Template by:
Free Blog Templates

13 December 2009

Bengkel Media Baru




Sempena Konvensyen UMNO Perak 9 Januari 2010, satu bengkel media baru akan diadakan yang akan disertai oleh kira-kira 150 orang peserta termasuk 50 bloggers.

Saya sendiri akan mempengerusikan bengkel tersebut selaku Pengerusi Sekretariat Media Baru UMNO Perak. Diantara ahli Panel yang diundang ialah Datuk Johan Jaafar, Pengerusi Esekutif Media Prima dan Datuk Ahmad Talib, Pengarah Esekutif.

Juga akan diundang ialah Datuk Ibrahim Yahya dan Datuk A.Kadir Jasin.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan melancarkan laman web UMNO Perrak serta laman blog kesemua 24 UMNO Bahagian serta TV UMNO.

Bloggers yang menyertai bengkel tersebut akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar selepas Konvensyen tersebut berakhir pada keesokannya.

Bloggers berkenaan juga akan mengadakan dailog dari masa ke semassa dengan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi (MT), EXCO Pergerakan pemuda, Wanita dan Puteri serta Ketua-Ketua
UMNO Bahagian dan Wakil Rakyat dari Perak dari masa ke semasa.

Bloggers dan rakan Facebook yang berhajat menyertai bengkel tersebut boleh hubunggi Puan Shima telefon HP 0174817807 atau 0196601155.

0 comments: