12 January 2011
Pusat Pasaran
Jabatan pertanian, FAMA dan pertubuhan peladang diminta selaras aktiviti meningkat program menarik remaja menyertai sektor pertanian dengan lebih aktif.
Pusat-pusat galakan khidmat laihan harus dirancangkan untuk para belia untuk terbabit sama memajukan tanah-yanah terbiar.
Pendekatan ini cara terbaik menggalak para belia memintai sektor pertanian.
Saya berkata demikian di majlis penyerahan kunci perasmian pusat pemasaran pertanian Sungai Segar dekat bangunan baharu, tengah hari tadi.
Saya juga berkata bahawa sudah tiba masanya kita berani menggalakkan petani kita berdikari bagi menggurangkan pengimpotan.
FAMA harus berani memasarkan hasil petani kita ke pasaran antarabangsa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
YMDS,
Perkara tanah terbiar ini berlaku sejak saya lahir lagi.
Tak adakah bijak pandai UMNO yang boleh menyelesaikannya.
Memang ia melibatkan undang2 dan peraturan am kerajaan tapi pengelaman saya ada juga terdapat bukan bumiputera membeli ASB pada mula ia dilancarkan.
Kenapa ia boleh dibuat. Sudah tentu kita buat perjanjian.
Banyak tanah terbiar di Tebing Tinggi di pajakkan kepada pihak individu. Semua ini telah diusahakan oleh PAK YUSUF TONGGEK. Pak Yusuf Tonggek tak berapa educated pun pandai mengelolakan tanah terbiar. Ketua wanita UMNO kita yang lebih educated tak bolehkah berbuat sesuatu. Kalau Pak Yusuf Tonggek pun pandai kenapa JKKK kita tak boleh buat apa2. Kita perlu pandai marketing. Kalau kerajaan tak mahu, kita pasarkan ke Cina Alor Pongsu dll. seperti tanah yang dijaga Encik Musa depan surau Tebing Tinggi. Pajakkan secara sebut harga lebih menguntungkan Melayu.
Tanah tak ambil kuasa jadikan tanah amanah, sesiapa yang hendak menuntut keuntungannya kelak bolehlah berjumpa amanah raya.
Dalam dunia ni semua boleh buat kecuali Allah tidak meluluskankannya.
Lagi satu tentang pemasaran getah.
Jika RISDA berfungsi semula untuk membeli getah mungkin pembeli getah tempatan menaikkan harga getah. Bolehkah RISDA berlakun untuk itu.
Saya masih tak puas hati dengan getah yang saya jual. Walau bersih sekalipun harganya masih kurang 15 ke 20 sen daripada harga sebenarnya.
Harga hari ini alah $7.23 tapi yang saya jual 7 ringgit sahaja.
Lagi satu harga getah di Negeri Sembilan dan Trengganu sentiasa lebih tinggi daripada di Perak. RISDA tak tahu sebabnya.
Saya lihat di negeri sembilan ramai sekali pembeli getah hinggakan mereka sendiri datang ke kebun. Tapi tempat kita dimonopoli oleh orang tertentu.
Jika YMDS meluluskan kami menjual terus kepada taukeh besar di Selama sudah tentu kami dapat harga yang lebih tinggi.
Lagi satu perkara, ini melibatkan undang2 pemasaran/konsumer.
Saya berharap kerajaan meluluskan kami menjual terus ke Selama tidak melalui peraih sehingga harganya stabil. Maknanya harganya mengikut harga yang sebenarnya.
Saya minta YMDS syorkan polis meronda waktu tengah hari dan cuba sekat penjual getah dengan bertanya pokok getah siapa yang mereka toreh. Pencuri semankin ramai.
Sekian
YMDS,
Salah satu kemiskinan luarbandar berlaku ialah disebabkan pemasaran.
Harga yang kita jual secara borong terlampau rendah. Tapi pemborong menjualnya 2/1 kali ganda untung. Kalau YMDS tak percaya cuba turun padang tolong jualkan pisang tanduk (atau pinjam pisang orang) dan ikut bembeli dan lihat harga yang mereka jual pula. Itulah yang saya maksudkan turun padang yang sebenarnya. Bukan asyik menyoal orang kedua (jurucakap). Jurucakap tak pernah tanam pisang atau menoreh getah. Mereka hanya cakap pandai dan akhir2nya kerajaan membantu jurucakap2 ini sahaja. Di KL kita panggil ULAT. Mereka tak pernah menoreh getah tapi pandai bercakap tentang getah. Kalau boleh UMNO janganlah tolong ulat2 ini. Mereka tak pernah bertani tapi pandai cakap sahaja. Di sabah kita kata mereka ini pandai berlakun.
Lagi satu tanaman kontrek. Dua tahun yang lepas saya buat tanaman kontrerk akhirnya pembeli mengatakan hasil saya tidak dalam kumpulan gred A.
Padahal dalam kontrek tersebut saya ikut peraturan menanam yang disyorkan dan tanaman saya dipantau oleh mereka.
Akhir sekali saya tak dapat untung hanya mendapat modal balik.
Banyak masalah tentang pertanian tapi tak boleh diatasi terutama sekali masalah haiwan perosak. Kalau babi kita tidak berkelahi dengan tuan babi kalau lembu saya nyaris2 tak mati dibuatnya. Kalau tak percaya tanya RISDA Selama atau Polis Selama.
Di ulu ni semua nak bela kambing dan lembu tapi tak mahu memagar kambing mereka. Kambing tu educated juga kerana tidak membaham tanaman tuan kambing tapi ia hanya membaham anak getah saya.
Saya nak tukar dengan tanaman limau pun Jabatan Pertanian banyak helah walaupun peruntukan pertanian ditambah kerajaan pusat.
Kerajaan tambah wang pertanian tapi susah nak dapat bantuan limau walaupun saya lihat banyak anak limau di jabatan pertanian.
Masalah sama saja YMDS, tapi kerajaan hingga hari ini hanya berjaya membaik pulih jalan,parit,surau dan kerja amal dan kebajikan di kawasan ADUN Kubu Gajah. Tahniahlah. Tapi saya masih ditakok lama. Tapi kerajaan tidak pula berakhtiar meningkatkan cukai asas tani.
Kalau YMDS turun padang masalahnya sama saja YMDS. Rugi masa YMDS. Kata orang penang PI MAI PI MAI TANG TU. Yang penting bantuan.
Cuba YMDS buat kesimpulan masalah kampung kita. Masalahnya sama saja.
Akhir2 sekali saya pun nak tinggalkan kampung supaya saya tak berkelahi dengan pembela lembu dan kambing. Lagi pun penyamun/pencuri mankin ramai. Susah nak ke masjid waktu malam kecuali bawa semua anak bini ke sana.
Terima kasih.
Post a Comment