Template by:
Free Blog Templates

26 October 2010

PPP














Birokrasi harus ditangani dalam apa keadaan sekalipun, jika tidak usaha Kerajaan akan terjejas dan akhirnya matlamat yang dirancangkan tidak akan ke mana-mana.

Justeru, setiap Agensi Kerajaan harus bertindak dengan cekap dan berfikiran terbuka dalam menyelesaikan sebarang masalah rakyat.

Mengenai bantuan atau subsidi kepada orang ramai, ia haruslah diteliti dan ditapis sebaik mungkin bagi menggelakan orang yang sama menerima sumbangan daripada semua agensi..

Saya berkata demikian di majlis penyerahan bantuan program peningkatan pendapatan (PPP) RISDA tahun 2010 peringkat Daerah Larut, Matang dan Selama dan Kerian di Taiping, petang tadi.

Seramai lapan orang Penerima bantuan dan setiap seorang menerima RM 10,000 bagi perkhidmatan khemah/kenduri, perkhidmatan kerja ladang, perkhidmatan kerja binaan, perkhidmatan kerja ladang, bengkel kereta, membuat kerisik, perkhidmatan telefon bimbit dan gerai makan.

Saya juga berharap agar senarai penerima bantuan atau subsidi Kerajaan di rujuk kepada kepimpinan akar umbi seperti Ketua Kampung, selain Penghulu bagi mempastikan hanya mereka yang benar-benar layak menerimanya.

Kepada penerima, nasihat Saya adalah agar mereka menjadi contoh kepada usaha Kerajaan untuk membantu menggurangkan kadar kemiskinan tegar.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah RISDA Negeri Perak, Ahmad bin Bahari dan Pegawai RISDA Daerah Larut, Matang dan Selama dan Kerian, Nor Zaharatul Aini binti Zolkepli yang diadakan di sebuah hotel di pekan Taiping.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Tahukah YMDS syarat kita hendak menanam semula tanah kita, dalam tanah kita mestilah terdapat pokok getah.

Saya dengar RISDA hendak tanam getah/kelapa sawit di Sabah seluas 2000 hekter tanpa syarat yang diberikan kepada kita.

Kenapa RISDA boleh tanam kelapa sawit tempat tak ada getah manakala kita tidak dibenarkan.

Perkara ini bukannya birokrasi tapi diskriminasi.

Kenapa RISDA boleh buat kami tak boleh buat?

Tan Sri Tambhy Chik masih macam dahulukah? Kebun bapa beliau masih banyak di Masjid Tanah. Cuba buat permohonan untuk tanah semula di kawasan yang tak ada pokok getah seperti dekat Pangkalan Balak (tempat ramai ahli keluarga beliau), boleh lulus atau tidak?

Kalau beliau buat demikian perwakilan kita janganlah undi beliau lagi jika ada perhimpunan agong di KL tahun depan.

Kita mesti mengundi pemimpin yang membantu kita. Yang sebenarnya Dato' Hamzah pun boleh tolong. Bawalah beliau sama-sama turun padang.

Kalau perkara ini diluluskan sudah tentu sebahagian tanah terbiar dapat di atasi. Kita ada orang UMNO di RISDA Selama tapi beliau tak boleh buat apa2. Beliau boleh berpolitik sahaja tapi tak peduli tentang tanah terbiar.

Patut beliau belajar lagi dengan Tan Sri Aziz Shamsuddin bagaimana nak menolong Melayu khususnya dan semua bangsa pada amnya.

Kalau saya ada pokok sagu dan pokok buah2an seperti syarat yang terdapat dalam geran tanah saya tanaman semula tidak akan diluluskan. Cukai hasil saya masih bayar walau pun tak dapat hasil.

Perkara ini patut diselesaikan sebelum PRU13 takut2 kita kalah nanti kerana banyak isu setempat tidak diatasi.

Sekian untuk makluman YMDS.