Template by:
Free Blog Templates

17 January 2011

Kota wira






JKKK diminta bertindak bijak dalam mengurus segala projek awam di tempat mereka bagi menggelakan berlaku sebarang perselisifaham.

JKKK bertanggungjawab keatas pengurusan semua kemudahan yang dibina di bawah pengurusan mereka dan mereka harus merancang dengan teliti jadual kegunaannya.

Saya berkata demikian ketika berucap di majlis perjumpaan antara JKKK Changkat Larah dengan penduduk Taman Kota Wira di Dewan Serbagaguna di situ.

Ketua Kampung Changkat Larah, Elias bin Saat dan Ketua UMNO Cawangan Taman Kota Wira, Sidek bin Mat dan turut hadir di perjumpaan tersebut.

Dengan JKKKK mengurus segala kemudahan yang disediakan Kerajaan, ia akan memudahkan mereka mengawas setiap projek Kerajaan dan bertindak keatas mereka yang cuba menceroboh atau merosakan haratabenda awam.

Sementara itu, semua Taman diharap tidak bertindak bersendirian dengan membelakangkan JKKK dalam menjalankan kegiatan meeka.

JKKK adalah Mata dan Telinga Kerajaan dan ia seharusnya dirujuk penduduk-penduduk berkenan termasuk yang tinggal di Taman-Taman Perumahan.

JKKK adalah pengkalan bagi mempastikan keamanan dan kesejahteraan dalam sesabuah Kampung atau Taman perumahan.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

JKKK adalah telinga dan mata kerajaan.

Kalau silap pilih mungkin mata mereka tu kelabu sedikit dan telinga mereka mungkin tuli sedikit.

Saya rasa kita perlu mereka yang proaktif menjadi JKKK.

Sebagai contoh sudah tentu ahli JKKK Tebing Tinggi berasa takut berjalan malam antara Simpang Lembah Keluang hingga ke markas Kubur Tebing Tinggi tapi kenapa mereka tidak syorkan lampu berdepan dengan rumah YM Allayarhamu Raja Haji OMAR kerana kawasan di situlah banyak ular dan babi lalu lintas.

Masyarakat di situ habis semuanya pindah kerana berasa takut duduk di situ.

JKKK tahu tempat ini menakutkan tapi mereka tidak mahu proaktif dan menunggu supaya adik YMDS memberitahu mereka atau pun menunggu supaya YMDS dan lain2 membina rumah di situ. Macam mana mereka nak beritahu JKKK kerana mereka pun takut bermastutin di situ dan sudah pun meninggalkan tempat tersebut kerana ketakutan biawak besar anak buaya dan ular sawa di belakang dan babi hutan berkeliaran sana sini.

Sekian untuk makluman YMDS.