Template by:
Free Blog Templates

11 December 2009

Arahan Menteri Tidak Diindahkan, Masalahan Rakyat tertangguh

Saya masih tidak faham dengan sikap segelintir Ketua Jabatan yang mencari helah untuk mengadakan program bagi menyelesaikan masalah rakyat, sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mahu agar rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

Ada Menteri yang telah mengeluarkan arahan supaya setiap masalah di bawah Kementeriannya perlu selesai dalam tempuh paling lama dua minggu.

Melenggah-lenggahkan program akan menyebabkan banyak masalah yang akan tertunggak dan ini akhirnya merugikan Kerajaan dalam meningkatkan produktiviti Jabatan Kerajaan di semua peringkat.

Ternyata, masalah sistem penyampaian yang dibangkitkan semenjak pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Bedawi masih tidak dihiraukan, bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Bagi kami Wakit Rakyat, jika ada masalah rakyat kami memerlukan penyelesaian segera dan jika Jabatan Kerajaan menangguhkanya ini akan memyebabkan masalah bukan sahaja tidak selesai bahkan, bilangannya juga akan bertambah.

Kadangkala bila mereka ini menghadiri kursus atau mesyuarat, pegawai lain tidak mampu memberikan kata putus dalam sesuaut keputusan, malah ada juga sesabuah Jabatan itu cuma ada seorang pegawai sahaja, dan jika beliau berkursus, berseminar atau bermesyarat dan bercuti tiada siapa yang akan menggantikannya.

Mereka ini pernah mengadu kepada Saya mengenai tanggungan kerja kerana tiada seorang pun pembantu. Saya beritahu beliau bukan sahaja masalah itu berlaku di tempat beliau, tetapi di kekosongan di peringkat Daerah pun masih lagi tidak dipenuhi.

Kalau adapun penanggung kerja. Ini tidak termasuk Pegawai yang masih lagi dalam katogori kontraktor walaupun sudah bertahun-tahun berkhidmat.

Jika ini berterusan, arahan dan kehendak Menteri hanyalah tinggal arahan, kerana masalah birokrasi masih tetap menjadi masalah utama dalam perlaksanaan program Kerajaan.

1 comments:

Anonymous said...

slm yb dato
adukan saja ketua-ketua jabatan yg tak pro-aktif dan "bussiness as usual" tu pada tan sri ksn dlm blog @laman webnya, supaya mrk ni panas punggung. paling tidak pun hbgi dato seri zambry