Template by:
Free Blog Templates

15 October 2010

Masuk kampung 2









Bermotor bersama Ketua Kampung Padang Das, Musa Ibrahim Saya telah masuk ke Kampung Bendang dan Bukit Nering di DUN Kubu Gajah untuk meninjau keadaan di situ.

Masalah pemasangan lampu di jalan masuk ke situ turut dibangkitkan dan saya telah meminta Musa menyenaraikan permohonan tersebut.

Kereajaan Perak, telah menyediakan sebahagian daripada peruntukan tambahan sebanyak RM 30 juta untuk tujuan menambahkan lagi pemasangan lampu-lampu jalan di seluruh Kampung di Negeri ini.

Ketua-Keua Kampung telah diminat untuk mengemukakan senarai mengenai pemasangan lampu jalan itu kepada Penghulu bagi tujuan tersebut.

Ketika di Kampung Batu 85, Saya turut meninjau permintaan pemuda di situ yang mahukan gelanggang Badminton dan Sepak Takraw di situ dibaiki termasuk memasang bekalan elektrik.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

ELAUN Pengurusi JKKK sudah pun dinaikkan dalam bajet tahun depan.

Saya harap mereka janganlah kerja berdasarkan reaktif atau pun hanya bekerja jika wakil rakyat datang ke tempat mereka.

Mereka hendaklah tahu merancang kerja sediri yang menguntungkan ramai penduduk kampung. Bukan kerja makan kenduri dan menziarai kematian sahaja atau pun hanya menguntungkan anak pinak JKKK sahaja.

Sebagai contoh JKKK tahu dahulunya kerita saya boleh masuk ke kebun nenas saya tapi sekarang tak boleh masuk lagi. Takanlah mereka tunggu laporan saya sahaja. Sepatutnya orang yang merosakkan jalan tersebut hendaklah ditegur supaya membaikinya semula jalan tersebut. Kalau orang Cina atau orang luar mereka beri macam seperti amaran tapi kalau anak buah mereka, mereka biarkan jalan tersebut rosak.


Kalau orang Cina yang masuk mereka mula menegur orang Cina tersebut. Mereka tak tahu orang Cina ni saya suruh membaiki jalan ke tanah saya. Jadi terpaksalah saya suruh orang Cina ni membaiki jalan mereka (tak rosak pun) juga dengan menggunakan upah yang saya berikan.


Inilah yang terjadi di kampung2.

Cadangan saya ialah bina gate supaya lori tidak boleh masuk kejalan2 tertentu. Jika lori hendak masuk mintalah kunci ke Pengurusi JKKK (atau penghuni rumah yang berdekatan). Pengurusi JKKK hendaklah meminta wang deposit untuk membaiki jalan yang akan rosak semasa lori tersebut masuk dan kembalikan selebihnya kepada empunya lori setelah membaiki jalan.

Yang penting hanya memasukan batu kecil kelopak2 yang didalamkan oleh lori yang berjalan.

Perkara ini saya pernah beritahu YMDS melalui blog yang sama tapi mungkin lupa barangkali.

blogrojak said...

mengenai bola sepak Malaysia,,harap FAM,berpeluang diri membaca suara hati peminat.


sila baca isu pengabungan JOHOR FC+JOHOR FC..

http://www.harimaumalaya.com/component/content/article/834-hmc-debate-gabung-johor-fa-johor-fc-

MENARIK apa yang dituliskan.
harap FAM mempunyai masa untuk membaca isi hati peminat..

http://tronohtranquility.blogspot.com/2009/01/bicara-bola.html


*dan lagi,
PERLUNYA fam.memgeluarkan ROAD MAP, untuk bola sepak Malaysia.