Template by:
Free Blog Templates

16 February 2013

PRU



Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar mengingatkan lawan utama parti menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) yang akan datang bukanlah Pembangkang semata-mata, tetapi juga perpecahan dalaman.

UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan menjadi semakin kuat dan ditakuti oleh lawan jika mereka bersatu padu.

Beliau menyatakan demikian selepas melawat Bilik Gerakan Pusat Daeah Mengundi (PDM) UMNO cawangan Jelai, Batu Kurau, petang tadi.

Beliau mengingatkan ahli-ahli semua peringkat agar memperkuatkan barisan perpaduan bagi mempertahankan rekod cermelang UMNO dan BN Larut yang memenanggi kesemua empat kerusi Parlimen dan Dewan Undangn Negeri (DUN) yang dipetandingkan pada PRU yang lalu.

Pada PRU 2008, BN Larut telah berjaya memenanggi kerusi Parlimen, DUN Selama, DUN Kubu Gajah dan DUN Batu Kurau.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubu Gajah juga meminta ahli-ahli agar mempertingkatkan kempen menarik lebih ramai pengundi menyokong BN bagi mempastikan kemenangan cemerlang pada PRU yang ke 13 nanti.



Beliau berharap kesemu 46 PDM BN dalam Parlimen Larut akan kerap menjalankan program dan ceramah mengenai isu-isu semasa.

Lawatan tersebut bagi mempastikan kesemua PDM sudah beredia bagi menghadapi PRU yang akan datang pada bila-bila masa.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua UMNO Cawangan Jelai yang juga Ketua PDM, Haji Mohd Ali bin Awang Besar.

0 comments: