Template by:
Free Blog Templates

25 January 2011

Sukan media




Majlis penyampaian peralatan sukan kepada pasukan badminton kelab sukan media Perak.

Sumbangan diterima oleh ketua pasukan, Ahmad Syakir yang juga ketua akhbar Kosmo di Ipoh.

Turut hadir pemangku pengerusi kelab media Perak, Zebidi Osman yang juga ketua Biro Bernama Ipoh.

Pasukan badminton media Perak aktif dalam mengadakan perlawanan dalam persahabatan termasuk dengan pasukan Baiduri.

Begitu pasukan bola sepaknya yang telah mengadakan perlawanan di dalam dan luar Perak.

3 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Nampaknya YMDS masih rapat dengan staff media.

Boleh tidak YMDS minta mereka imbangkan berita supaya tidak berat sebelah.

Banyak berita yang disiarkan ialah tentang yang berlaku di bandar2 dan berita tentang kumpulan elit sahaja.

Di kampung lagi banyak cerita. Misalnya buah kelapa sawit mula menguning dan kalau kita tak tunggu, esok pagi buah tersebut pun lenyap.

Mereka suka curi waktu sembahyang dan berbuka puasa. Mungkin semasa keputusan pilihanraya Tenang hendak dihebahkan pun nanti mereka akan datang jika harga mencecah $800.00 satu tan.

Jika ada sahaja tanah tepi jalan tanpa penghuni pencuri cable mula memproses cable yang dicuri. Mereka bawa bersama2 tilam untuk tidur bermalaman di situ.

Cuba YMDS lihat (turun padang sendirian) tanah depan estet Sungai Malau iaitu kawasan memproses cable yang hebat sekali.
Mereka datang dari segenap penjuru-Bukit Merah, Jalan Taiping masuk estet Sungai Malau,Jalan Sungai Krian menuju jalan BSerai-Selama. Macam mana nak tangkap kerana banyak tempat untuk melolos.

Sebab itu saya mahu YMDS adakan tiang lampu dan lampunya sekali di situ. Lagi satu depan rumah ayahanda YMDS.

Kadang2 pencuri kerbau masukkan kerbau ke lori depan mata mata saya tapi macam mana nak buat saya seorang sahaja lelaki. Nombor plate tak guna kerana sudah tentu mereka bukan orang yang bodoh.

Kadang2 cerita skandel ala kampung pun ada kalau nak diberitakan. Kalau tidak percaya tanyalah polis Selama. Lagi2 kita masukan cerita skandel Datuklah...Selebritilah. Jemu dibuatnya.. Kampung kita pun ada, tapi kita tidak mahu berkelahi. Kalau heboh semua anak pinak, saudara mara mereka boikot kita hingga tiga keturunan.

Berita luar negara pula dipengaruhi CNN sahaja.

Robert Fisk kata orang kita malas turun padang. Mereka ceduk berita dari Bernama dan CNN sahaja.

Walau bagaimanapun saya nampak TV mula masuk kampung kita. Mungkin mereka mula tahu siapa sebenarnya YM Raja Ahmad Zainuddin.

Yang saya tak faham orang PAS marah UMNO tapi oleh kerana mereka tak dapat boikot UMNO, mereka tukar haluan pula kepada YMDS.

Saya sekarang ini asyik menerangkan kepada mereka perbezakan isu pemimpin UMNO yang lain dengan YMDS.

Nampaknya ramai juga yang hendak mengundi persepsi mereka terhadap YMDS walaupun realitinya tiada.
Macam mana nak educate mereka saya pun tak tahu. Minta Encik Nordin Sungai Malau Dalam untuk menerangkan kepada orang Sungai Malau.

Sebab itu kalau ada tuduhan terhada YMDS, YMDS mesti bawa ke mahkamah sebelum pilihan raya. Jangan biarkan mereka asyik menuduh yang bukan2.

Saya sudah menyesal pasal lembu, curi kayu getah, tak bayar hutang tidak membawa mereka ke mahkamah kerana saya fikir perkara ini tidak berlanjutan.

Tapi semua ahli kekuarga dan saudara mara mereka memboikot saya yang tidak meminta ganti pun sudah hunus penumbuk.

Nampaknya pencuri dan penipu lagi diagong2kan di tempat kita. Saya takut nanti wakil rakyat yang baru dipilih pun mereka yang datang dari penipu.

Inilah masalah kita dikampung yang tidak disiarkan di akhbar2.

Terima kasih YMDS,

Anonymous said...

YMDS,

Lagi satu saya minta YMDS meminta pertolongan pemberita akhbar fasal harga getah yang tidak selaras atas alasan mutunya kurang baik.

