16 October 2010
Pecah
Meninjau pembinaan konkrik parit air di Kampung Batu 85 yang pecah untuk dibaiki bagi menggelakan masalah banjir.
Masalah itu, dikemukan oleh Ketua UMNO Cawangan tersebut, Ahmad bin Mat Jali ketika Saya melawat ke situ.
Saya juga meminta agar penduduk berkenaan mengambil tindakan memebersih semak samun di jalan masuk ke situ,kerana bimbang ia akan mendatangkan masalah bagi para pengguna jalan tersebut.
Mengenai masalah tanah penduduk di situ yang masih belum lagi menerima hak milik, Saya telah minta agar Pejabat Tanah Daerah mempercepatkan proses permohonan mereka itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
YMDS,
Masalah tanah hak milik selalunya lewat disebabkan ia terlibat dengan agensi lain seperti jabatan ukur kerana kawasan tanah tidak sekata atau punpenghuni sudah memasuki kawasan lain dan macam2 lagi.
Sepatutnya bila pengurusi JKKK naik gaji mereka hendaklah tahu sebab hak milik tidak diterima.
Saya takut kerja yang sepatutnya mereka buat akan YMDS kerjakan.
Tumpukan kerja YMDS lebih kepada memantapkan undang2 untuk membentuk polisi supaya ramai yang beruntung. Maksud saya projek untuk kawasan ADUN Kubu Gajah.
Sebagai contoh kerajaan hendak membina jalan lebuh raya IPOH-SELAMA.
Bagi kawasan kita elok kita ambil kesempatan ini supaya kawasan interchange (susur keluar) diindustrikan.
Kawasan ini memang baik kerana kawan saya yang di luar negara mahu melabur dikawasan dimana barangan ekspot boleh cepat dihantar ke pelabuhan Butterworth dan bahan mentah mencukupi dan gaji buruh murah.
Di satu masa nanti Kulim akan menjadi bandar yang paling besar di utara kerana semua lebuh raya akan ke situ.
Industri yang paling baik dilaksanakan di interchange Selama ialah yang berasaskan kelapa sawit.
Ada tiga semuanya.
Yang pertama beraskan makanan hasil minyak kelapa sawit seperti magerine dll.
Yang kedua berasaskan kegunaaan harian seperti sabun dll.
Dan yang ketiga minyak termasuk biodiesel.
Di Pondok Tanjung yang penting sekali industri asas haiwan peliharaan seperti susu, mentega, keju, baja kompos/biogenik/tahi haiwan.
Saya susah hati kerana banyak kerajaan membina industri tempat /kawasan yang tiada bahan mentah yang hendak dibunakan.
Saya lihat batang kelapa sawit hari2 di bawa ke Buttreworth. Dan kayu getah ke Sungai Jernih yang perlu melalui banyak sekatan polis dll.
Kalau melalui highway lori ni laju sedikit sampai ke Butterworth kerana tiada sekatan.
Ada lebih baik kilang yang berkaitan di bina di kawasan interchange.
Kerajaan hendaklah mengambil balik tanah kurnia yang tidak diusahakan antara Sungai Kerian dengan jalan Selama-Bagan Serai (belakang kubur hingga ke Sungai Krian) kerana highway tersebut akan melalui dekat kawasan ini.
Kalau kita bagi tanah kepada mereka yang tidak mahu memajukannya sampai bila pun kawasan kita tidak maju.
Sebagai contoh di Brunei semua tanah kurnia yang tidak diusahakan akan diambil balik oleh kerajaan.
Kalau YMDS tak percaya cuba ambil balik tapak rumah di kampung tersusun. Sekarang ini ada 9 gerai nasi lemak di Kubu Gajah. Tapi kalau tapak rumah di situ diberikan kepada mereka yang betul2 mahu membina rumah sudah tentu penjual nasi lemak waktu pagi akan bertambah ke 18.
Inilah yang dikatakan MULTIPLIER EFFECT (kesan gandaan). Kubu Gajah dan Redang Panjang tak akan menjadi bandar jika generasi yang kedua pun tak buat rumah ditapak yang diberikan kepada bapa mereka.
Saudara saya kerja askar privete pun boleh bina rumah untuk bapa mereka. Begitu juga penorka sawit. Dulu harga sawit naik hingga hampir 700 setan tapi masih mereka tak buat rumah.
Saya pohon kepada YMDS mesyorkan undang2 negeri PERAK supaya cukai tapak rumah digandakan jika tuan tanah tak membina rumah diatasnys. Begitu juga tanah kurnia yang tidak diusahakan. Lipat gandakan cukai hasil/tanah.
Kita tak mahu melahirkan masyarakat tamak atau pun masyarakat nafsu kuat tenaga kurang. Kurniakanlah barang FREE kepada mereka yang BERHAK ( satu kriteria model ekonomi baru untuk berjaya)
Begitu juga model politik baru. Jangan pilih pemimpin yang nafsu kuat tenaga kurang. Pilihlah pemimpin yang tenaga kuat dan nafsunya kurang.
Kejayaan model politik baru hanya tercapai jika kita empati, ikhlas dan pandai menjaga kemaluan kita.
Syitan takut kepada mereka yang ikhlas bukan MB Nik Aziz. Lagi kuat lebai kita syitan general pula yang mengoda kita tapi kalau kita ikhlas syaitan mana pun tak masuk.
Kajian ini saya telah jalankan selama lebih 20 tahun.
Sekian. Terima kasih.
Post a Comment