Template by:
Free Blog Templates

25 January 2011

Warga emas sakit



Shamsuddin Bin Said, 66 tahun di Redang Panjang yang terlantar sakit.

Beliau yang tinggal dengan isteri, Rani Faridah Bt. Mohd Yusuf, 60 tahun berharap mendapat bantuan kos perubatan dari jabatan masyarakat (JKM).

Shamsuddin yang terharu diatas kunjungan saya adalah seorang yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.

Katanya sejak jatuh sakit baru-baru ini beliau cuma duduk dirumah.

Turut hadir ketua kampung Redang Pamjang, Zainuddin Hamid dan ketua kampung Teras, Abdul wahab Yatam.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Nampaknya YMDS macam sudah jadi doktor/bomoh pula.

YMDS perlu juga menyiapkan senarai nama2 agensi yang perlu dihubungi semasa dikehndaki, seperti sakit, kecurian dll..

Senarai ini hendaklah dihantarkan ke rumah2. Saya pun tidak tahu nombor talipon bomba kerana musim panas sudah pun tiba.

Tapi kalau ada tempat terbakar saya panggil bombalah. Kalau panggil YMDS rugi masa YMDS. Lebih baik YMDS rancang dan kendalikan projek yang menguntungkan untuk kawasan ADUN Kubu. Gajah.

Pilihanraya hampir tiba (buktinya formula F1 kita dipercepatkan) Sepatutnya tiap2 ketua cawangan hendaklah mempunyai blognya sendiri untuk menepis tomahan pembangkang.

Di tempat kita isunya ialah penyewengan bantuan kerajaan yang mementingkan kroni dan nepotisma.
Bacalah ruangan SEMBANG2 dalam blog YMDS.

Semua ini hendaklah kita jawab dalam blog ketua cawangan. Kalau kita tak gunakan komputer rugi banyaklah kerajaan kerana kita gunakan komputer asyik baca politik di tempat lain sahaja.

Ketua kampung pula hendaklah menghebahkan tentang bantuan kerajaan seperti tarikh tutup saham FELDA. Bagaimana nak pinjam duit beli saham FELDA. Bagimana hendak minta rekomend YMDS. Penghulu dll, tarikh permohonan Giatmara disiarkan, macam mana nak dapat bantuan baja susu, tarikh lawatan Menteri Besar, maklumat orang kampung yang meninggal dunia.

Bila lagi Ketua Kampung hendak hebahkan mereka yang berkaitan denganmeninggal atau sakit teruk dll.

Isu saya ialah orang kampung kita dapat 4 ribu ke 6 ribu sebulan bagi tanah enam ekar. Adakah penorka FELCRA Sungai Malau dan FELDA Bagan Baru dapat demikian?

Isu kedua ialah peraih beli getah tidak bayar ikut harga pasaran.

Harga getah bertukar waktu tengah hari. Jika harga getah naik pada tengah hari dan saya jual waktu petang mereka masih berikan saya harga pagi.

Kenapa orang kampung tak buat demostari (bukan pada kerajaan tapi pada pembeli)? Kerana mereka agak senang. Anak2 di KL bantu mereka. Duduk sajalah cerita politik. Di KL gaji sekuriti pun mencecah $1,200.

Jika harga tengah hari turun saya jual waktu petang mereka beri saya harga tengah hari sebab ia turun.

MUNGKIN kita berpolitik atau sukakan politik harga getah jadi mainan orang tengah pun kita tidak peduli.

Sekian untuk makluman.