Template by:
Free Blog Templates

1 October 2010

Lawat projek








Saya mengambil kesempatan melawat perlaksanaan projek pentas dan bilik persalinan di Homestay Bagan Bahru oleh sebuah Kontrektor.

Projek menelan belanja RM 150,000 itu diluluskan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir ketika mengadakan lawatan ke DUN Kubu Gajah pada bulan April yang lalu.

Pembinaan projek itu adalah bagi kemudahan untuk mengadakan persembahan bagi pelancong dan orang ramai yang berkunjung ke Homestay tersebut.

Pembinaan projek itu dijangka siap pada bulan November. Dalam tinjuan Saya dapati para pekerja menjalankan tugas mereka sebagaimana yang diarahkan oleh pihak berkenaan.

Homestay Bagan Bahru adalah diantara projek yang sering menjadi tumpuan pelancong di dalam dan luar Negeri. Ia juga membantu memasarkan produk tempatan.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Ada juga baiknya YMDS bawa seorang ahli UMNO yang pandai membuat penialan pembinaan bangunan semasa membuat lawatan. Kalau tidak banyak bangunan baru yang retak setelah tamat waktu guranteenya.

Untuk mencapai matalamat seperti ini YMDS hendaklah menyediakan data base tentang ahli UMNO yang profesional yang terdapat dalam kawasan ADUN Kubu Gajah atau Larut pada amnya dalam bidang2 tertentu untuk menilai keberkesanan pembangunan dan kemajuan setempat dan untuk merancang sesuatu.

Sebagai contoh dalam bidang penanaman getah senaraikan Encik Ishak sebagai pakar rujuk tentang penanaman getah. Untuk politik mungkin Encik Hamdan Sulaiaman (orang 4 yang terkenal merancang pembangunan UMNO). Dalam bidang kehakimanan mungkin YB yang pernah menjadi ahli Parlimen Larut satu ketika dulu. Pakar perjawatan mungkin orang kuat JPA dari Sg, Jambu. Dll lagi

Kita mempunyai kepakaran yang luar biasa di Larut tapi tidak menggunakan khidmat kepakaran mereka untuk pembangunan politik, ekonomi, sosial dll di tempat kita sendiri.

Akhirnya pembangunan politik, ekonomi, sosial kita berkembang agak perlahan.

Saya rasa orang seperti Hamdan Sulaiman (anak cigu Sulaiman Sg. Bayor) mempunyai kepakaran dalam pembangunan politik di Malaysia terutama sekali semasa zaman kedua2PM kita yang lalu sudah tentu dapat menololong kita untuk menang dlm PRU13

Perkara ini penting kerana saya lihat YMDS sentiasa bawa Ketua Kampung yang melawat projek atau perkara2 yang tertentu.

Kalau melawat ke masjid misalnya bawalah ADUN Batu Kurau bersama2. Kalau melawat kolam ikan bawalah penternak ikan yang terkenal di Bukit Torak Rantau Panjang bersama2YMDS suapaya mereka dapat mengilhamkan untuk memajukan bidang2 tertentu di Larut dan Selama.

Begitu juga tentang ternakan ayam. Kita ada dua pakar ternakan ayam. Bawalah mereka bersama2 untuk meningkatkan ekonomi ternakan ayam.

Kalau Ketua Kampung apalah mereka tahu tentang ternakan ikan keli, ikan talapia, arowana, pemeliharaan burung walit dll.

Kalau pasal pelajaran ramai yang mempunyai kepakaran. Kalau dalam bidang komunikasi wakil rakyat parti PAS Larut yang mempunyai kepakaran dalam bidang komunikasi.
Walaupun beliau parti PAS (saya fikir beliau pakar nombor satu dalam bidang ini di Selama) saya rasa beliau tentu berasa besar hati jika UMNO memanggil beliau untuk memajukan tentang pembangunan komunikasi. Kalau dalam pendidikan komputer ramai cikgu yang pandai di kawasan ADUN kita.

Sekian untuk makluman YMDS.