Template by:
Free Blog Templates

5 October 2010

TPM




Timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di ipoh pagi tadi untuk lawatan rasmi sehari.

Beliau merasmikan kempen bulan bahasa dan kemudian perjumpaan rakyat di felcra seberang Perak pada sebelah petang.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambery Abdul Kadir menyambut ketibaan TPM di lapangan terbang sultan Azlan Shah, Ipoh.

Menteri pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mantan menteri besar, Tan Sri Mohd Tajol Rosli Ghazali, ketua-ketua UMNO bahagian dan pemimpin komponen BN adalah diantara mereka yang hadir.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Kita selalu berkempen bulan bahasa di sana sini.

Bolehkah saya jadi CEO kalau tahu Berbahasa Melayu sahaja?

Kita agong2kan BM tapi tak terpilih jadi CEO, General Manager atau pun Presiden syarikat atau pun Pengurusi Syarikat.

Macam mana kita nak percaya BM boleh mengatasi Bahasa Inggeris.

Saya lihat CEO ASNB pandai berbahasa Inggeris tapi untungnya berkurangan.

Keuntungan syarikat gergasi di Malaysia ini bukan disebabkan pengunaan Bahasa Inggeris oleh CEO atau Chairmannya. Tapi lebih kepada kekreatifannya.

Ramai hamba Allah berkempen Bahasa Melayu tapi menghantarkan anak mereka ke sekolah Inggeris dari pra-sekolah lagi.

Cuba lihat siapa yang hantar anak mereka ke sekolah kindergarten Bahasa Inggeris. Kebanyakan mereka yang berkempen kuat tentang penggunaan BM.

Ramai top ten percent kurang yakin tentang BM boleh memberikan pekerjaan seperti CEO, General Manager dan Presiden syarikat.

Saya puji YMDS kerana 100% menggunakan Bahasa Melayu. YMDSlah yang saya rasa memperjuangkan BM tanpa bising (berkempen). Ada orang bising tapi masih gunakan Bahasa Inggeris walaupun bercakap kepada orang Melayu.

Saya pernah melihat orang Melayu bercakap Bahasa Inggeris kepada Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. Tapi beliau menjawabnya dengan bahasa Melayu yang lebih teratur daripada sesetengah orang Melayu. Kalau saya, saya malulah tapi orang ini tak pemalu.

Orang seperti YMDS dan TRDDr. Koh Tsu Koon sepatutnya memperjuangkan Bahasa Melayu atau berkempen sana sini supaya kegunaan BM lebih mendapat kepercayaan.

Sekian. TK YMDS.