Template by:
Free Blog Templates

19 June 2009

Notis Berpindah Kepada Pengusaha

Awang Ahmad Bin Ibrahim atau panggilan Tan di Kampung yang tinggal di Jalan Selama-Bagan Serai, Kubu Gajah bergantung rezeki kepada jualan minyak untuk menyara keluarganya.

Beliau menjalankan dua pam minyak sejak 6 tahun lalu di atas risab Jalan tersebut, tetapi beliau kini meraih simpati kerana Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengeluarkan notis mengarahkan beliau berpindah ke tempat lain.

"kemana Saya hendak pergi YB,"keluh Tan sambil mengadu akan nasibnya, ketika Saya meninjau di tempat beliau, kelmarin. Jualan tidak seberapa, sekarang kena keluar pula.

JKR mahukan tempat itu dikosongkan kerana ia adalah risab jalan dan barangkali Jabatan itu mempunyai rancangan melebarkan jalan tesebut untuk kemudahan awam.

Begitupun, Saya amat bersimpati dengan Tan dan akan merayu kepada pihak berkenaan agar dapat mempertimbangkan permohonan beliau untuk terus berniaga di situ, lagi pun keadaan tempat itu agak bercerun.

0 comments: