Template by:
Free Blog Templates

6 January 2011

Risda
















DUN Kubu Gajah menawarkan tapak jika RISDA berhasrat membuka sebuah Kolejnya di Perak sebagai usaha menimngkatkan lagi program pembangunan kawasan Luarbandar.

Ini adalah kerana terdapat kawasan yang begitu luas di Pusat Ternakan Haiwan antara Ladang Sungai Segar dan pondok Tanjung.

Pada masa ini, seluas kira-kira 3,000 ekar milik Jabawan Haiwan kini sedang diusahakan denan ternakan Kambing Bore.

Ketika meresmikan satu program bersama rakyat anjuran RISDA di Kampung Sungai Ara, petang tadi adalah didapati, Imej dan Pentadbiran Kerajaan akan terjejas jika Pegawai dan kakitangannya gagal menjalankan tangungjawab dengan penuh didikasi.

Mendampinggi rakyat serta bersedia memberi khidmat dan nasihat adalah satu cara yang terpuji, lebih-lebih lagi jika mereka sendiri bersikap penuh sabar dalam berdepan dengan apa jua kerenah yang dihadapi.

Justru latihan di luar penting kepada pegawai dan kakitangan Kerajaan bagi mendapatkan pendedahan, menimba pengalaman serta kemahiran ketika berdamping dengan rakyat.

Seramai 79 orang peserta termasuk dari Sabah dan Sarawak yang sedang mengikuti kursus di beberapa buab Pusat Latihan Pertanian menghadiri program selama tiga hari itu, bersama Keluarga Angkat mereka.

Pentadbiran Kerajaan yang cekap bergantung kepada kejujuran dan amanah Pegawai dan kakitangannya.

Pegawai dan kakitangan yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh didikasi sudah tentu akan mendapat ganjaran samada kenaikan pangkat atay bonus yang disediakan oleh Majikan mengikut pertimbangannya.

Saya juga berharap melalui program sedemikian akan mendekatikan lagi hubungan baik diantara Jabatan dan Agensi Kerajaan dengan rakyat.

Dengan cara itu ia akan membantu menggurangkan birokrasi yang sering menjadi penghalang dalam mempercepatkan perlaksaan program Kerajaan.

Menegenai kenaikan harga getah dan kelapa sawit, adalah diharapkan khidmat nasihat RISDA untuk faedah pekebun kecil dapat membantu mereka bekerja lebih keras meningkatkan produktiviti.

Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Latihan Ibu Pejabat RISDA, Ali Shahbudin bin Abd Samad, Pegawai RISDA Daerah Larut, Matang dan Selama, Nor Zaharatul Ani binti Mohd Zolkepli, Pegawai KEMAS Daerah, Faridah Sailan dan Ketua Kampung Sungai Ara, Haji Mohd Halil Abdullah.

4 comments:

Anonymous said...

YMDS,

RISDA hendaklah turun padang untuk membantu tanah terbiar supaya kampung kita tidak penuh dengan hutan yang didiami oleh babi hutan, ular tedung dan biawak sebesar anak buaya.

Peraturan am RISD eloklahlah diubah suapaya tanah tidak terus terbiar. Problem tanah terbiar tidak dapat di atasi sejak merdeka kerana ramai orang kita asyik berpolitik dan menjaga kedudukan dan 'berkelahi' sesama sendiri untuk mengekalakan pucuk pimpinan. Biarkanlah mereka yang rajin sahaja yang jadi pemimpin, bukan pemimpin hanya di atas kertas. sahaja tapi hasilnya atau outputnya tiada.

Sekian untuk makluman YMDS.

Anonymous said...

