Template by:
Free Blog Templates

22 February 2013

PPK




Pertubuhan peladang kawasan (PPK) masih bertindak mendapatkan balik pinjaman berjumlah rm 143,000 daripada 13 peminjam bukan ahli.







Pinjaman itu sudah agak lama dan PPK Batu Kurau berharap mereka yang terlibat agar segera berbuat demikian bagi menggelakan daripada tindakan undang-undang seterusnya diambil.

Sementara itu, jumlah tertunggak kredit adalah sebanyak rm 22,000 membabitkan seramai 11 ahli.

Perkara ini dinyatakan pengerusi PPK Batu Kurau, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar selepas mempengerusikan mesyuarat lembaga pengarah di bangunan peladang, pagi tadi.

Katanya., masjid dan surau dan badan-badan kebajikan Islam yang lain juga menyimpan dalam PPK yang sehingga lebih rm 200,000.

Katanya, mesyuarat agung 22 unit peladang PPK Batu Kurau akan mengadakan mesyuarat agung mereka bermula pertengahan bulan mac.










Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin yang juga ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kubu Gajah akan merasmikan mesyuarat itu secara berkelompok pada 1 mac.

Satu program khusus untuk ahli peladang remaja dan wanita juga akan diadakan tidak lama lagi.

Pertandingan futsal untuk menarik lebih remaja menjadi akan juga diadakan tidak lagi.

0 comments: