa bimbang rumah-rumah mereka akan ditenggelami air jika berlaku banjir.

"Kami bersyukur kerana, akhirnya projek yang dinanti-nanti selama ini terlaksana juga, tetapi kami juga bimbang jika tindakan tidak diambil sebelum jalan ini siap, Kampung berhampiran akan tenggelam," terang Aziz Jamil, Ketua UMNO Cawangan Kampung Masjid.

Saya sendiri meninjau ke tempat pembinaan projek tesebut selepas mendapat aduan dan perkara itu telah pun saya laporkan kepada Jurutera JKR Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), Mohd Sobri bin Samid.

JKR, katanya amat memahami perkara tersebut dan telah berbincang mengenai reka bentuk projek tersebut dengan Perunding dan Kontraktor terlibat.

Projek jalan tersebut menghubungkan Bendang Luas, Teras di sebelah Ijok dengan Kampung Ulu Mengkuang, berhampiran Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sebelah Selama dan dijadualkan siap sebelum akhir tahun depan.

Selama ini, kira-kira 100 buah rumah berhampiran dengan projek itu sentiasa mengalami banjir jika hujan turun dengan lebat, tetapi takan lah dengan naiknya projek jalan itu, masalah banjir akan berterusan, tambah Aziz.

Pembinaan beberapa buah jambatan dijangka terlibat dengan projek tersebut kerana kawasan yang terlibat merentasi beberapa batang Sungai.

Pembinaan jalan itu kelak akan membantu menaikan taraf hidup dan ekonomi penduduk Mukim Ijok terutamanya dan kampung-kampung berhampiran. Ijok dan Mukim sebelahnya, Batu Kurau terkenal dengan buah durian.

Yahayuddin Tokoh Kampung, Jatuh Sakit Dan Perlukan Bantuan

Isnin - 29 Jun 2009 - Kubu Gajah, Ketika masih sihat beliau seorang yang cukup aktif dan sentiasa menjadi pilihan orang kampung untuk mengetuai mereka.

Tetapi, sejak dua tahun lalu, Yahayuddin bin Mat Taib, 56 tahun yang tinggal di No 93 S/A Kampung Sungai Ara, sedang uzur dan memerlukan bantuan perubatan.

Saya amat simpati dengan keadaannya yang terpaksa menanggung tiga anak yang masih belajar termasuk seorang di sebuah Universiti di Melaka.

Ketika melawat Yahayuddin, Bekas Ketua UMNO Cawangan Kampung Haji Mat Ashik di rumahnya memberitahu kos belanja dan tambang berulang alik, mengambil ubat, sedangkan beliau tidak boleh bekerja.

Justeru, beliau berharap mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Taiping. Yahayuddin rasa dukacita kerna tidak dapat bersama dalam program Pegawai Kebajikan Masyarakat turun ke Sungai Ara tempoh hari, kerana tidak dimaklumkan.

Beliau bagaimanapun, menghubungi saya untuk memberitahu yang beliau tidak tahu dan berharap saya dapat turun melawatnya.

28 June 2009

Ramai KESAL Ulamak Dicerca

Ahad - 28 Jun 2009 - Batu Kurau, Perak, ramai yang menyatakan rasa kesal mereka apabila Ulamak Islam di cerca hanya kerana memberi pandangan, tetapi tidak menguntungkan perjuangan mereka.

Padahal Ulamak tidak pernah meletakan diri mereka sebagai terlibat dalam gelanggang politik kepartian, kata saya ketika berucap merasmikan Majlis Ramah Mesra Rakyat anjuran Jabatan Penerangan di Kampung Changkat Jelutong, Changkat Perah, Batu Kurau.

Ulamak memberi pandangan mungkin kerana mereka merasakan sesuatu itu sudah sampai ke tahap yang membimbangkan terutama jika ia memecah belahkan islam.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sejak kebelakangan ini menjadi sasaran keritikan oleh pihak-pihak yang merasa rimas dan tidak selesa dengan pandangan beliau mengenai Kerajaan Perpaduan.

Mereka sebenarnya bimbang, pandangan Ulamak boleh menggurangkan pengaruh politik mereka, sekiranya rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap perjuangan politik sempit mereka.

"Jika Ulamak pun dah kita tidak hormat, kepada siapa lagi yang hendak kita rujuk perkara yang berkaitan agama" tanya saya.


Begitupun, Harussani tidak pernah menyimpan rasa dendam kepada sesiapa yang menfitnahnya kerana beliau lebih mengutamakan tanggungjawab yang diamanahkan. Lagipun, seperti kata perpatah, makin padi itu tunduk, makin ia berisi.

