Template by:
Free Blog Templates

30 December 2009

MB Bersikap Terbuka

Saya tertarik dengan saranan dan sikap terbuka Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang mahukan setiap Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) tidak kira samada di peringkat Parlimen, mahupun Dewan Negeri (DUN) dari Negeri Perak bersikap bukan lagi untuk mana-mana parti Komponen tertentu.

Sekarang kita tidak lagi boleh bergerak secara individu mengikut parti umpamanya, hanya UMNO untuk UMNO, MCA untuk MCA dan Gerakan untuk Gerakan atau MIC untuk MIC dan seterusnya parti-parti komponen BN yang lain.

Sebagai sebuah satu bumbung dari mula calon itu bertanding atas tiket BN maka ia akan kekal sebagai wakil BN dan bukan mana-mana parti tertentu.

Dr Zambry mengetuai Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan ADUN BN di Perak dalam program turun ke padang yang diadakan di Selinsing bagi Parlimen Bagan Serai.

Wakil-wakil dari parti komponen BN seperti MCA,MIC dan Gerakan juga turut hadir dalam program sehari itu. Kecuali, DUN Alor Ponsgu, kerusi-kerusi BN di Parlimen Bagan Serai dan DUN Selinsing serta Gunung Semangol jatuh ke tangan pembangkang.

Program turun ke padang ini diharap akan mengambalikan balik keyakinan dan kepercayaan rakyat kepada BN, sebagai parti yang mempunyaia rekod cemerlang mewakili dan membela nasib rakyat.

Ia akan diadakan di seluruh Negeri Perak secara berperingkat-peringkat sebagai menggerakan lagi jentera BN secara bersepadu, menurut kata Sekretarit Pilihanraya UMNO Perak.

Mengenai pembangkang di Perak, BN katanya tidak gentar dengan helah mereka yang kini cuba melakukan apa sahaja untuk menarik perhatian rakyat yang semakin hari semakin yakin dan percayaa kepada BN.

Ketika berucap di satu perhimpunan di Jelai dalam Parlimen Larut, Dr Zambry menarik perhatian ramai apabila mengatakan bahawa jika (KPI) beliau ditentukan oleh Perdana Menteri, Wakil Rakyat BN Perak samada Parlimen atau Dewan Negeri akan ditentukan oleh beliau mengikut kaedah tertentu.

KPI wakil rakyat berdasarkan prestasi mereka memikat hati rakyat dan penentuan calon adalah berdasarkan populariti mereka.

Justeru, kekuatan BNn juga adalah terletak kepada kerja keras wakil-wakil rakyatnya dan mereka mestilah sentiasa berdamping dengan pengundi dan jangan sampai pengundi mulai hilang kepercayaan.

Menteri Besar memuji Parlimen Larut kerana satu-satunya BN di Perak yang menang kesemua empat kerusi yang dipertandingkan dan rekod ini terus dikekalkan hingga pilihanraya umum lalu.

Kejayaan ini sudah pasti dicemburi oleh pembangkang, justeru beliau berharap kekalkan perpaduan dan elakan kepada permusuhan yang mengakibatkan perpecahan.

melawat projek dan jumpa penduduk










Melawat jalan rosak akibat kemasukan jentera berat di Kampung Sangkut, Ijok dan Tebing Sungai yang merbahaya berikutan tambakan tanah yang tidak kuat.

Bertemu Ketua Kampung Redang Panjang dan penduduk di sebuah gerai sambil bertanya khabar. Kemudian ke rumah Ketua Kampung Pantai Besar, Haji Zainal Amin yang selamat mengerjakan Haji di Tanah Suci Mekah.

Jauhi Fitnah dan Pecah Belah















Ketika meresmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah Kemas DUN Kubu Gajah di Padang Das, Saya menyeru agar rakyat luarbandar tidak measa jemu dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka, sekalipun dalam keadaan kesempatan kerana ia adalah harta paling berharga.

Saya juga menyeru agar penduduk menjauhkan diri dari terpedaya dengan kalangan yang sentiasa mahu mencetuskan perpecahan dan menyebarkan fitnah bagi kepentingan diri mereka.

