Template by:
Free Blog Templates

31 January 2011

Kenduri Durian







Menerima undangan majlis kenduri Durian di Rumah bekas Ketua Kampung Pantai Besar Ijok, Ali Omar, tenghari tadi.

Ali yang kini menumpukan kepada kebun tanaman Koko dan peliharaan Arnab begitu gembira dengan keadaan beliau sekarang terutama berjaya mengusahakan tanaman koko.

Tanaman koko dan arnab mendatangkan hasil yang agak lumayan dan beliau bersyukur dengan keadaan sekarang, sekalipun tidak lagi menjadi Ketua Kampung.

Turut hadir ialah Ketua Kampung Sungai Ara, Haji Mohd Halil Abdullah dan Ahli -Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Larut.

Ibu Tunggal






Seorang Ibu Tunggal, Roslina biinti Mohd Sidek yang tinggal di Redang Panjang, begitu gembira menerima bantuan dibawah Program Peningkatan Pendapatan (PPP), petang tadi.

Dalam tinjuan ke rumahnya, Roslina. 31 tahun yang tinggal bersama dua orang anak, Nor Saidatul Shima binti Norazlin, 15 tahun dan Nor Shafirah, 13 tahun, menerima sebuah Gerai, Mesin pembuat ais kacang, Kanopi, Payung, Peti ais, Dapur, Periok, Kuali yang kesemuanya berjumlah rm 6,800.

Beliau yang tinggal bersama Ibunya, yang juga seorang Ibu Tunggal amat berterima kasih kepada Kerajaan yang telah memerbi sumangan dan bantuan tersebut untuk membantu meringankan lagi bebanan keluarga mereka.

Pada hari pertama jualan, gerai beliau yang terletak di hadapannaya rumah merka di tepi jalan berdekatan dengan Mesjid Redang Panjang, mendapat sambutan begitu menggalakan termasuk dari kalangan remaja.

Saya berharap Roslina akan menjadi contoh kepada Ibu-Ibu Tunggal yang lain kerana kegigihannya untukl berdikari.

Turut hadir ialah Penolong Pegawai Daerah Kecil Selama, Mohd Suhaimi bin Shamsuddin, Penghulu Mukim Ijok, Mahmud Fauzi bin Haji Gghazali dan Ketua Kampung Redang Panjang, Zainuddin bin Hamid.

Limau Raya


Ke sumah seorang Warga Emas berbangsa china di Pekan Ijok untuk menyampaikan sumbangan Hari Raya Cina, sambil mengucapkan Gong Xi Fa Chai, petang tadi.

Cheong Lek Chen, 72 tahun, seorang warga emas tinggal bersama saudara beliau yang uzur.

Mereka merasa gembira diatas keperhatinan Saya turun ke bawah untuk bertanya khabar.

Peladang






Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Batu Kurau berhasrat membantu memulihkan Pusat-Pusat Pengumpulan Pemasaran Pertanian di Mukim tersebut bagi kemudahan ahli-ahlinya.

Dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah PPK Batu Kurau, pagi ini, Saya selaku Pengerusi telah meminta Pengurus Besar untuk berbincang mengenai hal tersebut dengan pihak berkenaan.

Amat rugi rasaya jika Pusat Pemasaran Petani tidak digunakan sepenunya bagi membantu memasarkan produk dan hasil mereka.

Saya mengambil contoh inisiatif JKKK di DUN Kubu Gajah khususnya di Sungai Segar untuk telah berjaya mewujudkan sebuah Pusat Pengumpulan Pemasaran Pertanian yang dibuka baru-baru ini.

Begitupun, adalah diharapkan agar Pusat berkenaan benar-benar memainkan peranannya membantu memasarkan produk petani dan peladang yang berkualtii tinggi dan boleh pergi ke pasaran antarabangsa.

Sementara itu, PPK juga berhasrat mewujudkan pengkalan data di setiap 22 buah unitnya sesuai dengan perkembangan IT.

Kempen menarik lebih ramai remaja terutama anak Peladang menjadi ahli PPK juga akan dipergiatkan menjelang mesyuarat agung bermula pertengahan bulan Febaruari ini.

Selepas mesyuarat Lembaga Pengarah, Saya menemui Pengerusi-Pengerusi unit Peladang untu memberi taklimat menjelang mesyuarat agung tersebut.

30 January 2011

Lawatan















Saya menghabiskan masa beberapa jam petang tadi melawat dan meninjau keadaan penduduk-penduduk di Ladang Stoughton dekat Redang Panjang.

