Template by:
Free Blog Templates

1 July 2012

Bola sepak














Skuad bola sepak piala presiden Perak yang muncul juara musin ini diminta agar membuktikan kejayaan mereka sekali lagi di sukma yang akan berlangsung di Pahang.

Bekas pengurus dan timbalan presiden bola sepak (PAFA) Perak, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata demikian ketika berucap meraikan pemain-pemain piala presiden yang berkunjung ke Ijok dan mengadakan perlawanan persahabatan, petang tadi.

Beliau membakar semangat pemain-pemain agar menggulangi kejayaan ddi sukma bagi membuktikan kemenangan mereka di final piala presiden bukan kerana bermain di gelanggang sendiri dan nasib.

Datuk Seri Raja AHmad Zainuddin mengucap tahniah dan berbangga diatas kejayaan pasukan piala presiden Perak kerana pengurus, Isham Shaharuddin dan jurulatih, Abu Bakar Fazim adalah bekas anak buahnya ketika menjadi pengurus Perak.

Seorang lagi anak buah Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin ialah penolong jurulatih piala presiden, Syamsul Saad yang juga jurulatih Perak yang muncul juara piala bawah umur 19 tahun.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah menegaskan pasukan piala presiden adalah merupakan pelapis kepada pasukan utama liga super.

Beliau berbangga kerana Perak di era beliau telah melahirkan ramai pemain dari skuad piala presiden seperti Indera Putera Muhyiddin, Khalid Jamlus dan S.Saravanan yang menjadi rebutan ramai pasukan suatu ketika.

Beliau berkata pasukan piala presiden mampu menggulangi kejayaan mereka di sukma jika pemain-pemain turun dengan semangat berpasukan dan konsisten serta tidak ego sebagai juara.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Untuk meriahkan lagi pesta bola bila YMDS hendak syorkan perlawanan Ahli Dewan Undangan antara negeri-negeri?

Untuk menjayakan permainan bola boleh kita adakan berbagai2 pasukan misalnya antara estet2, sekolah2, guru2, ustaz2 dll diLMS supaya mereka lebih fit dan kurang berpolitik.