Sebelum ini, Pegawai Penerangan Khas (JASA), Ustaz Hasbullah Elias berikrar bersama penduduk yang hadir menentang sebarang usaha membawa balik Chin Peng ke Malaysia.

Seorang bekas Penguasa Polis turut memberikan ceramahnya tentang tiada sebab bekas Pemimpin Parti Komunis itu hendak di bawa pulang dan pentingnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Bekas Ketua UMNO Bahagian Larut yang juga bekas Ahli Dewan Negeri (ADUN) Selama, Datuk Mohd Ali Mohd Isa, adik kepada bekas Menteri Besar Perak dan ketua-ketua kampung adalah diantara mereka yang hadir di majlis tersebut yang diadakan di halaman sebuah rumah di situ.

27 June 2009

Perpecahan Membawa Keburukan Kepada Negara

Sabtu - 27 Jun 2009 - Selama, Perak. Pembangkang tidak kisah perpecahan dalam masyarakat asalkan hasrat dan cita-cita mereka tercapai.

Jika ada pun Ulamak yang cuba memberikan pandangan dan nasihat yang berguna, tetapi bagi mereka itu tidak penting kerana ia tidak membawa keuntungan kepada mereka.

Perpecahan dalam masyarakat kita jika dibiarkan, lama kelamaan akan hanya menguntungkan pihak yang lain. Apakah kita lebih suka melihat Negara kucar kacir? tanya saya ketika merasmikan seminar sehari anjuran Biro Tata Negara (BTN) Perak mengenai isu-isu semasa Negeri Perak untuk Wanita UMNO di Dewan Orang Ramai Taman Sentosa, Selama, hari ini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sendiri menyatakan kebimbangannya jika Orang Islam terus berpecah dan pandangannya terhadap Kerajaan Perpaduan adalah ikhlas demi masa depan rakyat Negara ini.

Saya juga menyatakan kenapa mesti ada pihak-pihak yang merasa bimbang akan politik dan perjuangan mereka terjejas hanya jika wujud Kerajaan Perpaduan?

Bahkan, Barisan Nasional (BN) sejak penubuhannya lagi pada tahun 1974 telah pun mengamalkan konsep perpaduan dalam BN, justeru ia bukanlah perkara yang harus dipertikaikan.

Pembangkang tidak harus mencurigai kebaikan dan keikhlasan Kerajaan Perpaduan, cuma kita tidak sempat mengetahui penjelasan sebenarnya mengenai hal tersebut kerana ia telah ditentang habis-habisan oleh kalangan Pembangkang sendiri terhadap hasrat Pas itu.

Saya juga mengajak rakyat jelata yakin dengan Kerajaan BN yang mentadbir Negeri Perak dan memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir untuk membawa kemajuan.

Pembangunan akan terjejas, sekiranya keadaan di Perak tidak stabil sedangkan negeri-negeri lain di Semenanjung, Sabah dan Sarawak semakin jauh melangkah ke hadapan.

Kira-kira 100 orang peserta hadir dalam seminar sehari itu anjuran bersama Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Larut. Program itu akan juga diadakan di Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah dan Batu Kurau, dalam masa terdekat ini, kata Naib Ketuanya, Maksu Maria.

Turut hadir ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Anuar Ariffin, Ketua-Ketua Kampung dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian.

26 June 2009

TPM Yakin Dengan Zambery Pimpin Perak

Timbalan Perdana Menteri (TPM) yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir dan tidak meragui usahanya membawa perubahan kepada Negeri Perak.

Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji ketabahan dan kekuatan mental Menteri Besar Perak yang ke 11 itu sekalipun diasak dan diserang oleh pihak-pihak yang tidak senang selepas beliau mengambil alih Kerusi panas itu.

Dr Zambry hebat dengan cara dan pendekatannya sendiri, tambah TPM dengan disambut tepukan gemuruh kira-kira 2,000 tetamu yang hadir, ketika berucap di jamuan makan malam di Kediaman Menteri Besar sempena lawatan kerja beliau ke Perak pada hari Khamis, 25 Jun.

Begitupun, kejayaan Dr Zambery mentabir Negeri Perak bergantung kepada sokongan semua pihak termasuk Ahli-Ahli Dewan Negeri (ADUN) dan Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Zambery telah menunjukkan komitmennya dan Kita jangan meragui usaha yang hendak beliau buat bagi kebaikan Perak.