Walau bagaimana baik sekalipun mutu getah ketol saya, saya tetap mendapat harga kurang 20 sen daripada harga pasaran (bukan harga tolak ke kilang).

Harga getah naik 4 sen jam 12 tengah hari tadi. Tapi pembeli getah berikan saya harga pagi dan tolak 20 sen lagi.

Disamping itu harga getah di Terengganu dan Negeri Sembilan masih yang tertinggi di Malaysia

Banyak lagi isu harga getah yang boleh saya ketengahkan tapi saya tak mahu mengambil alih kerja pemberita.

Harga komoditi pasar hadapan bagi getah hingga bulan Mei sudah pun meningkat lebih tinggi di Shanghai dan Tokyo.

Sudah tentu ia akan berterusan naik hingga bulan Mei.

Isu saya yang tak tidur malam ialah Singapura juga dikenal pasti sebagai negara pengekspot getah.

Isunya sama seperti kita jual air kepada mereka. Mereka pula menjual air tersebut $1.80 ke kapal2.

Tak adakah orang kita yang pandai jual getah terus ke negara yang dieksportkan dari Singapura.

Saya masih rasa kita asyik berpolitik dan Singapura mengambil kesempatan. Kalau kita tanya sudah tentu mereka katakan getah dari Batam.

Saya mohon T.S Rahim Tanbycik ekspot sendiri getah RISDA supaya kita dapat untung lebih. Kalau tidak cari Pengurusi yang pandai mengekspot terus ke negara yang paling mahal membeli getah.

Begitu juga FELDA dan FELCRA carilah orang UMNO yang pandai meneksport secara terus ke negara yang paling mahal membeli komoditi kita.

Jika ada orang UMNO yang pandai, saham FELDA akan meningkat hingga 20% dalam kiraan saya yang bukan pakar ekonomi.

Kesimpulanya, kumpulkan ekesekutif pemasaran yang bijak dari kalangan UMNO. Buangkan yang tidak menguntungkan. Kita ada 4 1/4 juta ahli UMNO tapi kita tidak ketengahkan mereka yang pandai mengeksport terus...asik pilih akauntan. Mereka hanya boleh kira duit tapi untung tak seberapa. Kalau eksekutif pemasaran atau pegawai costing tentu FELDA boleh untung berlipat ganda. Akauntan hanya boleh kira duit supaya tidak hilang. Pegawai pemasaran tahu kapal mana yang cepat menghantakan getah ke Shanghai. Orang kosting pula tidak akan membuang apa2 yang dihasilan. Sebagai contoh Syarikat IKEA. Semua sisa barangan dikitar semula untuk dijadikan barangan baru.

Saya minta pegawai kelapa sawit belajar di IKEA supaya semua dari daun hingga akar kelapa sawit tidak dibuang.

Sekian. Terima kasig

Anonymous said...

YMDS,

Pemberita kita masih ramai mentafsir fenomena atau kejadian.

Tapi tidak ramai mentasir dari sudut pemikiran/pandangan orang kampung.

Saya lihat di TV semalam kilang misai kucing akan dibina di Kamunting. MEMANGLAH KELUARGA KITA RAMAI (contohnya abang saya dan sepupu YMDS) di Kemunting. TAPI SAYA TAK LIHAT ADA MISAI KUCING di sana.

Kesimpulan yang saya hendak buat ialah kita selalu membina kilang bukan di tempat habitatnya (tempat bahan mantahnya boleh diperolehi) walaupun kemudahan asas lengkap dan tidak sesesak Shah Alam ke Pelabuhan Kelang.

Di kawasan ADUN Kubu Gajah sudah ada hamba Allah yang menanm misai kucing dan Mas Cotek secara komersial. Tapi di Kemunting saya tak nampak pun ada misai kucing. Apa salahnya ia dibina di tempat kawasan yang terdapat misai kucing. Tepi jalan dan kemudahan asas semuanya ada. Tanah kerajaan ada keliling kawasan ADUN Kubu Gajah. Tiada masalah tentang tanah.

Kalau kita tanya pakar urbanisasi Kamunting akan menjadi bandar satelit bagi Taiping. Mereka berpendapat kilang tidak lagi sesuai di bina di kawasan bandar. Kilang yang dulu/lama kita terpaksa biarkan kerana ia dibina sebelum Kemunting menjadi bandar berembar.

Balik kita kepada pemberita.

Kalaulah pemberita kita mentafsir fenomena dari pandang orang kampung sudah tentu tidak banyak terdapat kampung terbiar oleh kerana penghuninya tidak lagi berpindah ke bandar kerana tidak ada pekerjaan di kampung.

Sekian untuk makluman YMDS