Dalam lawatan rumah ke rumah itu, Saya bertanya khabar keadaan mereka. Sepasangan suami isteri sempat meminta tanda tangan Saya untuk menyoklong permohonan menjadi Ahli UMNO.

Diantara masalah yang timbul di Ladang tersebut ialah pembinaan sebatang jalan menuju ke sebuah Sekolah berhampiran.

Selain Masyarakat India, turut tinggal dan bekerja di Ladang tersebut ialah penduduk Melayu dan Stoughton juga terdapat ladang-ladang lain seperti Malaya, Harbania dan Lembah Keluang.

Penduduk-Penduduk berkenaan begitu gembira dengan kedatangan Saya ke Ladang mereka sambil dapat meluahkan masalah yang mereka hadapi.

Turut sama dalam lawatan tersebut ialah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R.Ganeson dan Pengerusi MIC Bahagian Larut, K. Thevaraju.

Sekumpulan Belia juga turut sama memeriahkan lawatan tersebut.

Gong Xi Fa Chai







Perpaduan Kaum harus dipertahankan dan rakyat harus menolak sebarang usaha memecah belahkan keharmonian rakyat dalam apa bentuk sekalipun.

Malaysia berjaya membentuk sebuah Negara yang stabil melalui sambutan perayaan pelbagai kaum samada Hariraya Raya Aidil Fitri, Tahun Baru China, Deepavali mahupun Krismas.

Saya berkata demikian di majlis meraikan Warga Emas kaum Cina sempena samabutan Gong Xi Fa Chai DUN Kubu Gajah di Dewan Serbaguna Redang Panjang, petang tadi.

Perpecahan kaum hanya merugikan perpaduan rakyat dan Negara dan akhirnya mendorong kepada hura-hara dan kekacauan.

Melalui sambutan pelbagai kaum ini, ia mampu mendorong kepada semangat perpaduan dan sikap bekerjasama di antara satu dengan yang lain.

Jika ada mana-mana pihak yang cuba menimbulkan perpecahan kaum ia harus ditentang habis-habisan.

Pihak tertentu cuba memecah belahkan perpaduan kaum kerana mereka mempunyai agenda tersendiri untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ternyata semakin disenanggi rakyat jelata.

Spekaer Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN), Datuk R.Ganeson, Pengerusi MCA Cawangan Redang Panjang, Teh Leong Hui dan Pengerusi MIC Bahagian Larut, K.Thevaraju.

Ganeson dalam ucapanya memuji usaha yang dibuat oleh ADUN Kubu Gajah untuk meraikan sambutan tahun baru China dan berharap ia akan terus memupuk semangat perpaduan kaum.

29 January 2011

Taklimat















Pemimpin dan Ahli UMNO diingatkan pentingnya kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya UMUM (PRU) yang akan datang, kerana di situlah nanti ia menjadi penentu samada rakyat masih meletakan kepercayaan untuk memperjuangkan nasib mereka.

Justeru, setiap Pemimpin dan Ahli UMNO harus meletakan kepentingan Parti sebagai asas utama bagi menjamin kekuatan dan Jentera Parti berjalan lincin dalam PRU yang ke 13 nanti.

UMNO Bahagian Larut akan mempastikan BN Larut terus kekal menjadi "Simpanan Tetap" Parti dengan menggekalkan rekod kemenangan di semua tiga kerusi DUN dan Parlimen tersebut.

Begitupun, Pemimpin dan Ahli UMNO jangan mengambil mudah kerana keadaan kini jauh berubah dan memerlukan kerja kuat, persefahaman dan bersatu sebagai sebuah pasukan dalam menghadapi PRU yang akang datang.

Saya berkata demikian dalam majlis taklimat kepada semua Ketua UMNO Cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri Bahagian yang diadakan mengikut DUN di Selama pada sebelah pagi, di DUN Kubu Gajah pada tengahari dan petang di DUN Batu Kurau.

Dengan perubahan yang dibawa oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan kesediaan pemimpin parti turun ke bawah melihat dan menyelesaikan masalah rakyat, Saya yakin UMNO dan BN akan kekal mentadbir Negeri dan Negara dalam PRU yang akan datang.

Selaku Ketua UMNO Bahagian Larut, Saya juga menyeru agar Ahli-Ahli tidak mengikut rentak Pembangkang, sebaliknya tumpukan kepada aktiviti Parti.

Pembangkan akan mengambil kesempatan diatas perpecahan Parti dan Ahli-Ahli UMNO harus menggelakkannya.

Turut hadir ialah Pengerusi Sekretariat Pilihanraya UMNO Perak, Datuk Yusof Kassim dan Pengarahnya, Hanafiah Man.