Sebelum itu, Dr Zambery dalam ucapannya berkata hanya Barisan Nasional (BN) yang berkemampun untuk membela nasib rakyat dan rakyat jangalah meragui kesungguhan mereka untuk terus membawa perubahan.


Sokongan TPM akan mennjadi sumber bagi beliau dan rakan-rakan yang lain dalam Kerajaan Perak untuk bekerja keras bagi mempastikan segala janji BN dalam Pilihanraya UMUM ke 12 dilaksanakan.

Sebelum itu, TPM, Menteri Besar, Mufti Perak Tan Sri Harunsani Zakaria dan ADUN BN mengadakan solit Maghrib dan Isyak serta taskirah.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO juga mengadakan perjumpaan tertutup dengan Badan Perhubungan UMNO Perak yang diketuai Dr Zambery yang lebih tertumpu kepada usaha-usaha memperkasakan Parti menghadapi Pilihanraya UMUM ke 13.

Pada sebelah petang, selepas menemui Pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri dan Persekutuan di bangunan SUK, Muhyiddin melawat kawasan perniagaan India di Pekan lama, Ipoh.

Mufti Perak Tidak Berdendam

Mufti Perak, Tan Sri Harunsani Zakaria mengingatkan Umat Islam mengenai kebesaran Allah S.W.T. dan tidak akan serta pernah berdendam dengan sesiapapun yang menfitnah beliau.

"Ada yang kata Mufti Anjing," tetapi orang yang pernah menfitnahnya, bila berjumpa beliau bersikap berlainan pula, tambahnya ketika dalam majlis taskirah di kediaman Menteri Besar Perak selepas Solat Maghrib bersempena lawatan kerja sehari Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Harusani baru-baru ini mencetus kontrovesi, walaupun ikhlas dalam komennya mengenai Kerajaan Perpaduan.

Harunsani turut rasa kesal jika Umat Islam bergaduh sesama sendiri dan mengingatkan keadaan itu akan menguntungkan pihak lain yang mahu melihat perpecahan di kalangan Orang-Orang Islam.

Justeru, beliau mengajak Umat Islam dalam situasi apa sekalipun, mestilah meletakan perpaduan itu lebih penting.

Selain TPM, turut hadir ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir dan Isteri, Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Tan Sri Ghazali, Ahli-Ahli Dewan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Perak, Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan Ketua-Ketua Jabatan.

Mufti itu juga mengingatkan Islam akan runtuh dan lemah jika mereka membenarkan perpecahan berlaku.

Harunsani kemudian bersama Menteri Besar dan tetamu yang lain mengadakan Solat Isyak. Beliau juga hadir di majlis jamuan makan bersama TPM dan Pemimpin yang lain.

25 June 2009

TPM Tinjau Perak

Tan Sri Muhiyiddin Yassin tiba di Ipoh Petang ini, 25 Jun 2009 kerana melakukan lawatan kerja sehari ke Perak.

Ketibaan Timbalan Perdana Menteri (TPM) di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) disambut oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir, Ahli-Ahli Dewan (DUN), Barisan Nasional (BN), Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan Pemimpin komponen BNl.

Kemuncak lawatan Muhiyiddin kali pertama ke Perak selepas dilantik TPM ialah perjumpaan tertutup dengan Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri di Kediaman Menteri Besar malam ini.

Dalam perjumpaan itu Muhiyiddn yang juga Timbalan Presiden UMNO dijangka memberi taklimat isu politik semasa termasuk Kerajaan Perpaduan, Pilihanraya Kecil Manik Urai di Kelantan dan Hala Tuju Pendidikan termasuk isu wajib lulus Mata Pelajara Bahasa Inggeris untuk dapat sijil SPM.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan UMNO Malaysia juga dijangka menyentuh perkara-perkara yang telah dicapai dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO semalam.

Zambery pula dijangka memberi taklimat suasana politik Perak terkini selepas berlaku peralihan kuasa Kerajaan Negeri daripada Pembangkang kepada BN.

Muhiyiddin juga mungkin mengambil sedikit waktu untuk mendengar pandangan daripada Ketua-Ketua UMNO Bahagian berhubung memperkukuhkan Parti dalam menghadapi Pilihanraya UMUM ke 13, terutama pendekatan dengan golongan Muda yang menjadi Pengundi Penentu.

