Template by:
Free Blog Templates

17 July 2012

Kebajikan
















Rakyat semua kaum layak menerima bantuan jika mereka tergolong dalam kategori susah dan miskin.

Jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) diminta memastikan tidak berlaku pilih kasih dalam permohonan bantuan kebajikan dan mereka mesti mempunyai pengkalan data bagi menggelak berlaku sebarang pertindihan.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap dimajlis penyampaian basikal kepada lima pelajar miskin dan barangan makanan kepada ibu tunggal di Redang Panjang, petang tadi.

Dua pelajar sekolah menengah, N.kaviyarasu dan M.thavendran yang muncul juara taekwando peringkat kebangsaan sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) dalam kategori masing-masing turut menerima sumbangan di majlis tersebut.

Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan pimpinan perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sentiasa megutamakan program dan aktiviti membantu golongan rakyat miskin ada yang berpendapatan sederhana.

Justeru, perdana menteri sentiasa turun padang untuk melihat sendiri masalah dan kebajikan rakyat.

Begitulah juga di peringkat negeri dimana menteri besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir amat perihatin dan mengambil berat golongan mereka yang miskin dan masalah setinggan di luarbandar.

1 comments:

Anonymous said...

Inilah contoh pemimpin berjiwa rakyat. Pemimpin yang menjaga kebajikan semua kaum dan aktiviti untuk semua rakyat Malaysia. Inilah yang dinamakan pemimpin yang memperjuangkan 1Malaysia. Syabas DS, harap Raya nanti jemput semua kaum kita raya sama2 di Kubu Gajah.