Template by:
Free Blog Templates

30 July 2012

Islam






















Umat Islam digesa meletakan soal perpaduan sebagai keutamaan demi menjamin mase depan mereka sebagai bangsa yang terbesar di dunia.

Adalah menjamin kebimbangan tentangmasa depan masyarakat Islam jika mereka terus bercakaran dan krisis yang melanda beberapa buah Negara Islam harus dijadikan iktibar.

Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Haji Omar berkata demikian ketika berucap di majlis berbuka puasa dan sumbangan kepada fakir miskin di Mesjid Bukit Bertam di Ulu Selama, petang tadi.

Pergolakan yang berlaku di Negara-Negara Islam boleh mendorong rasa kurang percaya dan hormat dan hormat msyarakat dunia terhadap masyarakat Islam.

Beliau yang juga Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah berkata, jika umat Islam berpecah ia akan membuka laluan kepada musuh-musuh Islam untuk mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh.

Ekonomi mereka juga akan terjejas kerana pelabur akan rasa takut dan begitu juga dengan pelancong yang tidak akan datang.

Krisis yang melanda Syiria menyebabkan ramai Pelajar Malaysia terkandas sepertimana yang berlaku ketika Mesir menghadapi pergolakan tempuh hari.

Katanya, justeru di Malaysia Kerajaan melarang sebarang bentuk demonstrasi yang boleh menyebabkan berlaknya rusuhan dan kekacauan.

28 July 2012

Kemudahan

















Kerajaan akan melaksanakan beberapa lagi projek menaik taraf jalan kampung dalam dewan undangan negeri (DUN) Kubu Gajah.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Dato Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar turut mengumumkan pembinaan jalan asas sepanjang 1.2 kilometer di Felda, Ijok.

Jalan tersebut menelan belanja RM 160,000 dari Felda ke kampung Teras yang kebetulan jalan tersebut menghubungkan kedua-dua buah kampung dan tanah rancangan Felda sampai ke sempadan kampung berkenaan.

Beliau yang juga ketua UMNO bahagian Larut berkata demikian ketika berucap di majlis berbuka puasa dan penyampaian sembangan kepada warga emas di kampung Tebing Tinggi petang tadi.

Beliau juga menyampaikan sumbangan dua buah komputer kepada sekolah kebangsaan Tebing Tinggi dan seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT) bukan melayu di dewan Tebing Tinggi.

Beliau juga mengumumka satu lagi projek melebar jalan kampung sepanjang 0.2 kilometer di kampung sungai Malau menelan belanja RM 60,000.

Mengenai politik, beliau menegaskan walaupun banyak gambaran baik yang diberikan oleh ramai pihak terhadap barisan nasional (BN) dalam pilihanraya umum (PRU) ke 13, tetapi ahli-ahli parti jangan ambil mudah dalam memperkukuhkan jentera parti.

Ada baiknya apa yang berlaku pada pru ke 12 dijadikan iktibar kepada seluruh ahli UMNO dan BN bagi menjamin kemenangan cemerlang pada pru yang akan datang.

Beliau juga mengingatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan pihak-pihak yang hendak menjatuhkan BN dengan membuat fitnah.

Solat Trawih




Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar, menyertai penduduk Islam di Sungai Dendang mengadakan solat Trawih di Mesjid Sungai Dendang, malam tadi.

Beliau yang disertai oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Larut turut beramah mesra dengan masyarakat Islam di situ sambil menyeru pentingnnya perpaduan Islam diperkukuhkan tidak kira dimana mereka berada.

Beliau turut minum kopi yang disediakan di luar perkarangan Mesjid, sambil berbual dengan masyarakat Islam di situ sebelum solat Isyak.

Islam ada simbol perpaduan sejagat dan ia telah menjadi kemegahan sejak turun temurun di seluruh pelusuk dunia.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Larut kemudian menghadiri majlis More di Surau Pekan Kubu Gajah bersama masyarakat Islam yang lain.

Bubur Lambuk












Setiap kali tiba bulan Ramadhan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar akan mengagih-agihkan bubur lambuk kepada orang ramai.

Sumbangan itu dibuat pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan Puasa. Beliau menyampaikan bungkusan bubur tersebut sebelum solat Asar kepada mereka yang berada di sekitar kawasan Pasar Ramadan di Kampung Mesjid.

Persediaan bubur itu dibantu oleh Bendahari Puteri UMNO Bahagian Larut, Mazda Tahir manakala Ahli Majlis Daerah Selama (MDS), Mohamed Abdullah membantu mengagihkannya.

Bubur lambuk itu amat laris dan pengagihannya selesai hanya dalam masa beberapa minit, tetapi ia tidak menjejaskan jualan bubur yang sama di pasar berkenaan.

Bubur lambuk adalah makanan tradisi dan terdapat di mana sahaja yang disediakan oleh umat islam sebagai juadah berbuka puasa.