Sebelum hadir ke majlis Solat Maghrib dan Tahlil serta jamuan rakyat di Kediaman Menteri Besar, TPM mengadakan perjumpaan dengan Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai Kerajaan di Bangunan SUK, serta majlis ramah mesra dengan Masyarakat tempatan termasuk kaum India di kawasan perniagaan pekan lama, Ipoh.

Muhiyiddin bersama rombongan berlepas pulang ke Ibu Negara Kuala Lumpur pada malam ini.

24 June 2009

Produk Kampung Gagal kerana Sistem Penyampaian Yang Lemah

Diantara punca produk masyarakat kampung gagal di pasarkan dengan meluas, terutama di peringkat antarabangsa adalah disebabkan sistem penyampaian yang tidak cekap.

Justeru, Jabatan dan Agensi yang terlibat janganlah memandang usaha dan hasil orang kampung sebagai kelas ketiga.

Mereka juga mampu bersaing dan mengeluarkan produk yang berkualiti, jika diberi bimbingan dan tunjuk ajar yang betul serta konsisten oleh Jabatan dan Agensi yang terlibat.

Boleh dikatakan setiap kampung pada hari ini menghasilkan produk masing-masing, sebagai contoh usaha udang galah di Kampung Sungai Jernih.

Saya percaya Program Komuniti Bestari anjuran Jabatan Penerangan akan dapat membantu menyampai dan menyelaraskan kegiatan ekonomi dan produk kampung.

Hari ini, Rabu 24 jun 2009, Saya dijemput melancarkan Program tersebut peringkat Mukim Ijok dan meresmikan pembukaan Bangunan Pejabat Komuniti Bestari di Pekan Kampung Mesjid, Ijok dalam Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah.

Turut hadir ialah Pengarah Penerangan Negeri, Haji Abdullah Mohd Ariff, Pegawai Penerangan Daerah, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kecil Selama, Haji MohdYusof bin Abustan dan Penghulu Mukim, Mahmud Fauzi.

Diantara kemudahan yang disediakan di Pejabat Komuniti Bestari ialah Perkhidmatan Internet untuk penduduk Kampung.

23 June 2009

Mesra Kebajikan Membantu Rakyat Miskin

Saya bersama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Larut, Matang dan Selama (LMS) hari ini, Selasa 23 Jun, mengadakan perjumpaan dengan penduduk-penduduk kampung di Dewan negeri (DUN) Kubu Gajah di Dewan Serbaguna Sungai Ara.

Kira-kira 200 orang penduduk dari tujuh kampung Bt 20, Padang Das, Simpang Tiga Gudang, Jemerang Setar, Kampung Haji Mat Asek, Kelian Cinai dan Sungai Ara keluar untuk mohon bantuan dan juga mendapatkan penjelasan.

Turut hadir ialah Pegawai Kebajikan Daerah LMS, Zambri mohamed bersama lapan orang pembantunya. Pegawai Lembaga Perancang Penduduk Negara (LPKNP Negeri Perak, Kuzairah Affendi bersama kakitangannya juga mengadakan pameran dan pemeriksaan darah dan kesihatan.

Dalam ucapan, Saya berharap proses permohonan bantuan tersebut dapat dipercepatkan sebagaimana yang pernah diumumkan oleh Menteri berkenaan, Datuk Seri Sharizat Jalil yang tidak mahu lagi mendengar birokrasi menjadi masalah besar.

Program Mesra Kebajikan akan diteruskan dari masa ke semasa dan berharap masalah kemiskinan, mereka yang daif dan sebagainya dapat diatasi.

Begitupun, Saya berharap Kementerian berkenaan menambahkan lagi peruntukan dalam bajet 2010 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Parlemen tidak lama lagi.

Kontrektor Lesap, Ibu Tunggal Rugi Besar

Bagaikan tidak percaya, kalau tenguk dengan mata sendiri dari luar, bangunan rumah yang tersergam indah, terletak di kawasan berbukit, tepi jalanraya.

Melihat Anak-Anak tangga rumah tersebut pun dah cukup menarik, kata hati kecil Saya sambil melangkah naik ke atas.

Tetapi, semakin hampir ke dalam rumah, alangkah terkejutnya Saya kerana ruang yang kosong tanpa sebarang bilik dengan batu- bata, kayu berselerak dan bertaburan. Saya simpati dengan nasib, Nor Naimah binti Bistaman, 53 tahun kerana rumahnya tidak siap akibat kontraktor menghilangkan diri.

"Dahlah rumah tidak siap, terpaksa tanggung rugi, mana nak cari duit untuk menyiapkan rumah, segala-galanya dah hancur," keluh Ibu tunggal yang mempunyai tanggungan dengan nada sedih, kerana ditipu.

