Template by:
Free Blog Templates

5 February 2013

Cina


Rakyat berbilang kaum di Negara ini bertuah kerana mereka bebas menyambut perayaan masing-masing.











Rakyat Malaysia menunjukan tauladan yang baik kerana walaupun, mereka berbeza Agama dan Budaya, tetapi dapat menyambut perayaan secara muhibbah dan ini tidak ada di tempat lain.

Walaupun, Negara ini merupakan Negara Islam, tetapi ia samasekali tidak menyekat kebebasan beragama dan kebudayaan.

Begitupun, kebebasan yang ada tidak bermakna, mereka bebas melakukan sesuatu tanpa menghormati undang-undang yang ada terutamanya jika ia menjejaskan perpaduan kaum.

Perkara ini dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar ketika berucap di majlis penyampaian sumbangan sempena sambutan tahun baru Cina di Redang Panjang, dekat Ijok, petang tadi.

Turut hadir Pengeusi MCA Redang Panjang, Teh Loh Hoi dan Ketua Kampung, Zainuddin Hamid di Dewan Serbaguna Redang Panjang.















Beliau menyeru agar rakyat berbilang kaum di Negara ini terus mengamal semangat perpaduan bagi menjamin kesejahteraan dan kestabilan Negara.

Rakyat harus menolak mana-mana pihak dan individu yang gemar mencetuskan kekacauan bagi mencapai politik peribadi mereka.

0 comments: