Template by:
Free Blog Templates

9 October 2010

Baiduri









Badan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat (BAIDURI) Perak mengadakan majlis makan malam sempena kejayaannya muncul naib Juara Kejohanan Badminton Kebangsaan antara Isteri-Isteri Wakil Rakyat di Kediaman Menteri Besar Perak, malam tadi.

Dalam ucapannya, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir berharap Wakil-Wakil Rakyat akan terus memberikan kerjasama dalam menjayakan aktiviti isteri mereka.

Peranan dan pembabitan isteri wakil-wakil rakyat juga membantu program mereka. Justeru, memberi semangat kepada isteri mereka dalam menjalankan aktiviti anjuran BAIDURI anatlah dialu-alukan.

Yang Dipertua BAIDURI, Datin Seri Saripah Zulkifli yang juga isteri Menteri Besar berharap kejayaan muncul Naib Jurau di Kota Kinabalu itu dan Johan pertandingan Bowling membakar semangat untuk mereka terus menggekalkan prestasi yang konsisten.

Beliau turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga diatas sokongan dan komitmen ahli-ahli BAIDURI hingga membolehkan mereka mengadakan aktiviti.

Sokongan para Suami (Wakil-Wakil Rakyat) akan menggalakan lagi mereka menjalankan pelbagai aktiviti yang mendatangkan kebaikana kepada masyarakat.

Dengan adanya pembabitan BAIDURI ia dapat mengisi kekosongan aktiviti para isteri menjalankan program kebajikan terutamanya dan secara tidak langsung membantu juga tugas dan tanggungjawab suami.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya fikir buat pada masa sekarang ahli Baiduri hendaklah membantu suami mereka untuk memenangi pilihan raya ke 13 kerana ia agak kritikal kerana orang muda hendak mengundi isu dan orang pertengahan umur hendak mengundi calon. Yang tinggal hanya yang tua yang akan memilih barisan. Itu pun tengok tempat seperti di kawasan Taiping mereka mula hendak mengundi UMNO tapi bukan BARISAN. Saya harap YMDS faham maksud saya.

Sebab itu kita mesti kerja kuat di Perak. Bukan lagi jamuan atau lawatan sana sini. Kalau ia pun jamuan atau lawatan sana sini kita mestilah ada hasrat atau tujuan yang tersirat untuk memenabgi ADUN Kubu Gajah, Selama dan Batu Kurau bukan untuk seronok sahaja.

Saya juga ingin Baiduri mengumpul derma sebanyak yang boleh dan jadikan perniagaan untuk membantu mereka masa depan.Cuba lihat dewan Seri ENDON. Nak sewa $10,000. Jamuan makan 40 ringgit satu kepala, business beginilah yang saya harapkan ada di IPOH, TAIPING dan Batu Kurau jika boleh.

Kalau harapkan isteri kita orang nak kutip berma mereka tak mahu beri kerana tak ada nama.

Jika ada perniagaan Baiduri mereka terus kekal walaupun suami mereka kalah di tempat2 tertentu.

Sekian untuk makluman YMDS.