Template by:
Free Blog Templates

6 January 2011

Dewan rosak






Sekaipun, tidak mendapat Dewan baru, tetapi penduduk Kampung Teras tetap bersyukur menerima kelulusan peruntukan untuk kerja menaik taraf Dewan Orang ramai di situ.

Dalam lawatan ke Kampung Teras, Saya telah memaklumkan bahawa sebanyak RM 42,000 akan dibelanjakan oleh Kerajaan untuk memperbaiki Dewan di situ termasuk pembinaan stor dan tandas awam.

Gelanggang Badminton di dalam perkarangan kawasan dewan itu juga akan diperbaiki bagi kemudahan para remaja untuk berlatih.

Dengan kerja menaik taraf dewan tersebut, Saya beharap JKKK Kampung Teras akan lebih aktif mengadakan aktiviti mereka bagi kepentingan masyarakat di situ.

Saya juga berharap dewan orang ramai tidak terbiar tanpa digunakan sepenhnya oleh JKKK kerana ia dalah merupakan pengkalan untuk mencetuskan semangat permufakatan dan perpaduan.

Dewan orang ramai ini juga boleh digunakan oleh para belia untuk menjalankan kegiatan mereka, begitu jugalah juga suri rumah tangga bagi menjalankan kursus rumahtangga.

Ketua Kampung juga harus menjadikan dewan orang ramai ini sebagai tempat pertemuan dengan masyarakat setempat dalam membincang dan menyelesaikan masalah mereka.

0 comments: