3 January 2011
Jalan runtuh
Tebing Jalan yang tiba-tiba terhakis membimbangkan penduduk-penduduk dekat Surau di Kampung Sungai Lempong, dekat Bagan Baharu.
Dalam tinjauan Saya ke situ, jalan tersebut merupakan satu-satunya perhubungan kira-kira 36 buah rumah di Kampung berkenaan.
Kebanyakan daripada bekerja Kampung dan jika sesuatu berlaku ke atas jalan tersebut seperti tanah runtuh dan mengakibatkan terputus perhuhubungan mereka, maka ia secara sendirinya akan menjejaskan mata pencarian mereka.
Justeru, Saya berharap pihak berkenaan dapat segera menjojoi tebing yang runtuh itu bagi menggelakan sebarang kejadaian yang tidak diinggini berlaku terutamanya bila musim hujan.
Dalam tinjauan tersebut juga Saya dapati jalan yang digunakan itu terlalu sempit dan menyulitkan serta terlalu dekat dengan rumah kediaman dan membahayakan
Atas kata sepakat penduduk, seorang pemilik tanah telah bermurah hati membenarkan tanahnya dijadikan jalan baru sepanjang enam rantau untuk kegunaan penduduk.
Begitupun, satu peruntuka lebih RM 100,000 adalah diperlukan bagi tujuan tersebut. Turut hadir bersama dalam tinjauan itu ialah Ketua Kampung Sungai Segar, Haji Zulkifli Ahmad dan Naib Ketua UMNO Bahagian, Fauzi Kassim.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Boleh melawat je la.Tindakan habuk pun tarak.Bukan nakkan seperti DS ada lampu aladin tapi banyak yang saya perhatikan masalah tak diselesaikan pun. Di mana silapnya? Pegawai khas sampai 2 orang. Lawatan ke rumah bumbung bocor, rumah dinding runtuh dah banyak saya lihat dalam blog DS ni. Tapi mana penyudahnya. Hak di kubu gajah tu sampai sekarang dok macam tu juga. Suruh kontraktor buat, kontraktor pun tak mau pasai untung takdak. Tapi kalau nampak untung banyak depa punya la dok lobi DS. Macam ni punya kontraktor bukan nak menyokong DS sangat. DS tak percaya tengoklah nanti. Tunggu dan lihat. Kerja pegawai khas kena cek juga DS. Jangan sampai depa dok isi temolok depa saja. Saya dok nampak sekarang ahli UMNO sendiri dah mula mempelekehkan DS. Banyak perkara yang dibuat tak mendengar suara penduduk tempatan. Main ikut suka saja.Apakah keputusan itu keputusan DS sendiri,atau nasihat daripada pegawai khas ataupun pandangan pengiring2 lalu DS jadikan ianya satu keputusan. Jangan percaya kepada pegawai khas ataupun pengiring2 100%.
Post a Comment