Template by:
Free Blog Templates

2 December 2009

Gimik Mereka Yang Kecewa



Pada ketika kemelut mca semakin berpanjangan, parti pembangkang juga terus dengan gimimik politiknya

Mereka masih tidak puas hati nampaknya selepas kehilangan kuasa
di perak. Bermula dengan sidang haram bawah pokok, mereka mencetus kekecohan sewaktu sidang dun hingga tertangguh beberapa jam majlis perasmiannya mei lalu.

Tidak habis setakat itu, mereka mengadakan sidang olok-olok di sebuah hotel di ipoh, menjelang sidang DUN Okt. Lalu.

Kemudian selepas gagal menghalang perjalanan sidang bajet okt. Lalu, saya fikir mereka akan berihat, rupa-rupanya tekaan saya itu meleset.

Nampaknya, dendam kesumat terhadap tiga adun mereka yang meninggalkan parti hingga mereka hilang kuasa mentadbir kerajaan di perak, terus membara.

Terbaru ialah mengenai tindakan melepaskan geram terhadap gambar adun berkenaan iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapt (b) Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).

persoalannya ialah apakah tindakan mereka itu yang boleh disifakan sebagai tidak matang dan kebudak-budakan?

Atau apa kah tindakan tersebut akan memberikan imej negatif kepada pakatan pembangkang secara keseluruhannya?

Saya merasakan perbuatan mereka itu ada hikmahnya kerana rakyat, kini boleh menilai corak kepimpinan pakatan pembakang itu sendiri samada boleh dijadikan contoh yang baik.

Masalahnya pembakang masih tidak boleh menerima hakikat bahawa mereka kini bukan lah lagi majoriti di DUN Perak. Kalau berpegang kepada demokrasi di mana majoriti perlu dihormati apa salahnya mereka menerima hakikat ini dengan hari yang terbuka.

Selepas ini apa lah lagi agaknya sandiwara pembangkang bagi meneruskan usaha membuat kecoh untuk meraih perhatian rakyat yang telah jemu dengan tindak-tanduk mereka?

Sementara itu,mahkamah tinggi ipoh juga telah menolak satu tuntutan yang dibuat oleh segelitir bekas ketua kampung di zaman pentadbiran pakatan pembakang.

2 comments:

Anonymous said...

gimik umno lg mengecewakan rakyat malaysia..konon pembela nsib rakyat..mkn duit rakyat lg ada la..

Anonymous said...

hoi ano
hang kata umno, yang hampa pun lebih kurang sebat duit rakyat lagi banyak apa. contoh azmin saham 8juta, yb pas melor cerai bini tututan nafkah 3juta, ariffahmi belasah duit pmbk kelantan tu tak campur husam sebat duit balak kelantan, so paku dulang paku serpih..pi raa , mabuk.