25 October 2010
Peluk Islam
Melawat warga emas, Ibrahim B. Abdullah @ Low Swe Lim, 78 tahun di Kampung Batu 20 dalam Dun Kubu Gajah.
Ibrahim yang kematian isterinya menumpang rumah jiran dan tidak mempunyai anak.
Beliau sebelum ini pernah dapat bantuan kebajikan, tetapi kemudian diberhentikan.
Saya berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat menyiasat pekara ini dan menyambung semula bantuan tersebut bagi meringankan sara hidup beliau yang uzur.
Ketua kampung, Haji Mohd Isa harun dan Ketua UMNO cawangan Batu 20 turut sama lawatan tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
reitylYMDS,
Perkara yang begini kecil tak bolehkah ketua kampung selesaikan?
YMDS beranikanlah ketua kampung supaya mereka tidak takut berjumpa JKM.
Kalau YMDS asyik kerja yang remeh temeh begini bagaimana tempat kita hendak ditranfomasikan menjadi bandar seperti BRIAH dan MANJUNG.
Semasa saya kecil dahulu saya lihat rumah Kg. Sungai Pari (dekat Ipoh, jalan ke lapangan terbang) sama seperti rumah yang terdapat di FELDA KITA. Bezanya tiangnya tinggi sedikit.
Tapi sekarang Sg. Pari sudah menjadi satelit IPOH. Rumah orang kampung ada yang seperti istana besarnya.
Manjung pula tak tahu nak katalah daifnya masa dulu tapi sekarang Manjung menjadi satelit bagi Lumut dan Sitiawan.
Bilakah tempat kita nak jadi demikian jika YMDS asyik jumpa warga emas dan masyarakat sepertinya sahaja.
Saya syorkan YMDS kumpulkan semua ketua kampung ADUN Kubu Gajah.
Beritahu mereka KPI mereka ialah jika semua OKU, saudara baru, janda,pesakit dan warga emas tidak lagi memanggil YMDS untuk bantuan.
Kerja begini hendaklah diserahkan ke ketua kampung.
Kalau panggil wakil rakyat maknanya mereka tak buat kerja dan KPI mereka menurun di tahun yang berikutnya.
Jika perkara tersebut berulang pilihlah ketua kampung yang baru.
Orang kita ramai yang berbakat untuk dilantik menjadi ketua kampung.
Ketua kampung yang tidak mahu membetulkan keadaan warga tua, orang sakit hendaklah digugurkan.
Saya tak berapa suka ketua kampung hanya bekerja menjadi protokol bagi wakil rakyat dan lain2 pegawai badan pembangunan tanpa membantu membetulkan keadaan.
Kita mahulah mentransformasikan ketua kampung dahulu barulah MEB, NKEA, Transformasi, Malaysia 1 dll akan berjaya. Kalau tidak Kubu Gajah dan Selama akan SELAMA-lamanya wal hasil balik hasal.
Saya lihat BCIS (masyarakat perindustrian dan perdagangan luar bandar) yang dicadangkan adalah projek/program yang sangat baik.
Saya melihat kawasan interchange lebuh-raya Ipoh-Selama dan di persimpangan Redang Panjang, Ijok dan Kubu Gajah dan juga persimpangan jalan Pondok Tanjong (jalan lama dan lebuh raya yang hendak dibina) memang elok dimajukan atau diperbandarkan.
Yang penting sekali 4 wakil rakyat kita perlulah siapkan kertas kerjanya. Apabila MB kita beritahu nak turun padang kita serahkan kertas kerja pembangunan tempat kita kepada beliau. Cuba tengok apa beliau nak katakan.
Begitu juga 2 minggu sebelum PM dan TPM turun padang ke Perak hantarkan proposal kita kepada mereka.
Sediakanlah proposal walau pun tidak disuruh pihak atasan.
Kalau YMDS tak buat, bandar IPOHlah yang akan dipadatkan dan yang kedua Lumut dan yang ketiga mungkin Bagan Datuk kerana kita asyik jamu warga emas. Berilah peluang pekerjaan ketua kampung untuk menjaga warga2 emas ini.
Post a Comment