Naimah yang tinggal di No 4, Batu 85, Kampung Baru, Sungai Dendang datang ke Pejabat Khidmat Dewan Negeri (DUN) Kubu Gajah mengadu mengenai masalah yang dialaminya.

Beliau telahpun membuat laporan Polis. Tetapi yang menjadi masalah ialah, Naimah sendiri tidak mempunyai sebarang perjanjian dengan kontraktor berkenaan.




"Mana nak cari wang lagi YB, dah habis berpuluh ribu, " Naimah telah kehabisan wang simpanannya, justeru mohon bantuan untuk menyiapkan rumah tersebut. Bagaimanapun, menurut seorang kontraktor yang hadir sama dalam lawatan Saya itu, menggeleng-gelengkan kepalanya bila ditanya berapakah kos sebenar?

Rumah itu kena dibangunkan semula, kerana pembinaanya tidak kukuh dan bimbang bangunan itu roboh.

Saya menasihatkan Naimah untuk mohon bantuan Baitulmal atau FELCRA, memandangkan beliau tidak mampu untuk membayar pinjaman bulanan jika rumah yang dibina oleh Syarikat Perumahan Negara (SPN).

Dengan usaha yang sedang dilakukan, mudah-mudahan hasrat Naimah memiliki sebuah rumah idamannya akan tercapai, insyallah.

21 June 2009

FAM Pinda Statutnya


Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengadakan Kongres ke 46nya di sebuah Hotel di Bandaraya, Kuala Lumpur hari ini.

Kongres tersebut meluuskan pindaan Statut FAM sebagaimana yang dikehendaki oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Pindaan tersebut termasuk kedudukan Ahli Bersekutunya, kini menjadi Ahli biasa, seperti Ahli Gabungan yang lain dan mula dikuatkuasakan tahun depan, tahun pemilihan barisan kempinan FAM.

Ahli-ahli Bersekutu sebelum ini termasuk Persatuan Bola Sepak China manakala Ahli Biasa, selain Persatuan Bola Sepek Negeri ialah adalah Persatuan Bola Sepak Melayu, Persatuan Bola Sepak Polis Diraya Malaysia (PDRM) dan Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (ATM).

Seramai 50 daripada 57 perwakilan hadir. Dua daripada Empat Naib Presiden hadir yang hadir.

20 June 2009

Hari Kantin Meriah

Hari ini, Sabtu 20 Jun 2009, Saya ambil kesempatan melawat Hari Kantin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubu Gajah untuk mengutip Tabung Koperasi dan Keusahawan Sekolah.

Pengetua Sekolah Badri Nordin turut hadir, selain Ketua UMNO Cawangan Kubu Gajah, Cikgu Abu Samah Alidin, Pengerusi JKKKP Azmi Sabran, Cikgu Osman Ahmad dan Ahli Majlis Daerah Selama, Abd Rani Saman.

Selain Gerai Makan, turut juga dipamerkan ialah Stesen Radio Amator Wilayah Selama yang membantu memberi maklumat tempatan lingkungan 5KM.


Mahathir Sumpurna Penubuhan GMP


Datuk Seri Helmi Ismail



Datuk Mohamed Hamzah


Razali Khalid


Ruslan Zainal Abidin


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gagasan Melayu Perak (GMP) hari ini, Sabtu 20 Jun 2009 memilih Jawatankuasanya yang baru diketuai Ahli Koprat, Datuk Seri Helmi Ismail.

Helmi yang juga bekas Pengurus Pasukan Bola Sepak Kuala Lumpur adalah juga Presiden Penaja GMP sebelum ini.

Di Mesyuarat Agung pertama yang diresmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang diadakan di sebuah Hotel di Bandaraya Ipoh, turut memilih bekas Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Perak, Datuk Mohamed Hamzah selaku Timbalan Presiden dan bekas Timbalan PTG Perak, Razali Khalid selaku Naib Presiden.

Setiasuaha GMP ialah Ruslan Zainal Abidin. GMP diasaskan adalah untuk memperkasakan lagi Perpaduan Orang Melayu, terutama dalam menghadapi kemelut Perak selepas Pilihanraya UMUM Mac 2008.

Bekas Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Perak, Ghazali Rashid atau lebh dikenali Malim Ghozali pk yang juga Penulis Fikir,Usahawan Datuk Ismail Mokhtar Mohd Noor dan Ghazali Tan Sri Osman adalah diantara Jawatankuasa yang dipilih.