Template by:
Free Blog Templates

28 February 2013

Bengkel




Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar sedang berusaha membantu produk orang kampung dalam dewan undangan negeri (DUN) dimajukan secara komersial.




Hasil mereka boleh diketengahkan, tetapi mereka memerlukan bantuan modal yang besar.

Begitupun, beliau berbangga dengan semangat dan kegigihan penduduk untuk berusaha mengeluarkan produk mereka sendiri.

Beliau berkata demikian selepas melawat bengkel wanita Batu 20 tengahari tadi.

Katanya pujian harus diberikan kepada ketua wanita UMNO cawangan Batu 20 yang memimpin wanita di kampung tersebut membuka bengkel bagi mengadakan aktiviti seperti mengeluarkan cili sos, menjahit dan solek.














Beliau percaya produk mereka boleh diperbesar, selain mampu meningkatkan kemahiran dan menjaga kualiti.

Beliau juga tertarik dengan produk ikan pekasam yang dihasilkan wanita Batu 20.

Turut hadir ketua kampung Batu 20, Haji Mat Isa Harun dan ketua wanita UMNO cawangan Batu 20, Zainab Awang.

Mini stadium







Felda, Ijok bakal memiliki sebuah mini stadium berharga rm 1 juta.

 






Tender projek tersebut telah di keluarkan dan sebaik kontrektor dipilih ia akan dimulakan.

Perdana menteri, datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meluluskan peruntukan membina mini stadium itu ketika melawat Felda, Ijok awal tahun lalu.

Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar mengemukakan permohonan pembinaan mini stadium itu bagi kemudahan anak-anak peneroka bersukan.



Beliau mengadakan lawatan meninjau tapak pembinaan mini stadium felda, Ijok tengahari tadi.

Ketua kampung felda, Ijok, Haji Shukur Haji Jaman dan pengerusi belia, Nizam Ahmad turut hadir.

27 February 2013

Wanita





Ahli-ahli UMNO diingatkan agar mereka jangan buat spekulasi yang boleh memecah belahkan parti menjelang pilihanraya umum (PRU) yang akan datang.

 




Sebarang spekulasi boleh mencetuskan kontrovesi dan akirnya berlaku berpuak-puak.

Pekara ini ditegaskan ketua UMNO bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan program salam sayang wanita UMNO  cawangan Redang Panjang, petang tadi.

Turut hadir naib ketua wanita UMNO bahagian Larut, Mariatul Kiftiah Binti Abdul Rahman dan ketua wanita UMNO cawangan Redang Panjang, Noraini Don.















Beliau yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, menambah perpaduan penting dalam UMNO bagi menghadapi pru ke 13.

Katanya seberang keretakan dalam parti akan mendorong kepada kelemahan dan akhirnya mengundang padah kepada jentera parti.

Wanita akan terus menjadi sayap penting kepada parti dalam mendekati pengundi.

PIBG





Rakyat diseru agar tidak mudah terpengaruh dengan  kempen pembangkang menjelang pilhanraya umum (PRU) tidak lama lagi.

 





Mereka perlu membuat keputusan dengan tepat dan bijak untuk menentukan kerajaan yang mampu memperjuangkan nasib mereka.

Demikian dinyatakan ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar  ketika merasmikan mesyuarat agung persatuan ibubapa dan guru (PIBG) sekolah kebangsaan Tebing Tinggi, petang tadi.

Turut hadir guru besar sekolah, Siti Nadzah Mohd , yang dipertua PIBG, Jamaluddin Darus dan ketua kampung, Nor Azemi Sabran.
















Beliau menyeru PIBG serious dalam menyelesaikan masalah displin murid.

Katanya PIBG harus dilihat penting kerana ia mampu mencetuskan perpaduan kaum.

BR1M Jelai


Orangramai tidak mempeduli dan mengambil kisah dengan pandangan yang memperlekehkan bantuan Raakyat 1 Malaysia (BR1M).










Sebaliknya ramai yang tetap menyokong dan menyambut baik Bantuan  yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Malah, tidak dinafikan ramai yang merasa kecewa dan marah diatas kencaman yang dibuat terhadap BR1M yang ternyata menyenangkan rakyat.

Demikian dinyatakan Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan majlis penyampaian BR1M ke dua termasuk kalangan Bujang 21 tahun keatas di Jelai, pagi tadi.

Seramai 201 orang penerima BR1M termasuk 85 bujang yang diadakan di Dewan Orangramai Jelai. Turut hadiah Penghulu Mukim Batu Kurau, Baharuddin Ramli dan Ketua Kampung, Haji Mohd Ali Awang Besar.


















Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah menambah, ternyata BR1M berjaya mewujudkan perpaduan kaum dan perbezaan kefahaman politik.

Di kawasan Batu Kurau sahaja tidak kurang seramai 9,000 orang penerima BR1M.

BR1M Sungai Ara


Ketua-Ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Kelamatan Kampung(JKKK) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah diminta mengenlpasti pemilik-pemilik tanah yang tanah mereka terlibat dengan projek menaik taraf sungai.

Ia bertujuan bagi menggelak berlaku sebarang kesulitan mengenai pengambilan tanah dan tanah mereka yang terletak di atas simpanan Jabatan Parit dan Saliran (JPS).

Demikikian dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan penyampaian bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di Sungai Ara, pagi tadi.

Penghulu Mukim Batu Kurau, Baharuddin Ramli adalah diantara yang hadir di majlis penyampaian brim kepada lebh 500 orang penerima itu termasuk Bujang yang berusia 21 tahun keatas

JPS telah mengenalpasti 407 lot tanah di sekitar DUN Kubu Gajah yang melibatkan Kampung Tebing Tinggi hingga ke Kampung Sangkut dibawah projek menaik taraf sungai sepanjang 38 kilomter bernilai kira-kira RM 38 juta yang dijadualkan bermula bulan depan.
































JPS juga memperolehi perutukan sebanyak RM 17 juta diperuntukan bagi tujuan yang sama bagi sungai-susngai Ara, Pulau dan Kurau yang juga terletak dalam DUN Kubu Gajah, tetapi di Mukim Batu Kurau.

Perjumpaan diantara pemilik tanah juga wajar diadakan dengan Penghulu bagi menyelesaikan masalah bayaran dan gantirugi merek yang terlibat.

JPS juga diminat agar memaklumkan segera tanah-tanah yang telah dikenalpasti bagi proek menaik taraf sungai  itu bagi diambil tindakan sebelum projek bermula.