Saya berharap mereka dapat terus menggekalkan budaya bergotong royong dan hidup dalam penuh semangat kemeseraan.

Selain berkelah, Saya juga menyertai program kenduri bubur asyura yang dianjurkan oleh penduduk di Kampung Teras, Ijok, sebelum mempengerusikan mesyuarat Pertubuhan Peladang Kawasan Batu Kurau bagi membincangkang beberpa projek untuk 2010.

Alhamdullilah, PPK Batu Kurau telah memperolehi satu tender bernilai RM 2.7 Juta bagi dijalankan tidak lama lagi.

28 December 2009

Melawat Masyarakat Cina



















Dalam perjalanan ke program turun padang bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Selinsing,dekat Semanggol, Saya menerima berita ada kebakaran di Kampung Tersusun Kubu Gajah di DUN Saya.

Tetapi sebaik Saya tiba di rumah berkenaan berdekatan padang bola, Saya diberitahu tuan rumah berkenaan cuma sambungan wire ke meter yang terbakar dan beliau telah menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Beliau yang baru pulang dari mengerjakan Haji tinggal bersama isteri dan mengucapkan terima kasih diatas keperhatinan Saya.

Dalam kesempatan hari ini, Saya melawat Masyarakat Cina yang berniaga di Pekan Kubu Gajah sambil bertanya khabar dan mendengar masalah yang timbul. Seorang daripada mereka membangkitkan masalah ancaman banjir melalui longakang-longakang yang tersumbat.

Saya juga melawat Sekolah Kebangsaan Cina di Redang Panjang untuk melihat keadaan bangunan belajar di situ.

Saya juga hadir di majlis jamuan minuman petang di dewan rukun tetangga Redang Panjang.

27 December 2009

Jelai Juara Desa Cemerlang Negeri Perak











Hujan turun agak lebat menyambut ketibaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir petang tadi untuk menyampaikan anugerah desa cemerlang peringkat Negeri Perak di padang Majlis Perbandaran Jelai.

Hujan bagaimanapun, mulai berhenti sebaik Dr Zambry memulakan ucapan dan memberi nasihat terutama pentingnya perpaduan semua kaum.

Beliau turut memuji rekod cemerlang Barisan Nasional (BN) Larut yang berjaya menggekalkan rekod menang kesemua empat kerusi yang dipertandingkan.

JKKK Jelai muncul juara dalam pertandingan desa cemerlang peringkat Negri Perak dan akan mewakili Negeri untuk peringkat Kebangsaan. JKKK yang diketuai Mohd Ali Awang Besar itu juga menjadi johan peringkat Daerah Larut, Matang dan Selama.

Tahniah diucapkan kepada JKKK Jelai diatas kejayan tersebut. Selaku Ketua UMNO Bahagian Larut, Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah diatas kemenangan tersebut dan kepercayaan serta amanah seluruh JKKK yang dilantik.

Dr Zambry dalam perjalanan pulang, singgah melawat Mohd Noor, bekas Penyelia Kanan Kemas Parlimen Taiping yang jatuh sakit dan kini tinggal di Batu Kurau.

Sementara menunggu, majklis di Jelai, Saya sempat ke Bendang Luas untuk menyampaikan hadiah pertandingan Bola Sepak anjuran Pemuda UMNO di situ.

Banjir di Teras















Walaupun hujan turun renyai-renyai majlis kenduri kahwin di Sungei Jernih, Ijok tetap meriah dengan persembahan tomoi dan cabutan numbor bertuah.

Menunggu hujan yang turun dengan lebat, Saya singgah di sebuah ferai minum di Pekan Ijok. Sebaik hujan mula reda, Saya ke Kampung Teras untuk meninjau masalah banjir akibat daripada pembinaan Jalan baru Teras-Ulu Mengkuang.

Saya singgah sebentar di kedai minum keluarga Ketua Puteri Kampung Teras yang menjual air tebu.

Saya juga sempat meninjau tempat perkelahan di Latar Panggung, dekat situ. Kemudian Saya singgah di rumah kenduri yang sedah sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan.

Saya cukup tertarik dengan semangat bergotong royong penduduk membuat persiapan termasuk kaum Ibu yang juga turut mengambil bahagian memasak.