Template by:
Free Blog Templates

15 January 2011

PRU-13

Menguat Jentera Parti sudah menjadi tanggungjawab ahli-ahli UMNO untuk menghadiri Pilihanraya UMUM (PRU) ke 13.

Tidak kira bila tarikh PRU diumumkan, ahli-ahli UMNO semua peringkat harus bersedia dari sekarang.

Saya berkata demikian ketika menyampaikan taklimat dalam satu perjumpaan UMNO di Kubu Gajah, Petang tadi yang turut dihadiri oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Perak, Mohd Annuar Ariffin yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Larut dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Larut, Aziah Budin.

Walaupun, Barisan Nasional (BN) Larut mampu mempertahankan rekod kecemerlangannya di PRU ke 12, tetapi sikap selesa boleh mendatangkan keburukan.

Kita sudah melalui pengelaman yang pahit selama 11 bulan menjadi Pembangkang apabila gagal mencapai majoriti untuk menubuhkan Kerajaan Perak, justeru ia sudah seharusnyalah dijadikan iktibar untuk persediaan yang akan datang.

Mempertahankan Kerajaan Perak yang diterajui oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir sudah menjadi hasrat besar UMNO dan BN, bahkan itulah semangat padu yang menjadi pegangang setiap ahli Parti.

Semangat Perpaduan dan bekerjasama sebagai satu pasukan akan tetap menjadi keutamaan seluruh anggota Parti, semua peringkat.

UMNO Bahagian Larut turut mengucapkan tahniah diatas perlantikan Annuar sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Perak dan menyifatkan ia sebagai satu penghormatan yang telah diberikan kepada kepimpinan UMNO Bahagian itu.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Yang kita takut Pemuda UMNO Perak tidak kreatif dan boleh mentransform.

Kedua, kita takut pemuda UMNO Perak mempunyai jiwa atau pemikiran seperti ahli UMNO yang lama atau golongan tua.

Cadangan saya semua AJK UMNO hingga ke peringkat cawangan hendaklah mengadakan blog, twit dan face booknya sendiri pada masa ini.

Tujuannya untuk menerangkan isu semasa kerana ramai pembangkang tidak memahaminya. Bukan seperti yang terdapat dalam blog cikgu Abu Samah Aliddin.

Sepatutnya isu Felcra Sungai Malau dan pemberian tanah di belakang kubur yang mesti diperjelaskan kesemua ahli PAS barulah Cikgu Abu PASS jadi AJK UMNO, bukan cerita Arowana Wak Adil.

UNMO hendaklah berceramah dari rumah ke rumah menerangkan isu yang berbangkit terutama sekali di tempat kemenangan yang tipis.

Seterusnya di kawasan yang selasa pilihlah mereka yang jadi ketua bahagian menjadi calon. Kalau pilih orang lain mereka akan cantas mencantas.

Di tempat yang tidak selesa pilihlah mereka yang menjadi ahli UMNO menjadi calon, tapi tidak semestinya dari kalangan AJK asalkan yang terbilang, cemerlang dan gemilang, tidak semestinya dalam politik tapi dalam bidang2 lain, dsbnya. TETAPI PERKARA INI HENDAKLAH DIBERITAHU LEBIH AWAL untuk mengelakkan CANTAS MENCANTAS. Ramai ahli UMNO LMS yang bijak2 ini berada di Kuala Lumpur. Mereka tiada masa berpolitik tapi kerja rajin, kalah Dr. Mahathir kita.

Untuk ini UMNO hendaklah mengumpul C V ahli UMNO di kawasan yang kalah dan yang yang mempunyai kemenangan yang tipis dan hantarkan ke MB kita. Kalau tidak kita akan kalah asyik pilih yang tidak tahu anjakan transformasi/kehendak rakyat.

Sebagai contoh calon yang menanag majoriti boleh juga diletakkaan di ADUN Kubu Gajah. Kita mesti ada calon macam Lim Kiat Siang apabila diletakkan di mana2 boleh menang.

Apa kata YMDS bertukar tempat dengan Pangkor untuk melihat kejaguhaan dan kejogoan YAB MB kita? Kalau kalah pun beliau tetap jadi pensyarah di UIA.

Kalau saya tak sedikit takut pun. Munkin saya ada keturunan Tok Tan Misai yang di geruni di kawasan Kubu Gajah. Mereka kata ketua kampung kita ada kaitan dengan Tok Tan Misai dari Lembah Keluang. Cuba YMDS tanya beliau. Anak Pak Mail memang betul keturunan Tan Misai. Mereka kata kumpulan mereka ni tetak tak mati. Semuanya ada 3 orang. Yang sati lari ke Sumatra.

Beri hadiah kepada ahli yang mendaftarkan ramai ahli UMNO tiap2 tahun. Saya rasa mereka ini yang betul2 kerja keras. Yang lain macam kaki kelentong sahaja. Saya pernah jadi ahli yang aktif dalam UMNO dari tahun 1978 hingga 1984. Memeng ramai yang ahli kelentong jadi AJK. Tak nampak output atau produk pun yang mereka hasikan. Mereka asyik berpolitik macam orang PAS di tempat kita. AJK UMNO berlagak kalah Menteri kita. Mereka kata semua mereka kenal Menteri, boleh talipon terus bila2 masa kecuali Sultan2.

Itulah masalah ahli UMNO yang saya alami.