Template by:
Free Blog Templates

26 January 2011

Ketua Kampung










Ketua-Ketua Kampung disarankan agar dilantik sebagai Penolong Pendaftar Pemilih kerana mereka lebih mengetahui kedudukan penduduk di tempat mereka.

Dengan cara demikian ia akan memudahkan lagi kempen mendaftar pemilih, walaupun ia sudah menjadi tanggungjawab mereka yang telah layak mencapai umur untuk berbuat demikian.

Saya berkata demikian ketika berucap di majlis penyampaian watikah perlantikan Ketua-Ketua Kampung Parlimen Larut di Dewan Serbaguna Bagan Baharu, pagi tadi.

Ketua-Ketua Kampung adalah agen penting sebagai mata dan telinga Kerajaan, justeru mereka haruslah menjalankan tugas dengan penuh didikasi.

Sudah tiba masanya Ketua-Ketua Kampung mengubah pendekatan mereka dengan merancang pembangunan di tempat mereka dan tidak semata-mata mengemuka senarai projek kepada Kerajaan.

Maju-mundurnya sesabuah Kampung itu banyak bergantung kepada sejauh mana Ketua Kampung memimpin JKKK dan merancang program memajukan tempat mereka.

Mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat sudah menjadi tanggungjawab mereka terutama dalam dunia serba global ini.

Mereka juga digesa turun ke padang melihat sendiri keadaan anak buah mereka dan bertindak segera untuk menyelesaikannya.

Kenaikan elaun bulanan dan pertunukan tahunan yang disediakan oleh Kerajaan Perak adalah membuktikan bahawa peranan mereka semakin diberikan pengiktirafan oleh Kerajaan.

Turut hadir ADUN Selama, Datuk Haji Mohd Daud Yusop, ADUN Batu Kurau, Datuk Kapt Najmuddin Haji Elias, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kecil Selama, Haji Yusop bin Abustan dan Penolongnya, Suhaimi Shamsuddin.

2 comments:

Anonymous said...

YMDS,

Di universiti pelajar diberi peluang menilai kemampuan pensyarah mereka di akhir semester.

Boleh tidak perkara yang sedemikaian dilakukan bagi menilai Ketua Kampung.

Borang penilaian bolehlah diedarkan di semua masjid dan di rumah persatuan dan di balai2 raya.

Soalanya 5 sahaja. Antaranya: Adakah tidak projek yang baru diperkenalkan ketua kampung di kampung Tuan/Puan. Kalau ada tuliskan nama projeknya.

Sejauh mana projek yang dilancarkan mendapat manafaat kepada Tuan/Puan?

Perlukah jawatan ini diperpanjangkan kepada ketua kampung yang ada sekarang. Kalau tidak perlu berikan sebabnya Tuan/Puan.

Sekian untuk makluman YMDS

Anonymous said...

YMDS,

Boleh tidak kita gantikan Ketua Kampung yang baru jika yang lama tidak dapat menyelesaikan masalah?

Misalnya masalah kera merosakkan buah2an dan lain2 masalah lagi.

Saya lihat Ketua Kampung masih tidak proaktif. Bila saya berjalan ke mana2 kebun, saya sudah nampak masalahnya. Tapi ketua kampung kita tidak nampak kecuali kita laporkan kepadanya.

Mereka seolah2 seperti ketua kampung datangnya dari bulan. Saya duduk kedai kopi pun saya boleh kumpulkan banyak masalah.

Bila saya ambil pekerja Indonesia pun saya sudah nampak masalahnya, begitu juga orang India, orang PAS atau UMNO. Pendek kata bila kita langkah sahaja keluar rumah kita sudah lihat masalah yang pertama. Tapi ketua kampung macam tidak nampak.

Sekian untuk pertimbangan YMDS.