Template by:
Free Blog Templates

31 October 2010

Lawat abang wakil rakyat







Melawat Abang Wahab Mohd Hassan, abang kepada bekas Ahli Parlimen Larut, Datuk Haji Mohd Zihin Mohd Hassan, yang juga bekas Pengerusi UDA di rumahnya di Kota Raja Bersiong, Redang Panjang, untuk bertanya khabar.

Abang Wahab berusia lebih 70 tahun adalah seorang yang amat aktif dalam kegiatan kemasyarkatan. Beliau amat terharu diatas kunjungan Saya yang masih mengambil berat mengenai dirinya.

Anak ahli kahwin




Menghadiri majlis kahwin anak ketua umno cawangan sungai akar, adnan ahmad, hari ini.

Anak lelaki beliau, Rais Hamidudin,22 tahun yang melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya dari Sempeneh, Batu Kurau.

Tahniah semoga mahliagai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.

Bengkel













Hujan turun agak lebat, namun program Saya melawat bengkel Wanita batu 20 tetap diteruskan. Saya begitu berbangga dengan usaha gigih Wanita di situ dalam menjalan aktiviti bagi meningkatkan kemahiran mereka.

Dalam tinjuan yang dibuat, mendapati diantara latihan yang diadakan termasuk jahitan, mendandan pengantin, rawatan muka dan menghasilkan produk berasaskan bahan tidak terpakai seperti straw untuk gubahan bunga.

Bengkel pimpinan Puan Zainab Yakub itu sering menjadi tumpuan ramai terutama termasuk dari luar Negeri Perak yang mengadakan lawatan ke situ.

Ketua Kampung batu 20, Haji Mat Isa juga gembira diatas kegigihan wanita di kampungnya melengkapkan ilmu pengetahuan bagi meningkatkan kemahiran mereka pada ketika waktu lapang.

Saya juga akan membantu bengkel tersebut bagi meningkatkan lagi aktiviti mereka terutama dalam menarik lebih ramai remaja menyertainya.

30 October 2010

Kakitangan UMNO kahwin




Menghadiri majlis kahwin kakitangan pejabat umno bahagian larut, Noor Fauziana bt A.Ameen di Taman Permai Jaya, Selama, hari ini.

Ana,26 tahun melangsungkan perkahwinan dengan pasangan, Abdul Halim bin Mohamed, 37 tahun.

Majlis berlangsung di rumah bondanya, Aminah Fakir Mohamed.

Saya juga menghadiri majlis perkahwinan norazila binti arshad, 22 tahun di Taman Kota Wira, Batu Kurau.

Lawat tapak






Bersama Ketua Kampung Batu 20, Haji Mat Isa, melawat tapak tanah lapang berdekatan dengan bengkel wanita di situ untuk kemudahan orang ramai.

Tapak itu juga disediakan untuk pembinaan sebuah gelanggang futsal oleh Jabatan Belia dan Sukan. Mereka amat berharap projek itu dapat disegerakan, bagi kemudahan para beliau di situ.

Bebebrapa gelanggang futsal telah dibina di DUN Kubu Gajah, tetapi permintaan masih banyak diterima terutama bagi mereka yang tidak mempunyai padang untuk permainan bola sepak.

Adalah diharapkan juga pembesaran padang baru Sekolah Kebangsaan Kampung Yaman dapat dilaksanakan oleh pihak berkenaan supaya belia-belia di situ dapat juga menggunakannya.

29 October 2010

Bantuan warga emas



















Melawat bekas Ketua UMNO cawanagan Kelian Chine, Haji Zabidi bin Mohd Daud, 87 tahun di rumahnya di Kelian Chine, petang tadi.

Beliau kini berkerusi roda dan tinggal bersama isteri yang juga warga emas. Haji Zabidi adalah seorang yang amat aktif dalam politik dan kemasyrakatan.

Lawatan itu setidak-tidaknya UMNO dan kepimpinan masih menghargai segala jasa dan khidmat bakti yang telah selama ini beliau curahkan.

Haji Zabidi begitu terharu diatas kunjungan Saya, walaupun dalam keadaan yang agak uzur. Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Ketua Kampung Sungai Ara, Haji Abdul Halil.

Saya juga melawat dua lagi warga emas, Bedah binti Mat,86 tahun di Kampung Sungai Ara dan Yan binti Anjang, 84 tahun di Kampung kelian Chine.

Mereka juga aktif dalam kerja kemasyarakatan sebelum ini. Kesemua mereka yang saya lawati bagaimanapun, tidak menerima sebarang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kedai kopi




Telah menjadi kebiasaan Saya bersembang di kedai-kedai kopi, bertanya khabar penduduk yang sempat saya temui di pekan Ijok.

Kebanyakan mereka membawa masalah individu yang memerlukan perhatian Saya, umpamanya temuduga kerja, hal ehwal anak sekolah dan melanjutkan ke Universiti serta mengundang majlis perkahwinan anak mereka.

Ramai yang senang sekiranya Wakil Rakyat singgah di kedai-kedai kopi kerana cara itu bagi mereka lebih mesra.

