Template by:
Free Blog Templates

24 December 2009

Koperasi Disaran Berani Bersaing






Baru selesai meresmikan Mesyuart Agung Koperasi Felcra Gagasan Tebing Tinggi/Sungai Malau, sambil mengegsa Ahli Lembaga Pengarahnya berani bersaing untuk maju dalam bidang yang diceburi.

Saya juga berharap agar mereka bertanggung jawab dan tidak terbabit dengan pecah amanah dan kepercayaan yang telah diberikan.

Turut hadir Pengurus Besar Peserta Felcra Negeri Perak, Rasidi Ahmad dan Pengurus Felcra Tebing Tinggi/Sungai Malau, Abdul Razsak bin Ismail dan Wakil Pembangunan Koperasi Daerah.

Dalam perjumpaan tersebut, msalah hakmilik peserta Felcra juga dibangkitkan, Saya juga berharap pengambilan peserta di rancangan tanah Sungai Dendang dapat disegerakan. Ia membabitkan kira-kira 40 orang.

Saya juga memuji usaha Felcra untuk menjalankan ternakan Lembu fidlot yang kosnya lebih RM 800, 000 di Tebing Tinggi tidak lama lagi bagi menggalakan lagi peserta berkenaan menceburkan dalam bidang ternakan, sambil membantu rakyat miskin.

Saya memuji usaha gigig pengurusan koperasi termasuk rancangan mendirikan kilang baja dan beberapa perniagaan yang lain.

Saya juga mengambil kesempatan beramah mesra dengan pemegang saham koperasi dan berharap mereka tidak sahaja hadir sekadar menerima jemputan, tetapi memberi teguran dan pandang yang membina.

0 comments: