Template by:
Free Blog Templates

26 February 2014

Mesyuarat

Pertubuhan peladang kawasan (PPK) akan membuka pusat pemasarannya tidak lama lagi.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata kos projek tersebut bernilai rm 100,000.

Ia bertujuan mengumpul dan memasarkan segala produk tempatan.

Dr RajaAahmad Zainuddin berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat agung unit peladang Sempeneh Cempaka.






Beliau menyeru ahli-ahli peladang merebut peluang itu dan bersedia bersaing jika mahu maju.






Ketika berucap merasmikan mesyuarat agung Batu 16, beliau menambah PPK juga akan memperkenalkan tabung khariat kematian untuk ahli-ahlinya.

AJP

Pertubuhan Peladang kawasan (PPK) Batu Kurau akan mengadakan hari peladang pada 6 mei.

Ia bersempena mesyuarat agun PPK pada 7 mei.







Menteri pertanian dan asas tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yakub dijangka merasmikan mesyuarat agung tersebut.

Demikian dinyatakan pengerusi PPK Batu Kurau, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Lmar selepas mempengerusikan mesyuarat lembaga pengarah peladang di Batu Kurau. Hari ini.

Pelbagai aktiviti termasuk pameran hasil produk unit-unit peladang akan diadakan.






Forum perdana berkaitan pertanian dan seminar juga akan dianjurkan, selain menguji bakat dan sukan.

25 February 2014

Peladang

Pertubuhan peladang kawasan (PPK) bercadang memajukan tanah-tanah terbiar milik ahli-ahlinya dengan kelapa sawit.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar berkata kawasan kira-kira 200 telah dikenalpasti bagi tujuan tersebut.






Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat agung unit peladang Anak Kurau, hari ini.

Katanya, kesemua 22 unit peladang dalam PPK diminta membantu mengenalpasti tanah tersebut di tempat mereka.

Beliau akan mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua unit peladang bagi membincangkan projek tersebut.

Ketika berucap merasmikan mesyuarat agung unit peladang Gudang, Dr Raja Ahmad Zainuddin menegaskan masalah jangka panjang akan timbul kalau negara terlalu gantung pada pengimpotan.



PPK akan kerap mengadakan kursus amalan baik pertanian, ternakan dan perikanan.

Peladang wanita

Peladang wanita kawasan Batu Kurau mencatat sejarah membuka sebuah kedai jualan produk tempatan.

Pengerusi pertubuhan peladang (PPK) kawasan Batu Kurau, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar merasmikan pembukaan tersebut di Anak Kurau, petang tadi.

Turut hadir ketua peladang Anak Lurau, Haji Mohd Nasuhah Bin Mohd Napi dan pengerusi peladang wanita Anak Kurau, Sabariah Yang.

PPK menyumbang rm 5,000 untuk membeli peralatan kedai.





Unit peladang Anak Lurau menyediakan tapak manakala ahli-ahli peladang wanita mengeluarkan wang sampanan mereka berjumlah rm 15,000.

Kedai itu akan menjadi pusat pemasan hasil produk peladang wanita Anak Kurau.




Dr Raja Ahmad Zainuddin berharap pembukaan kedai tersebut akan menjadi contoh kepada ahli-ahli yang lain.

20 February 2014

Peladang

Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar dipilih semula sebulat suara pengerusi unit peladang Ulu Sepetang 2014/16.









Beliau yang juga pengerusi pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau dipilih di mesyuarat agung yang diadakan di perkarangan Masjid Ulu Sepetang.

Imam Masjid Ulu Sepetang, Haji Rahim dipilih timbalan pengerusi unit.

Dr Raja Ahmad Zainuddin juga dicalonkan merebut jawatan lembaga pengarah peladang negeri.

Beliau dalam ucapan menyeru ahli-ahli meningkatkan usaha memajukan sektor pertanian bagi menggurangkan pengimportan.








Katanya sektor pertanian penting dan memerlukan sokongan peladang.

19 February 2014

Peladang

Pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau akan mengadakan satu hari peladang bagi mempromosikan hasi produk ahli-ahlinya.









Pengerusinya, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar yakin produk tempatan mampu menembusi pasaran antarabangsa jika mereka menjaga kualiti.

Beliau berucap merasmikan mesyuarat agung peladang unit Changkat Perah petang tadi.

Katanya, pengusaha tempatan jangan merasa jemu untuk menghasil produk yang bermutu tinggi.

Ketika merasmikan mesyuarat agung unit Sempeneh Seberang, beliau menyeru ahli-ahli tampil merebut pelbagai peluang meningkatkan sektor pertanian.















Katanya mereka harus bersedia untuk bersaing jika ingin maju.

18 February 2014

Insentif

Ahli-ahli pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau yang kreatif akan diberi insentif.

Ia bertujuan menarik minat mereka agar membabitkan diri dengan lebih serious.

 
 
 
Perkara ini dinyatakan pengerusi PPK Batu Kurau,Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika berucap merasmikan mesyuarat agung peladang unit Kampung Paya petang ini.




Katanya banyak peluang pertanian dan ternakan yang boleh diceburi ahli jika mereka menunjukan minat.

Ketika berucap di mesyuarat agung unit Jelai, beliau berharap ahli-ahli menumpukan perhatian mendalami ilmu.
 






 


Pengetahuan penting jika mereka mahu pergi jauh ke hadapan.

Kursus

Pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau akan memperbanyakkan kursus untuk meningkatkan pengetahuan ahli-ahli.

Banyak perkara baru yang perlu mereka ketahui dan dikemaskini.




Demikian kata pengerusi PPK Batu Kurau, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar ketika menutup kursus  amalan pertanian baik dan ternakan di Batu Kurau, tengahari tadi.

Kira-kira 200 peladang hadir di kursus anjuran PPK Batu Kurau di pusat tafiz Batu 14.

Gerakan bagi mengembelengkan tenaga meningkat usaha pengeluaran tempatan yang berproduktif perlu dibuat.












Katanya PPK bercadang memberi insentif kepada ahli yang berkreativiti.

Peladang



Pertubuhan peladang kawasan (PPK) Batu Kurau berhasrat memajukan tanah-tanah terbiar dengan melibatkan ahli-ahli remaja.

 







Pengerusinya, Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Bin Raja Haji Omar meminta kesemua 22 unit PPK Batu Kurau mengenalpasti tanah-tanah di tempat masing-masing bagi tujuan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat agung peladang unit Sungai Ara.

Katanya ada tuan-tuan tanah tinggal di luar dan tanah milik mereka terbiar.

Ketika berucap di unit Relang pula, beliau menambah PPK akan mengadakan kempen untuk menarik lebih ramai remaja menyertai pertubuhan itu.



Tenaga muda penting dalam memajukan bidang perladangan kawasan.