Template by:
Free Blog Templates

8 October 2010

Oku-Raya















Kemeriahan Syawal terus dirasai walaupun tiba dipengujungnya. Petang tadi, Saya menerima undangan Pusat asuhan OKU atau PKD Felda, Ijok.

Turut hadir, Pengurus Felda, Ijok Razali Dan, Penyelaras Pengurus Kebajikan Daerah, Mazlinda Binti Mohamed Rosli dan Pengerusi PKD Felda, Ijoik Abdul Razak.

Majlis itu cukup meriah dengan kehadiran peserta pusat tersebut. Dalam ucapan, Saya berharap pusat tersebut dapat ditingkatkan memandangkan keadaan bangunan yang agak lama.

Saya juga berharap, Masyarakat tidak memandang ringan masalah OKU dalam menentukan masa depan mereka.

Saya juga turut menerima undangan jamuan Hariraya Aidlfitri di rumah Rosli bin mohd Nor, Ketua UMNO Cawangan Titi Kasai dan Mohd Zum bin Hussein, Ketua UMNO Cawangan Sempenah Cempaka di perkarangan Surau Kampung tersebut yang turut dihadiri ADUN Batu Kurau, Kapt. (B) Datuk Najmuddin Haji Elias dan ADUN Selama, Datuk Mohd Daud Mohd Yusop.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Saya sungguh kesihan dengan OKU ini kerana Ketua Kampung tidak cuba untuk menghantarkan mereka ke Sekolah OKU sejak dari dulu lagi.

Di Amerika mereka ini hidup macam orang biasa. Di tempat kita mereka hidup atas katil atau dalam di rumah sahaja.

Yang saya lihat ketua kampung tidak proaktif. Macam mana nak naikkan gaji mereka. Kalau mereka proaktif saya sokong doublekan gaji mereka. Mereka tidak tahu menyelesaikan masalah. Mereka hanya menunggu masalah datang kepada mereka atau tunggu wakil rakyat datang.

Cuba yang berhormat tanya Tuan Haji Baharuddin bin Hj. Mohd Amin iaitu guru OKU, sama ada ramai orang Selama datang ke Sekolahnya atau tidak.

Tuan Haji Bahar ini pernah bermastutin berdekatan dengan rumah YMDS di Tebing Tinggi masa dulu. Beliau bersaudara dengan Megat Akhiruddin iaitu orang kuat UMNO Bahagian Tanjong. Kalau YMDS tanya isteri YM Raja Mustafa munkin ia boleh membantu untuk mendapatkan maklumat.

Kita perlu buat baik dengan guru OKU supaya semua masyarakat OKU kita boleh dihantarkan ke sekolah OKU. Kalau nak harap kebajikan masyarakat tentu semua pekara tak jadi kerana kebajikan mereka pun ada yang tek tentu arah.

Sekian TK