Template by:
Free Blog Templates

23 January 2011

9 sebelah









Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meluangkan sedikti masa menyaksikan perlawanan akhir pertandingan Bola Sepak Sembilan Sebalah Belia FELDA, Ijok dalam lawatan singkat beliau, petang tadi.

Dibawah panas terik, Dr Zambery masih sudi melakukan tendangan Bola sebagai memulakan final diantara pasukan Real Madrid dan AC Milan di padang FELDA, Ijok.

Di majlis itu, Saya sendiri telah menyampaikan permohonan penduduk FELDA, Ijok untuk mendapatkan peruntukan bagi menaik taraf padang tersebut yang merupakan satu-satunya padang permainan di tanah Rancangan tersebut.

Dalam pertandingan akhir, pasukan Real Madrid muncul juara selepas mengalahkan AC Milan 1-0. Tempat ketiga pula disandang pasukan Al-Shabab dan keempat pasukan Barcelona.

Penjaring terbanyak dimenanggi oleh Yusop dari pasuknan Real Madrid.

Sebanyak Lapan Pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan bersama Pusat Khidmat ADUN Kubu Gajah.

Dr Zambry menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang dan semua pasukan yang mengambil bahagian termasuk Pengadil perlawanan.

Pada sebelah pagi, Saya telah meresmikan pertandingan tersebut dan dalam ucapan berharap sukan dijadikan sebagai tempat memupuk perpaduan sambil kita mencari bakat-bakat baru untuk diketengahkan.

Pertandingan itu diharap juga akan mendekatkan lagi belia-belia di FELDA, Ijok dalam menjlankan program yang mendatangkan faedah kepada mereka.

1 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Anak2 muda kita ini tidakkah teringin hendak menoreh getah kerana ramai cikgu dan orang pencen pun menoreh getah sekarang ini?

Harga getah hari ini ialah 7.60 sen . Kalau harga susu dua kali lipat kalau pokok tua (susu pekat sedikit).

Di kawasan saya tu banyak lagi pokok getah tidak bertoreh. Ada juga yang datang dari Alor Pongsu dan Selama naik matosikal datang menoreh. Saya fikir mereka inilah rakyat banting tulang yang betul2 rajin, muka pun berkilat. Kalau lah ada kerajaan membantu mereka yang rajin ini nescaya KDNK kita naik. Kalau asyik bantu mereka yang pandai jual air lior, KDNK akan menurun. Saya bukan pakar ekonomi.

Sayang mereka tak boleh jual susu kerana YAB Shafie Afdal mahu ada 5000 ekar getah ditoreh, barulah ada pembeli susu cair. Bayangkan keuntungannya. Mungkin Datuk Shafie tidak dapat mengira keuntungan pembeli getah jika 5000 ekar. Kalah gaji Perdana Menteri. Kenapa tidak 500 ekar sahaja.

Getah saya jual basah. Mereka pula jual kering. Kiralah berapa untungnya kalau penuh lori dua tan sekali jual. Hujung bulan Mei boleh beli bangelo.

Harga getah terus naik hingga hujung bulan Mei kata ramalan disebabkan daun meluruh.

India dan Cina pula panik takut bekalan tak cukup.

TETAPI kerajaan masih tidak membantu penjual getah. Harga tak sama antara pembeli dengan pembeli dan antara Perak dan Negeri Sembilan dan Trengganu.

Kita tiada pakar pemasaran getah yang profesional. Mungkin itulah sebabnya.

Kita asyik bantu jual proton saga tapi kurang membantu penjual getah.
Kalau anak Dr. Mahathir jadi Menteri yang ada kaitan dengan getah sudah tentu beliau lebih arif negara2 yang hendak membeli lebih mahal lagi selain daripada negeri Cina.

Kalau betul2 demokrasi kita jual terus tanpa melalui orang tengah. Tapi demokrasi kita win-win. Pembeli pun untung peraih pun untung. Semua untung. Walaupun tak bebas (demokrasi) nak jual mana2 tapi PEACE yang dipentingkan.

Kalau saya dapat jual terus ke Selama sudah tentu saya dapat 8.00 lebih. Tapi tidak dibenarkan.

Kelapa sawit dibenarkan tapi duitnya dapat hujung bulan di tempat saya.

Inilah masalah penoreh getah.
Malangnya tidak ramai ahli politik yang menoreh getah.

Tak ada masalah jika kita main bola tapi pagi2 torehlah 20 pokok dapat juga 15 ringgit kalau pekat getahnya.

Saya bukan minta semua ank muda menoreh tapi kita mesti ambil kesempatan ini. Kalau harga turun jangan toreh lagi. Beli motosikal, race sana dan race sini la pula.

Sekian. Terima kasih.