Template by:
Free Blog Templates

27 October 2010

Sungai Ijok





Meninjau Sungai Ijok kerana bimbang keadaan kebanyakan rumah-rumah yang begitu dekat dengan sungai tersebut daripada ancaman banjir dan tebing runtuh.

Saya akana membangkitkan perkara ini untuk tindakan pihak berkenaan di Mesyuarat Tindakan Daerah Larut, Matang dan Selama.

Saya juga berharap agar penduduk di sekitar tempat berkenaan agar sentiasa berhati-hati bagi menggelakan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

JPS juga diharap agar dapat memberi maklum sekiranya berlaku keadaan bahaya yang mengancam keselamatan penduduk terutama bila hujan turun dengan lebat.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Di mesyuarat badan bertindak LMS minta TMDS bangkitkan perkara yang bekaitan seperti berikut;

Haiwan peliharaan tidak berpagar. Minta jabatan Vertiner tidak membantu mereka yang tidak menyiapkan pagar.

Jabatan Perhilitan hendaklah jangan melepasan kera di hutan simpan di kawasan ADUN Kubu Gajah dan pasang perangkap di tempat yang banyak babi hutan dan kera.

JKM hendaklah menyediakan peruntukan bukan mengikut nisbah keramaian penduduk. Ia hendaklah dilebihkan di kawasan yang terdapat ramai masyarakat miskin tegar.

RISDA hendaklah meluluskan tanaman semula di kawasan yang tak bertanam getah TETAPI lot tanah disempadanya ada bertanam getah seperti tanah adek YMDS di Tebing Tinggi. Depan tanah tersebut ada pokok getah,di kiri adn belakang ada kelapa sawit dan di kanan ada getah. Yang tak ada getah/kelapa sawit ialah di tengah2 lot2 tersebut.

Komplen masyarakat hendaklah dijawab jabatan yang berkenaan secara bertulis. Saya ada menulis ke JPS, Jabatan Vertiner, Perhilitan dan Pertanian (berkenaan tanaman limau) tapi tidak berjawab.

Sekian TK