Untuk makluman anon 23:39, bukan Risda tidak membantu, tanah terbiar tu kadang-kadang mempunyai tuan tanah, tapi telh meninggal dunia atau pun waris tidak dapat dikesan, penduduk kg sendir perlu bekerjasama sama ada melibatkan tsk mahupun tsb, masalah utama yg sering berputar atau diputar belitkan, bila ada hasil nanti mula lar penduduk kg berkelahi, menyalahkan pihak risda, kenapa pekebun atau pengusaha yg bersendirian dapat lebih byk berbanding penduduk yg berada dlm program risda? benda ni simple, berfikir secara logic, dtg kursus di ikpk padang rengas bagi mereka yg betul2 nak belajar! sy juga salah seorg peserta kursus, byk yg sy dapat... cadangan YB utk buat kolej risda satu lagi tu bagus lah, kalau boleh cantumkan yg diperak tu. udah mcm reban ayam officenye. kesian kakitangan mereka. saya sebgai org kampung yg pergi kursus disitu pun terkejut dan kesian, bukan takde anak2 org kampung nak belajar, tapi disebabkan kemudahan ala kadar, lebih baik anak2 bekerja. pelik tapi benar, udah mcm stor baja di kg kami, lagi pelik pengurusi risda ada dtg di IKPK padang rengas kolejnye di bahagian belakang tapi ada ke dia lihat keadaan kolej tu? Malu le, kolej islam kuala kangsar lebih canggih walaupun baru berbanding kolej risda yg dah hampir sepuluh tahun dekat situ.. usaha murni yb perlu diteruskan, dan cadangan yb amat bagus, dan risda sendiri perlu membantu pekerja2 nya dahulu sebelum membantu org kampung agar penyampaian kelak tidak bermasalah. sy sygkan risda, sejak dari mula penubuhan risda sy dah mengikuti program risda. tetapi setiap kali berubah kepimpinan berubah lah dasar. bila nak mempekasakan dasar sebelum nya? terhapus? bior je? kome tak percaya kome pergi tgk sendiri... cdgn sy, tukarkan pegawai ke, pegawai besar yg tak guna, dan melibatkan kepentingan sendiri mahupun perniagaan sendiri, harap sprm dan audit chek semuaaaa agensi kerajaan.. semua benda yg kerajaan buat tu bagus, tapi yg buat tak bagus tu ada segelintir org yg kemudi kapal kecik kapal besar...generasi tua mcm sy udah nak mati, harap jgn ada generasi muda terikut dgn perangai tak betul segelintir tu.. terima kasih yb..

husin /kuala kurau

Anonymous said...

Saudara Husin Kuala Kurau,

Salah satu peraturan RISDA yang tak dapat menolong rakyat ialah jika tanah kita (bukan yang belum ambil kuasa) tidak mempunyai sebatang pokok getah pun didalamnya maka permohonan kita tidak akan diluluskan.

Lagi satu kerajaan boleh memberi notis bagi tanah yang tidak membayar hasil untuk dimajukan oleh kerajaan supaya dapat membayar cukai tanah atau pun dilelong (tidaklah berapa baik)

Kesimpulasnya hanya undang2 Allah Ta'ala sahaja yang tak boleh diubah tapi peraturan kerajaan yang menguntungkan tuan tanah boleh diubah asalkan ia menguntungkan kedua2 pihak, kerajaan dan tuan tanah yang berkongsi. Apa salahnya buat syarikat atau pun koperasi. Tuan tanah yang tak menuntut habuannya simpan sahaja di amanah raya.

Sekian untuk makluman saudara.

Anonymous said...

kepada saudara anon 20.53

salah satu peraturan?

Pihak Risda ada budi bicaranya, itu lar gunanya TSB/TSK. kalau nak lone ranger mintak bantuan seolah-olah pentingkan diri sendiri kan? sedangkan kampung anda mungkin bykkk lagi penduduk yg ingin bantuan juga. memang la matlamat penubuhan asal RISDA itu sendiri adalah getah, tapi bila zaman semakin maju, pengunaan tanah atau bantuan tak semestinya getah je. Bila zaman sawit naik,getah naik mcm sekarang, bykkk lar yg bising bab bantuan,

Undang-undang Allah itu memang tak boleh diubah, tetapi sebagai hambanya, perlu ke saudara hanya berserah, tunggu bantuan memanjang? jgn lar asyik bersungut. sila hadir ke kursus.koperasi sudah ada,syarikat dah ada..saya cadang saudara datang dulu kursus update APA ITU RISDA..

tidak kah rugi khususnya org islam itu dah ada kelebihan, contohnya tanah? saudara anon umur berapa? sepanjang-panjang saudara mengusahakan tanah tu, saudara asyik nak minta bantuan?

SEKALI LAGI SILA HADIR KURSUS, saudara tengok sendiri bagaimana pekebun kecil yg hanya mula dapat TUNJUK AJAR dan takde bantuan dari segi kewangan boleh berjaya. ilmu itu free..nak duit kena usaha..

jgn ckp politik je lebih, org politik kita pun nak politik..fikir dulu diri sendiri dan keluarga..jgn terlalu mengharapkan org lain sedangkan sumber pendapat, saudara dah ada depan mata!

husin/kuala kurau