Jalan kampung









Melawat Kampung Kelian Toh Budi, Bendang Luas dekat Ijok yang menghdapi masalah jalan bahaya bagi kegunaan penduduk-penduduk di situ.

Adalah didapati sepanjang 400 meter jalan tanah merah di situ dalam keadaan bahaya bagi digunakan oleh penduduk-penduduk berkenaan.

Lebih bahaya lagi jika ia digunakan pada waktu cuaca buruk dan sebelah malam, terutama kanak-kanak sekolah.

Saya akan bawa masalah ini ke Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama untuk tindakan selanjutnya.

Lebih membimbangkan lagi jalan tersebut agak sungai kerana terletak di kawasan pendalaman dan merupakan kawasan ladang milik individu.

Raya korban





Sejumlah Rm 500,00 dibelanjakan untuk tujuan raya korban di arab dan perak musim ini.

Di Jordan dan Mesir adalah untuk pelajar-pelajar Perak yang sedang belajar di sana.

Majlis akad untuk sumbangan korban disampaikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir di kediaman beliau malam ini.

Pelbagai pihak menyampai sumbangan mereka termasuk Lembaga Air Perak dan Yayasan Perak.

Adun-adun dan ahli Parlimen Perak yang beragama Ialam turut menerima sumbangan tersebut.

28 October 2010

Tindakan

Masalah banjir, hakisan, rumah PPRT dan bantuan kebajikan adalah diantara isu perbincangan di mesyuarat tindakan daerah larut, Matang dan Selama, pagi tadi.

Terdahulu, taklimat menaik taraf pekan Ijok, Batu Kurau dan Trong turut disampaikan oleh ketua eksekutif perbadanan kemajuan negeri Perak, Datuk Shamsuddin.

Mesyuarat dipengerusikan oleh pegawai daerah, Datuk Mahmud Murshidi diadakan di bilik gerakan pejabat daerah, Taiping.

Saya juga meminta dikenalpasti tapak untuk pembukaan kampus universiti di tapak pusat vetirina nasional di ladang Sungai Segar.

Isu-isu lain turut saya bangkitkan ialah masalah ancaman banjir rumah0rumah yang berdekatan dengan sungai Ijok.

Kes penarikan balik bantuan JKM juga dibangkitkan, selain kelewatan perlaksanaan projek-projek kecil.

Pada sebelah petang pula, saya menghadiri mesyuarat tanah daerah Larut Matang dan Selama.

Diantara pekara yang dibincangkan ialah mempercepatkan pengeluaran hakmilik.

Ketua














Ketua-ketua kampung harus mendalami pengetahuan dan kemahiran bagi kemajuan dunia sejagat.

Tidak salah rasanya mendalalmi ilmu jika kita mahu berada jauh kehadapan.

Saya berkata demikian ketika berucap di majlis penutup dan penyampaian sijil tamat kursus komputer sehari di kampung Masjid, Ijok petang tadi.

Kursus anjuran pusat perkhidmatan Dun Kubu Gajah dan K-Perak adalah khusus untuk katua-ketua kampung dan cawangan Dun Kubu Gajah.

Seramai 60 orang peserta termasuk ketua-ketua wanita UMNO cawangan dalam Dun Kubu Gajah mengikuti kursus semalam dan hari ini.

Ketua-ketua kamoung juga digesa agar peka denagan keadaan semasa dan Pro aktif mengadakan aktiviti masing-masing.

JKKK yang lesu akan hanya membantutkan program pembangunan kerajaan peringkat akar umbi.

Ketua-ketua kampung adalah agen dan mata telinga Kerajaan, justeru tanggungjawab mereka juga besar dan penting.

Masuk kampung 3









Melawat ke Kampung Batu 20, meninjau keadaan di situ, terutama beberapa projek yang membabitkan rumah berdekatan dengan sungai.

Adalah diharapkan JPS terutamanya sentiasa memantau keadaan rumah-rumah yang dibina berdekatan dengan sungai yang dahulunya barangkali rumah mereka itu tidak terlalu dekat, tetapi akibat berlakunya hakisan, tempat tinggal mereka semakin hampir dan ini membimbangkan sekiranya berlaku banjir.

Adalah diharapkan masalah mengorek sungai oleh pihak terbabit dapat membantu menggurangkan masalah tersebut.

Rumah orang miskin










Melawat dan meninjau keadaan Warga Emas, Halimah binti Sekecik, 70 tahun di Kampung Haji Mat Asek yang tinggal sendirian.

Saya amat bersimpati dengan beliau yang telah tinggal di rumah tersebut hasil pemberian dibawah projek PPRT beberapa tahun yang lalu dan agak kecil.

Saya akan berusaha untuk membantu memperbaiki keadaan tempat tinggal beliau, walaupun beliau tidak berapa kish sangat dengan keadaan tersebut.

Tetapi, agak membimbangkan juga dengan keadaan beliau yang terpajsa turun naik tangga kayu setiap hari.